Suka!

Keputusan Perlawanan Malaysia VS Chelsea | Highlight Gol Kontroversi Sepakan Percuma Didier Drogba

Friday 22 July 2011

Tahniah diucapkan kepada pasukan Chelsea kerana telah berjaya menewaskan Malaysia dengan 1 gol jaringan sahaja. Gol kemenangan The Blues itu dijaringkan oleh Didier Drogba pada minit ke-79 hasil sepakan tendangan percuma. Berbeza dengan perlawanan kelab eropah seperti Arsenal dan juga Liverpool yang menentang Malaysia sebelum ini, mereka meratah Malaysia dengan keputusan yang amat mendukacitakan.

Pada masa babak pertama, Malaysia agak kurang menyerlah dan berjaya mengikat chelsea tanpa jaringan sehingga habis separuh masa pertama. Corak permainan jugak agak rancak. Pada babak kedua pula, Malaysia bermain lebih aggresif dan beberapa kali cubaan dan peluang yang nyaris masuk ke pintu gol gawang lawan. Masa tu, chelsea dah goyang jugak dah. Tetapi malangnya, keputusan seri 0-0 tersebut hanya mampu bertahan sehingga pada minit ke 78 sahaja kerana Chelsea telah berjaya membolosi gol gawang Malaysia hasil sepakan percuma Didier Drogba. Malaysia terus mengasak dan mengasak pasukan lawan. Keputusan terus 0-1 sehingga tamatnya perlawanan. Harimau Malaya skuad olimpik mampu membuktikan yang mereka bukanlah calang-calang pasukan. huhu. Farizal Marlias merupakan antara penyumbang terbesar kepada kejayaan pasukan Malaysia pada perlawanan tadi.


Ok, disini, yul paparkan sekali video highlight ulang tayang gol tersebut. malas nak cakap banyak, korang lihat je lah highlight nie ye :)


Video Malaysia 1st Half Highlight






Berikut adalah gol sepakan percuma hasil jaringan Didier Drogba yang dikatakan menjadi kontroversi.


Video Highlight pemain Malaysia yang nyaris sahaja menjaringkan gol. Tapi sayang, mungkin tak ada rezeki lagi :(

Sumber Video : Sokernet
Cube korang perhatikan dengan teliti. Bagi yul, gol tersebut memang jelas kelihatan tidak melepasi garisan tersebut. Pengulas nie pon cakap 'not over the line'. Yul malas nak cakap banyak, cume tak berpuas hati je dengan keputusan yang diberikan. Seolah-olah memihak kepada pasukan the blues.


Apa-apa pon, pasukan bimbingan Ong Kim Swee memang terbaik! Macam-macam skill pemain Malaysia yang mereka tonjolkan. Macam tak percaya je yang Malaysia mampu berbuat demikian menentang pasukan kelab ternama eropah. hoho. Lepas nie giliran Harimau Malaya bimbingan rajagobal pula meratah pasukan Singapura. Harap-harap mereka berjaya pada sabtu ini.


P/S: Malu la chelsea cuma dapat jaringkan 1 gol je, huhu

3 comments:

Anonymous,  22 July 2011 at 02:08  

ya la...bangga dgn malaysia

Unknown 22 July 2011 at 09:36  

huhu..ok la tuh...kira xder la malaysia ni koman spana sangat..:p

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP