Suka!

Berbalah Sesama Blogger?

Monday 28 February 2011


Bila blogger berbalah sesama blogger. Yul hanya mampu tergelak melihat gelagat mereka. Macam-macam yang yul dapat lihat. Daripada kritikan terus membawa perbalahan. Sepatutnya kita harus menyokong blogger-blogger antara satu sama lain, tetapi sebaliknya pula. Yul rasa tu lah adat dalam berblog nie. Berblogging nie umpama lidah, kadang-kadang kita akan merasai manis, pahit, masin, payau, dan juga tawar. Ada sesetengah pihak tak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan apa yang mereka sampaikan. 


Tak ada manusia kat dunia nie yang memiliki blog yang berkualiti dan sempurna. Kalau berkualiti sekalipon, mesti ada kelemahannya. Korang cakap , benda apa yang sempurna kat dunia? Mesti ada cacat celanya. Mesti ada pengkritiknya.


Baru-baru nie, yul melihat perbalahan antara blogger mengenai kritikan yang katanya menjatuhkan maruah seseorang blogger. Bagi yul lah kan, kritik tu memang perlu supaya kita dapat melihat kelemahan prestasi kita dalam berblog daripada luahan pembaca yang seharusnya diperbetulkan. Kalau nak bagi kritik, bagilah kritik yang membina dan bukannya menjatuhkan maruah seseorang tu. Macam kawan yul sorang nie, nama die hape tah, yul dah lupa. Katanya dia selalu di caci, dimaki, dihina melalui komennya walaupon komen-komen tersebut langsung tidak ada kene mengena dengan entri yang dia sampaikan tu. Apa salah dia sehinggakan mereka diperlakukan sebegitu? Terus ditutup blognya tu. Hurm. Kesian kan kan kan? Tak tahulah apa cerita die sekarang nie.


Bagi yang tak kuat imannya untuk menerima kritikan tu, yul cadangkan supaya korang disable je lah komen untuk anonymous tu. Sebab kritikan yang pedas boleh menyebabkan kita hilang semangat untuk berblog. Ianya sebagai langkah keselamatan. 


Tu baru kritikan melalui komen, tapi bagaimana pula sekiranya mereka mengkritik kita melalui entri? Memang yul tak nafikan, kadang-kadang apa yang mereka kritik tu, ada betulnya dan ada juga yang tidak, tapi janganlah sehingga menjatuhkan maruah seorang blogger tu. Lagi tak elok lagi sekirannya kita juga saling membalas kritikan dieorang dengan entri. Masalah tak akan selesai sekiranya kita saling membalas dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat antara satu sama lain. Masing-masing menonjolkan pendapat serta hujah mereka. Percayalah, sampai bila-bila pon yul rasa isu perbalahan nie tak akan tamat sekiranya kita saling membalas. Manusia? tahu-tahu je lah kan, manusia mana yang nak mengalah kat dunia sekarang nie? Semuanya nak menang. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah redha dan berdoa kepada allah agar diberi ketenangan. Tu je lah jalan yang terbaik!


Actually, Yul tak memihak mana-mana pihak pon yang sedang berbalah nie. Sebab kalau kita turut menyokong salah satu dari mereka, mungkin kita pon akan di cop sama. Lagipon apakah yang kita dapat lakukan? Lebih baik kita mendiamkan diri sahaja daripada terlibat sama. Ingat balik, apakah tujuan kita dalam berblog nie? Teruskanlah ye berblogging. Peace! Kalau ada yang terasa mengenai apa yang yul bincangkan nie, sila makan hati lah ye. hikhik 

Read more...

Kenapa Blogger Pelajar Lagi Ramai Dari Blogger Pekerja

Sunday 27 February 2011

Dari pemerhatian yul sendiri, rasanya ramai blogger-blogger kat Malaysia nie yang masih belajar. Korang ada perasan tak? Hanya berapa kerat je kot yang dah bekerja sambil berblog. Followers-followers yul pon rasanya ramai yang study jugak. Yul je kot yang tak study lagi. Hikhik




Yang blogger tip top pon ramai dari kalangan pelajar jugak. Macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Cik epal tu, dan ramai lagi. Mereka tu semua masih study lagi. Tapi, yul pelik kenapa ramai yang perempuan je, huhu.


Sebab utama kenapa Blogger pelajar lebih ramai dari blogger pekerja
  • Blogger pelajar lebih banyak masa dapat diluangkan berbanding dengan blogger pekerja. Jika nak dibandingkan denga blogger-blogger pekerja nie memang tak ada masa kot. Macam yul nie, dapat update blog pada waktu malam je. Tu pon berapa jam. hikhik 
  • Kebanyakkan pelajar mencari duit melalui kerja sampingan untuk kegunaan peribadi atau akademik. Contohnya seperti blog, ramai yang dah mengetahui dengan berblog kita dapat menjana pendapatan sampingan walaupon tidak perlu bekerja. Jika anda betul-betul komited dengan blogging, macam-macam jenis pendapatan yang mampu dihasilkan!
  •  Tempat melepaskan tension? Ya, nie jugak salah satu sebab kenapa blogger-blogger sekarang nie ramai yang pelajar. Maklumlah ye, jadi pelajar mesti tension kan sebab banyak kerja perlu yang dilakukan. Cara yang terbaik untuk melepaskan tension adalah dengan menulis. 
  •  Kadang-kadang ada jugak yang terpengaruh dari rakan-rakan. Kawan ada blog, korang pon nak ada blog jugak. Nak merasai apa yang seronoknya berblogging nie. Sekaligus dieorang turut menjadi blogger.
  •  Menghilangkan rasa kebosanan. Korang boleh membaca entri-entri blogger-blogger lain. Selain tu jugak, korang boleh kongsikan sesuatu yang orang lain tak tahu didalam entri korang tu untuk dibaca oleh orang lain. Sama macam yul jugak, yul berblog untuk menghilangkan rasa kebosanan je. :)


Tu je lah kot serba-sedikit apa yang yul tahu, hikhik. Kalau ada yang tak puas hati tu dengan apa yang yul kongsikan kat sini, yul harap diampunkanlah ye. Ianya hanyalah sekadar pemerhatian yul sahaja. 

Read more...

GengBlogger Bermasalah?

Saturday 26 February 2011

Diantara korang semua mesti yang dah tahu kan apa itu GengBlogger? Kalau yang tak tahu, Gengblogger atau GB nie merupakan salah satu tempat yang membolehkan korang ping entri terbaru. Yul masuk GB nie pon masih baru lagi, tak sampai 2 minggu pon. 


Gengblogger
Tapi baru-baru nie yul rasa pelik pulak. Gengblogger mula bermasalah, ataupon cuma yul sorang saje yang bermasalah? Kenapa tiba-tiba, sekarang nie dah tak boleh nak ping entri kat GengBlogger. Sebelum nie okae je yul ping entri kat situ, tak ada masalah langsung. Sekarang nie, dah tak boleh pulak. Dah dua tiga hari jugak yul cuba, tapi tetap tak boleh. 


Dah banyak cara dah buat. Yul cuba Clear cookies, history dan berharap dapat ping entri kat situ. Tapi, sangkaanku tidak tepat. Ianya tetap gagal dan masih tidak dapat lagi untuk ping entri di GengBlogger tersebut.


Masa mula-mula, yul ingat internet problem je. Maklumlah ye, akhir bulan. Paham-paham je lah, limit broadband yul dah lebih 5GB sekarang nie. Internet pon jadi lembab. Kadang-kadang nak loading page pon separuh je dapat. Tapi tak mungkin kot disebabkan internet lembab boleh jadi macam tu, sebab internet yul bukanlah lembab setiap masa pon.




Dah tak tahulah nak buat macam mana lagi. Masih lagi mencari jalan penyelesaian. Yul memang tak kisah sangat pon tak dapat nak ping entri kat situ, tetapi sekurang-kurangnya yul dapat lah promote blog yul disitu. Beribu-ribu blogger yang mengikuti di ruangan tersebut. Mana lah tau kan tiba-tiba blog yul jadi top kat situ kew. hikhik :P


P/S: Somebody help me  please. :(

Read more...

Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting

Friday 25 February 2011

Satu ketika dulu cerita nie pernah digemparkan dengan misteri kehilangan rumah banglo hilang disekitar Masai, Johor. Korang pernah dengar tak cerita nie? Yul pernah kesana, tempat yang dikatakan banglonya hilang tu. Memang kawasan ada satu kawasan tu nampak agak luas tanpa sebarang rumah. Macam mana banglo tu hilang masih tidak diketahui. Wallahualam.


Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipon. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?

Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.

Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.

Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?

apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.

sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011

HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.

Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah.  Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.

Yul selitkan salah 1 story dari seseorang nie.

"Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah. So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie. Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak. hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.

Memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang ipar balik rumah kat taman daya.

Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,

"Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.

Kemudian abang ipar panggil dan cerita tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It's means, Orang India tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu. Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..

Waktu progress work, abang ipar saya tak terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"

Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan. Misteri menjadi semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.
 Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku? Wallahualam. Yul pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma allah je yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Yul memang pernah dengar cite tu, tapi entah la erk. hikhik. 


Jom Bace nie pulak! 

Read more...

Mario Bros Di Dunia Realiti

Thursday 24 February 2011

Mario Bros? Mesti korang tau kan? Permainan game elektronik dizaman purba kala dulu yang menjadi pujaan kanak-kanak. Masa kecik-kecik dulu yul selalu maen game nie. Game nie bukan Playstation ok. Tapi ianya merupakan game tape yang seakan-akan macam PS 1 tu, hehe. Feveret yul tu Super Mario nie. Yul rasa ramai yang tahu kot game Mario nie. 


Tapi pernah kew korang melihat Mario pada dunia realiti? Biasanya di permainan elektronik je kan? Yul memang tak pernah tengok lagi. Nie 1st time Yul tengok. Korang tengoklah sendiri ye video nie. hee

Memang tak boleh blah yul tengok video nie. Memang terbaik ar Mario nie. Kalau korang nak tahu, Mario nie sebenarnya merupakan Rémi Gaillard, seorang pelawak yang berasal dari Perancis yang suka meniru ikon-ikon terkenal. Dia mendapat perhatian di media Perancis setelah melakukan aksi yang diluarjangkaan dengan baik dan ditayangkan di YouTube.





Dalam video nie, dia memandu gokart dan berpusing-pusing dibandar sambil melempar-lempar kulit pisang atau benda-benda yang sama seperti didalam game Mario Kart. Babak video yang terakhir tu yang yul paling tak boleh blah. Sempat lagi tu melarikan diri selepas ditahan polis. haha. Remi nie sebenarnya dah banyak kali ditangkap oleh pak polis disebabkan aksinya itu. Diantara korang ada yang nak buat macam tu jugak tak? hikhik

Read more...

Bagaimana hendak menjadi top blogger dengan mudah?

Wednesday 23 February 2011

Assalamualaikum. Yul selalu dengar perkataan nie, 'bukan mudah nak jadi seorang blogger'. Korang pon mesti selalu dengar kan ayat-ayat nie. Ok. Memang yul tak menafikannya. Lagi-lagi kalau korang ingin dikenali ramai kan?
Disini, yul nak bagi tips cara mudah bagaimana kita hendak dikenali. Cara nie memang yul tak pernah pakai dan tak pernah buat. Tapi yul rasa, cara nie lah yang senang dikenali sekaligus dapat menjana traffik di blog korang tu dengan mudah. 



Tips nie yul kaji melalui blog cik epal setelah menonton video-video yang menarik yang dia sajikan tu. Setelah yul mengamati dan meneliti video tersebut, yul mula mengkaji. Macam ahli pengkaji video pulak. kehkeh. Cara nie seolah-olah boleh membuatkan kita dikenali. Tak percaya? 


Ok. Korang pernah dengar Vlog tak?  Rata-rata ramai blogger-blogger sekarang nie yang menyebut mengenai Vlog. Actually, yul pon tak tahu jugak apa itu Vlog, tapi sekarang dah tau dah. Apa yang yul tahu, Vlog nie merupakan blog yang diupdate dengan menggunakan video. Ianya merupakan singkatan daripada ayat Video Blog. Senang cite, dia bercerita melalui video sahaja.  Tak payah nak menaip-naip keyboard tu. Kalau korang tak pandai nak menulis just buat Vlog je. Tak kiralah video tu mengenai personal kew, aktiviti kew, tutorial kew dan segala jenis macam lagi. Tu lah yang dinamakan Vlog. 


Bercerita mengenai Vlog, korang mesti tau kan sebenarnya cara nie lagi mudah nak meningkatkan traffik di blog korang. Kebanyakkan blogger kat Malaysia nie dah menggunakannya. Biasanya mengenai isu semasa dan personal. Disini yul nak review bagaimana mereka boleh dikenali.






Cuba korang bayangkan, korang rakam video tu dan berceritalah. Macam AnwarHadi, kebanyakkan video-video yang ingin disampaikan mengenai isu-isu semasa. Sangat menarik melihat video dia tu dan banyak pengajarannya. Dalam sekelip mata je, dia dah dikenali ramai. Yul tengok orang dok bercakap euwww,, euwww je sekarang nie. Macam dah jadi trademark pulak. hekhek. Selain anwar hadi, yul minat jugak kat Matluthfi90, video-video pon best jugak, tak pasti lah die tu blogger kew bukan, hehe



Kalau tak nak bercerita, cuba korang menyanyi pulak macam cikgu syida tu. haha. Kompem meletup-letup. Yang tengok bukan sikit, tapi ramai! Walaupon yul tengok ramai yang dok mengutuk die tak de kerja lah, hape lah. Tapi bagi yul, dia adalah terbaik! Dah masuk tv dah dia tu. Bukan semua orang dapat membuat video macam tu. Walaupon cikgu shida nie bukan seorang blogger, tapi yul rasa ianya senang kot, hekhekhek. Kompem!



Korang pandai melukis dan kerap kali menerbitkan kisah mengenai cerita kartun, yul cadangkan buatlah video. Macam Zack Zukhairi tu. Cerita-cerita dia memang best dan agak menyedihkan. Walaupon ianya adalah kartun, tapi cerita cinta tersebut ada banyak maksud yang tersurat dan tersirat. Memang terbaik!


Macam mana mereka dapat tahu yang mereka boleh ke blog kita? Ok. Senang je. Dalam video tu mesti ada terpampang blog url korang kalau tak pon korang ada menulis sesuatu yang menunjukkan url blog korang tu. Tak kiralah, korang nak edit video kew, atau pon menulis di description video tersebut. Tak percaya cubalah. hekhek. Katakan dalam sehari ada 500 viewers yang menonton video korang tu, dalam 500 viewers mungkin 30 percent yang akan melayari blog korang tu. Banyak jugak tu kan?



Berkesan kew tips nie? Almaklumlah yul pon tak pernah mencubanya lagi.  Bagi yul berkesan kot. Rata-rata ramai blogger-blogger dikenali melalui video. Tapi tu bergantung dengan kreativiti korang dalam video tu. Didalam video tu, mestilah mempunyai daya tarikkan yang menarik sehinggakan penonton tertarik melihat cara, aksi dan mesej korang dalam menyampaikan tu. Insyallah korang mungkin akan dikenali dan sekaligus traffik diblog korang akan jem. hakhakhak

Read more...

Telur Di Dalam Telur?

Tuesday 22 February 2011

Yul nak kongsikan kat korang perkara pelik yang tak pernah dilihat manusia. Biasa kalau kita pecahkan telur kita akan nampak isi telur yang berwarna kuning dan putih yang seakan-akan seperti lendir. Kalau terdapat dua kuning telur didalam 1 biji tu pon, mungkin korang dah biasa melihat kan. Tetapi pernahkah korang melihat telur ada didalam telur? Rasanya tak pernah nampak lagi kot. Yul pon tak pernah nampak lagi telur macam tu.


Menakjubkan!

bukan rekaan semata-mata
Namun, John Fellow yang berusia 68 tahun telah menjumpai telur yang unik dan pelik ketika dia ingin menggoreng telur. Dia telah menjumpai telur kecil didalam setelah dia memecahkan telur yang ingin digorengnya.


Telur kecil tu seperti guli dan serupa dengan telur yang induknya. Cangkerang itu juga berwarna sedikit gelap. Fellow memutuskan untuk menyimpan telur tersebut sebagai kenang-kenangan.

Mengikut kajian para saintis, ayam itu mungkin terkejut dan mengalami tekanan jantung ketika dalam proses bertelur. Sangat pelik dan aneh. haha. Tak tahu pulak ayam pon boleh mengalami tekanan jantung. Menakjubkan!


Sama ada betul atau tidak yul tak pastilah. Wallahualam. Sumber nie yul dapat dari berita luar negara. Sungguh tidak ku sangka ada jugak ayam bertelur macam tu, oh tidak! haha

Read more...

Sinopsis Filem The Mechanic

Monday 21 February 2011

The Mechanic
Assalamualaikum, semuanya. Korang dah tengok filem nie? Yul baru sahaja selesai menonton filem nie. Petang tadi dalam sekitar pukul 3 petang, yul bersama rakan-rakan pergi menonton filem 'The Mechanic'  yang bertempat di TGV, Jusco Tebrau City. Maklumlah ye, hari nie cuti, sekali-sekala pergilah menonton wayang untuk melepaskan tension. Lagipon orang tak ramai waktu-waktu sebegini. Jadilah tak payah lah yul nak tunggu beratur beli tiket wayang. 


Masuk kedalam panggung, orang tak ramai pon. Tak penuh langsung, ada la dalam sekitar 30 or 40 orang macam tu. Faham-faham je lah ye, waktu bekerja memang tak ramai orang pon. Sebelah kanan ada 1 couple cina, sebelah kiri pon sama juga. Nasib dieorang tak buat wayang jugak dalam tu, haha. 

Sinopsis filem The Mechanic

Yul selitkan sedikit sinopsis mengenai filem The Mechanic nie. Arthur Bishop (Jason Statham) adalah seorang 'mechanic' iaitu pembunuh elit yang mempunyai bakat unik untuk menghilangkan jejak mangsanya. Arthur Bishop adalah seorang pembunuh upahan yang sangat berbakat. Membunuh bukan sekedar tugas buat Arthur tetapi ianya seperti sudah menjadi gaya hidup. Semua mangsanya yang dibunuh olehnya berjaya dibunuh dan satu yang selalu dipegang Arthur adalah bahawa dia tidak pernah melibatkan emosi, apa pun yang terjadi. Suatu ketika, Arthur ditugaskan untuk membunuh Harry (Donald Sutherland), guru sekaligus rakan Arthur, yang disyaki telah membocorkan rahasia organisasi.

Arthur menyesal dengan apa yang  dilakukannya ketika dia membunuh Harry dan ketika Steve (Ben Foster), anaknya Harry, muncul dan ingin berguru dengan Arthur pun menerimanya walaupon tanpa persetujuan dari organisasi. Dalam waktu yang singkat Steve mampu mempelajari seni membunuh yang diajarkan Arthur. Steve menjadi pembantu Arthur walaupun dia mempunyai agenda yang tersembunyi.



Trailer  Filem The Mechanic







Bagi yul cerita nie memang terbaiklah, memang tak rugilah kalau korang pergi tengok. Pertengahan filem nie korang akan faham lah, disitulah banyak aksi-aksi dan suspens dalam cerita nie. Part yang yul paling suka ketika Arthur Bishop dan Steve dalam misi untuk membunuh orang yang selalu mengupahnya. Memang dahsyat taktik dia dalam membunuh tu. Arthur nie kira orang pintar dalam membunuh, dia seperti dah dapat jangka apa yang akan berlaku seterusnya. Apa yang dia jangka tu semuanya betul dan dia dah dapat jawapan setiap jangkaan dia tu. Diakhir cerita nie pon best jugak, kalau korang nak tahu, korang tengoklah sendiri ye, hehehe. 

Read more...

Seorang Bapa Meletakkan Nama Anaknya 'Facebook'

Macam-macam yul dapat melihat ragam manusia zaman sekarang ni. Dunia semakin canggih sehinggakan nama anak pon diletakkan 'facebook'. Kejadian nie benar-benar berlaku di Mesir selepas penggulingan Presidennya, Hosni Mubarak.
tunjuk perasaan di sekitar Tahrir Square
Seorang bapa memberikan nama anak perempuan pertamanya 'facebook'. Nama facebook kini sedang meningkat naik di Mesir selama proses penggulingan Presiden Hosni Mubarak kerana dianggap berjasa dalam media massa sebelum melakukan tunjuk perasaan besar-besaran di Tahrir Square.

Pemuda tersebut yang bernama Jamal Ibrahim dan berusia 20 tahun telah memberikan nama anak perempuan 'facebook Jamal Ibrahim'. Walaupon Google, Youtube, Twitter turut juga membantu dalam memperjuangkan rakyat Mesir untuk menggulingkan Hosni Mubarak, tetapi facebook juga yang paling popular.

Facebook kini seolah-olah menjadi pahlawan dan idola baru bagi rakyat Mesir. Kira-kira sebanyak 5 Juta pengguna facebook di negara tersebut dan merupakan yang terbesar jika dibandingkan dinegara lain di Timur Tengah. 

P/S: Berlainan pula kalau di Malaysia, facebook boleh mengakibatkan perceraian diantara suami isteri. Tetapi di Mesir, ianya menjadi idola! Yul pon tak paham melihat ragam manusia didunia ini. Jangan pulak ye, korang pon memandai-mandai jugak letak nama anak facebook, huahuahua.

Read more...

Twitter Tidak Dapat Digunakan Melalui Handphone? Aku Telah Berjaya Menghack Twitter!

Saturday 19 February 2011



Twitter di hack? Betul kew nie? Bagi pengguna akaun twitter, korang ada perasan tak timeline hari nie macam lembab je. Sebelum nie laju je kan. Tetapi kenapa pulak sekarang dah jadi slow gile? Jarang nampak pengguna-pengguna twitter membalas tweet orang lain dengan menggunakan RT hari nie. Diatas sebab rasa geram yul tempoh hari melihat orang menggunakan RT RT untuk reply. Akhirnya yul telah berjaya menghack twitter tersebut daripada terus  menggunakan RETWEET untuk membalas.  


Korang tak percaya? Percayalah kerana ianya benar-benar berlaku. Yul bukannya nak cerita tipu atau nak mereka-reka cerita. Ianya adalah kenyataaan yang harus korang percayai. 




Actually, yul tak hack pon twitter nie. Saje je nak bergurau-gura kasi hangat sikit. hehe. Apa yang yul dapat tahu, pengguna yang menggunakan aplikasi Ubertwitter, Uber Current, dan Twidroyd nie sebenarnya telah pon disekat oleh twitter. Aplikasi tersebut merupakan aplikasi twitter dihandphone yang membolehkan korang membalas tweet dengan menggunakan RT. Kalau korang ada perasan artis-artis or sape-sape je yang membalas tweet dengan RT nie, kebanyakkan daripada mereka semua nie sebenarnya menggunakan handphone. Nie pon aku baru dapat tahu setelah sekian lama mengkaji bagaimana nak membalas dengan RT RT nie.


Menurut apa yang yul tahu, aplikas-aplikasi tersebut telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh twitter. 3 sebab mengapa twitter menyekat aplikasi-aplikasi tersebut

  1. Twitter menyatakan bahwa UberTwitter dan Twitdroyd menggunakan layanan pemanjang tweet tmi.me yang berkemungkinan pengguna dapat menulis pesanan lebih daripada 140 patah perkataan sehingga mengundang beberapa risiko. Untuk itu, pihaknya kini telah menghapus sistem tersebut.
  2. Twitter menyatakan bahwa UberCurrent mengubah link yang sebenarnya merupakan bahagian dari program sekutunya dengan alamat link sendiri.
  3. Twitter meminta nama UberTwitter diubah dan pihaknya segera memenuhinya dengan menggantinya dengan nama UberSocial secepat mungkin.

Tu je lah sedikit informasi kepada korang semua, kenapa kebanyakkan pengguna twitter handphone tidak boleh menggunakan twitter lagi. So, lepas nie jangan pikir aku yang hack twitter tu oke, hehe
P/S: Terasa sunyi pulak bila tak ada orang nak bermain RETWEET aka RT nie. hehe. Lepas nie nak tweet panjang-panjang dah tak boleh dah melalui handphone, kehkehkeh.

Read more...

Festival Pesta Layang-Layang Pasir Gudang 2011


Karnival pesta layang-layang pasir gudang kali ke-16

Karnival Pesta Layang-Layang Peringkat Antarabangsa kali ke-16 baru saje dimulakan pada 16 Februari 2011 yang lepas dan akan berakhir sehingga 20 Februari 2011 ini. Hampir seribu pelayang dari tempatan dan luar negara yang bakal menyertai festival layang-layang ini. Bermacam-macam aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak penganjur kepada pengunjung. Diantaranya pertandingan Suara Emas dan anda juga akan dihiburkan oleh artis-artis tempatan.



*credit to google

Sangat menarik bukan? Banyak layang-layang unik dan menarik yang akan diterbangkan. Korang bukan setakat dapat tengok je, korang pon dapat main jugak.

Sebenarnya yul belum pergi kesana lagi disebabkan pekerjaan menghalang yul daripada pergi kesana. Insyallah kalau tiada aral hari ahad nie mungkin nak jalan-jalan melihat pemandangan disana. Maklumlah ye, hari ahad nie hari terakhir dan penutup bagi festival layang-layang pada tahun nie. Mesti seronok pada hari tersebut tu. Rugi kalau tak pergi, sebab setahun cuma sekali je. Diantara korang semua ada yang pergi tak? hehe. :)

Read more...

Contest Teka Lirik Lagu

Friday 18 February 2011


Dah lama rasanya yul tak menyertai kontes dari blogger-blogger. Hari nie terdetik pulak nak sertai kontes nie. Contest teka lirik lagu nie datangnya dari kawan yul sendiri , fyna. Hadiah die pon menarik jugak! huhu 

Lirik lagu tersebut berbunyi macam nie.
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Apa yang korang perlu buat?
  1. Buat satu entri "Contest Teka Lirik Lagu" Copy dan paste sekali banner diatas tu.
  2. Jadi follower blog beliau, http://inibelogfyna.blogspot.com
  3. Teka lirik diatas jawapan hendaklah tepat.
  4. Jawapan yang harus diterima perlulah dihantar sebelum tarikh penyertaan ditutup.
  5. Letakkan jawapan korang di entri contest beliau nie, jawapan korang tidak akan dipublish.
  6. Lastly kene tag 3 orang. Hurm. nak tag siapa ye?
Klu yang di bagi,
-Penyanyi lelaki
-Antara lagu yang Famous
-Walaupon fyna selalu letak lagu tersebut didalam blog dia, yang lirik penting lirik lagu kat atas nie die tak pernah letak lagi
 Tambahan klu dari yul, hehe, korang selalu dengar, yul pon selalu dengar, hehehee
Tarikh tutup penyertaan 28 Februari 2011


Hadiah


pertama
topup 15 ringgit

kedua
topup 10 ringgit

ketiga
topup 5 ringgit


P/S: Yul dah tau dah jawapannye, hehe, korang yang nak join silalah :).

Read more...

Tips: Bagaimana Hendak Meningkatkan Traffik di Blog

Thursday 17 February 2011

Kali nie yul tak nak bercerita pasal benda lain. Nak bercerita pasal traffik pulak. Walaupon traffik blog yul nie tak seberapa, tapi sekurang-kurangnye yul kongsikan kepada korang semua supaya senang untuk korang mendapatkan traffik. Diantara korang semua mesti nak kan traffik yang tinggi kan. Bukan senang tau nak dapat traffik melainkan kita berusaha keras. Kalau kau dok mengangkang, malas nak update entri , blogwalking pon payah, memang tak kemana la traffik blog kau tu.

Sebenarnya ada banyak cara dalam nak naikkan traffik nie. Cuma nak tak nak je. Terus teranglah yul cakap ngn korang semua nie, benda yang paling penting dalam nak meningkatkan traffik, korang kenalah rajin. Kalau malas jangan harap lah orang nak datang blog kau tu. Malas nie dah macam penyakit dah. Kalau dah malas memang tak ada lah ubatnya, melainkan korang ubah diri kau sendiri tu. Yul pon kadang-kadang malas jugak nak update entri nie, tapi terpaksa juga tangan dah menggatal nak menaip. haha

Kalau korang rasa-rasa popular macam Hanis Zulaikha, Fatin Liyana , Cik epal, Zack Zukhairie , Ben Ashaari dan lain-lain lagi tak payahlah ikot tips yul nie ye. Mereka semua just tulis entri dan publish je, kompem berderet datang ke blog mereka. Sebab mereka semua dah dikenali ramai dan ramai pembaca mahu membaca entri seterusnya yang mereka nanti-nantikan. Kalau macam yul nie tak de maknenya. haha.

Kat sini yul senaraikan tips yang boleh membantu korang dalam meningkatkan traffik.

  • blogwalking- Blogwalking atau dalam singkatannya BW.  Rata-rata blogger sering berbuat demikian kan? Kalau korang lawat blog dan baca entri mereka tu janganlah jadi silent reader ye. Tak kiralah entri die pendek kew, or panjang. Komenlah entri mereka. Kalau tak nak, paling kurang pon korang tinggalkanlah jejak kat shout tu. 
  • update entri sebanyak yang mungkin. Kalau setakat sebulan sekali tu memang kuranglah traffik kat blog kau tu. Seminggu 2,3 entri pon dah cukup memadai. Lagi bagus sekiranya korang setiap hari korang update. Tak lah bersawang ye blog tu, hehe. 
  • Kongsikan difacebook- Yang nie pon korang boleh dapat traffik. Kompem ada orang klik lah kalau korang share difacebook korang masing-masing. Dalam 100 kawan yang online tu, mungkin ada lah dalam belas-belas yang klik tu. huhu. Senang-senang je kan dapat free traffik?  
  • Ping Entri-Yang nie selalu yul amalkan cara nie. Memang berkesan. Tapi tu bergantung kepada tajuk dan entri korang tu. Biasanya yul tengok entri paling top carta tiap-tiap hari cite pasal duit blog, gosip artis, dan lain-lain lagi. Okaelah, Yul senaraikan beberapa sites yang selalu yul amalkan dan boleh korang ping entri tersebut.  
  1. INNIT- Kalau korang ada akaun nuffnang, so, bolehlah ping disini, tetapi apa yang yul dapat tahu, innit nie tempat yang  keahlian status mereka Gllitterati sahaja. Tak pastilah sama ada betul kew tidak. Sites nie kadang-kadang je yul ping. Kalau cerita mengenai gosip artis barulah yul ping kat Innit. hehe, Maklumlah ye, ping entri melalui Innit nie susah sikit, pakai manual. Kene submit sendiri URL, tajuk, tag, and lastly ada word verification. Tak sama dengan dengan yang lain.
Nanged terbanyak pernah yul hit! haha2 
  1. GengBlogger- Kebanyakkan blogger yang yul lihat banyak yang ping disini. Rasanya, tempat nie lah paling popular! Tak percaya? korang cuba lah. 
gengblogger ping
  1.  Johoreanbloggers.com dan lain-lain lagi- Sebenarnya yang nie ada banyak negeri. Tetapi fevret yul cuma dua je, kelantan dan johor. Malas nak ping tempat lain banyak-banyak. Kalau korang nak ping kat tempat lain pon boleh jugak, cuma tukar nama negeri kat depan tu  je. 
johoreanbloggers 

Okaelah, yul pon dah malas nak tulis panjang-panjang. Kang korang bosan pulak kan kalau yul tulis berjela-jela nie. Sambung tips yang akan datang je lah ye. Apa-apa pon yul harap tips nie dapat membantu korang dalam meningkatkan traffik korang tu. Traffik yul pon bukan lah tinggi sangat, sebab yul berblogging pada waktu malam je. Tak banyak mana pon kan? hee

Read more...

Kenapa Twitter Tidak Ramai Yang Menggunakannya?

Wednesday 16 February 2011

Ada orang kata main twitter nie susah. Betul kew? Mereka yang kata, bukan yul yang kata ok. Mesti ramaikan yang mempunyai akaun twitter tetapi tidak menggunakannya. Daftar akaun twitter cuma buat ada-ada je kan? Memang tak dinafikan. Dulu, yul pon sama jugak. Tak pandai main twitter nie. Payah gila! Bukan payah apa. Cuma tak tahu kelebihan dan cara penggunaan yang betul bermain twitter nie. Tapi sekarang, bagi yul tidaklah  sesusah mana pon. Sebab dah tahu cara penggunaannya. Sign In je terus tweet-tweet. Simple gila! 






Actually main twitter nie memang seronok habis! Nie berdasarkan pengalaman yul lah menggunakan akaun twitter nie. Cuma ianya agak berbeza sedikit jika hendak dibandingkan dengan rangkaian sosial yang lain. Maklumlah ye, akaun twitter nie tak ada "ADD-ADD" orang. Jadi, korang tidak perlu lah nak pening-pening kepala macam mana nak add orang tu. Sebab di twitter nie, cuma ada following and follower je. Tak ada ''ADD AS FRIENDS".  


Senang cite twitter nie ibarat seperti pesanan mesej ringkas (SMS) tetapi ianya digunakan secara online dan boleh dibaca dan dibalas oleh sesiapa sahaja. Ianya lagi mudah dan senang kalau nak dibandingkan dengan laman sosial yang lain. Di twitter nie jugak, ianya tidak mempunyai aplikasi-aplikasi permainan, kuis, dan lain-lain seperti di facebook. Simple je kan?


Bagi yang tak tahu tu, lama-kelaman korang akan tahu jugak cara menggunakan akaun twitter nie. Cepat atau lambat tu, bergantunglah kepada korang yang menggunakannya. Korang perlulah belajar. Macam korang main facebook, blog, dan lain-lain lagi! Barulah mahir menggunakannya.


Bagi korang yang dah ada akaun twitter tu, teruskanlah ye bermain dan selamat ber-tweet-tweet! haha. Yang tak de, meh la join sekaki. Lepas tu, jangan lupa follow yul oke! Insyallah yul akan follow korang balik. @yulhadri
hee..

Read more...

Suami Bunuh Isteri Dan Simpan Mayatnya Selama 12 Tahun.

Tuesday 15 February 2011

Tadi yul ada terbaca satu berita kat salah satu website luar negara.Ada kew patut seorang suami sanggup membunuh isterinya  sendiri? Dan menyimpan mayatnya didalam kotak besar dirumah anak perempuannya. 


Lelaki yang berusia 51 tahun tersebut ditangkap setelah menyimpan mayat isterinya selama 12 tahun dirumah anak perempuannya di Seoul, Korea Selatan. Anak perempuannya menghubungi polis, setelah menjumpai mayat perempuan didalam kotak yang sudah disimpan lebih 10 tahun dirumahnya.






Setelah diselidiki  identiti mayat tersebut, terbukti bahawa yang mayat tersebut adalah ibunya. Suspek Lee, iaitu ayah perempuan tersebut ditemui diBucheon, Barat Daya Seoul. Menurut Lee, dia membunuh dan menyimpan mayat tersebut kerana mengaku bersalah terhadap isterinya setelah bertengkar 12 tahun yang lalu mengenai  rumah. Lee didakwa menikam isterinya yang ketika itu berusia 39 tahun drumah mereka pada Jun 1999.


P/S: kejam gila kan? Tergamak lelaki tersebut sehingga sanggup membunuh isteri sendiri dan menyimpannya. Peh! gila lah. Yang tak boleh blah 12 tahun tu, haha



Read more...

Follower Beriban? Terima Kasih Daun Keladi.

Monday 14 February 2011

Kebelakangan nie yul tengok ramai yang buat entri pasal jumlah follower mereka. Ada yang beriban dan ada jugak yang ciput! Dieorang ada, yul pon nak ada jugak! Tak kiralah banyak kew sikit. Ianya sebagai ucapan terima kasih kepada follower kita yang sudi follow blog kita.


305 orang !
Wah tak sangka seh kini follower yul dah 300++. Tak perasan pulak follower dah semakin meningkat. Terima kasih daun keladi yul ucapkan kepada korang semua yang sudi follow yul. Tanpa korang semua, siapa diriku ini didalam dunia blog? Kehkehkeh. Macam banyak je kan nak tunjuk. Biarlah, ianya sebagai tanda penghargaan kepada korang semua. Walaupon follower yul tak beriban macam Haniz Zalikha, tak banyak macam Zack Zukhairi, tetapi at least yul adalah follower jugak kan? hehehe. Takpe lah, asalkan ada jugak orang nak baca entri yul nie. Kalau tak syok sendiri jelah yul  menulis diblog nie.


Korang rasa banyak kew? Maybe kot bagi yul. Sebab sebelum nie tak pernah dapat follower macam nie. hehe. Bila lah kan yul punya blog nak beriban macam mereka tu? Tak dapat 20k follower 15k pon jadilah. kehkehkeh. Banyak follower tapi kalau blog tak best tak guna jugak kan? Kalau blog best barulah ramai follower yang follow kita. Am i rite?


Apa-apa pon keep on blogging. Jangan terlalu gilakan follower okae! Follower akan datang dengan sendiri sekiranya penulisa di blog kita menarik. Bag iumat islam, Yul nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga dihari yang mulia ini memberi makna dan berkat kepada kita semua. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas nabi junjungan kita :)



Read more...

Blog Aku Macam Oh Tidak!

Sunday 13 February 2011

Salam semuanya.
Baru-baru nie yul ada terbace satu entri kat blog kawan yul mengenai jenis-jenis penulisan blog. Ulasan yang sangat menarik. Suka membacanya sampai tersengih-sengih sendiri yul baca entri tersebut! Buat entri nie pon masih tersengih lebar ke telinga. kehkehkeh


yang nie yul prnt screen dari blog beliau.


OH TIDAK! Adakah blog yul nie seperti blog tersebut? I dont think so. Tapi, Iyka cakap blog yul lebih kurang macam tu lah. Dem! Terasa nak bangga jap. Huahuahua. Actually blog yul nie pon bukan lah bagus sangat. Blog rojak kot. Entri semua campur-campur, sekejap cite mengenai fakta, sekejap cite benda pelik, sekejap cite hantu. haha. Masih baru lagi dalam dunia blogging nie. Tak sangka pulak blog yul disenaraikan dalam entri beliau mengenai jenis-jenis penulisan blog. Maceh ye iyka! Nanti aku bagi akim kat kau! wakaka



Kalau korang nak tahu lagi pi la jenguk dia kesana. Entri-entri dia pon besh! Memang happening gila baca entri dia. Tak bosan membaca entri-entri beliau tu. Kalau baca entri dia teringat  pulak kat cik epal. Kehkehkeh. Siyes, yul tak tipu. Bab-bab mengarut  merepek meraban bagai nak rak bagi je kat Iyka nie. Dia lah pengarut utama dalam dunia blog nie. Rasanya tak ada orang lain  yang boleh lawan dia. wakaka. MENGARUTLAH DALAM BERBLOG DEMI NEGARA!










Read more...

ChurpChurp Disalahgunakan

Friday 11 February 2011

Korang tak tahu apa itu churpchurp? Bagi sesetengah blogger yang mempunyai akaun twitter mesti korang tahukan apa itu churpchurp. Churpchurp nie sebenarnya adalah satu syarikat pengiklanan yang menggunakan link url yang perlu diiklankan ditempat-tempat tertentu. Kira adik beradik nuffnang la jugak. Tapi caranya berbeza sikit. Nak lagi lanjut baca entri yul yang sebelum nie kat sini.

Sebenarnya entri yul hari nie mengenai penyalahgunaan link URL iklan churpchurp dalam kalangan sesetengah blogger. Bagi pengunjung yang bertandang ke blog yul dan meninggalkan mesej dishoutbox, dah semestinya yul akan membalas kembali lawatan korang tu. Cepat atau lambat janji yul balas kembali lawatan korang tu. Tapi ada satu hamba allah nie yang saje nak ambil kesempatan kat blog yul nie untuk kepentingannya sendiri. Ada kew patut dia letak URL iklan churpchurp akaun dia letak tinggalkan di link soutbox. Hampeh sungguh!
Contoh URL iklan ChurpChurp yang diberikan
Baru-baru nie yul dah terkena dah. Yul bukan nak kritik, kecoh kew apa. Cuma  rasa tertipu je. Tak puas hati betul!  Ada orang letak link yang sepatutnya diiklankan melalui cara yang betul. Tapi disalah gunakan. Yul pon tak tahu sapa punya kerjalah yang buat macam tu. Semata-mata nak tambah duit tu kat churp-churp. Korang tahu-tahu je lah kan. Bagi yang mempunyai akaun Churp Churp nie korang boleh menjana pendapatan melalui url yang mereka berikan untuk dikongsi ditempat-tempat yang sepatutnya diiklankan. 


message dari shoutbox blog yul
Tulis singgah sini, visit here lah, tapi sekali klik nama die, keluar halaman lain pulak. Dah la pakai nama fake. Pastu URL pakai iklan Churp-Churp punya. Tiba-tiba je keluar page iklan. Agak-agak la nak main tipu kan. 



klik jadi halaman nie, pastu auto ke tempat iklan.


Macam mana yul tau yang tu iklan churpchurp? Sebenarnya, yul pernah klik link churpchurp kepunyaan sendiri sebelum nie. Saje je nak test ianya berfungsi kew tak. hehe. Kita klik je link, dia tak direct terus, nanti korang akan nampak satu page macam kat gambar diatas tu sebelum ianya terus pergi kehalaman yang sepatutnya diiklankan.


Kepada yang terasa tu, sila lah sedar ye. Yul kongsikan kat korang semua disini supaya jadikan ianya sebagai pengajaran. Yul tak nak orang lain pon terkena jugak sama macam yul. Dalam berblogging nie tak payah nak tipu-tipu. Kang tak memasal kita akan rugi sendiri. 




Read more...

Kisah Mistik Di Kemayan City, Johor Bahru

Thursday 10 February 2011

Assalamualaikum korang semua. Hari ini yul nak bercerita mengenai kisah mistik lagi. Maklumlah ye, hari nie khamis malam jumaat. Barulah feeling baca entri nie, ehehehe. Bagi yang berasal dari JB, korang mesti tahukan Kemayan City tu kat mana. Orang kata tempat nie memang berhantu dan penuh mistik. Sama ada cerita nie betul atau tak, wallahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Masa mula pembinaan dulu, bangunan nie sangatlah gah dan penuh dengan segala kemudahan. Pada ketika tu kalau lah Kemayan City siap di bina, ianya merupakan salah satu shopping complex serba lengkap dan terbesar di JB. Sebab masa tu belum ada Angsana dan City Square kalau tak silap. Tapi sayang. Tiba-tiba pembinaannya terhenti dan terus terbengkalai sampai lah sekarang ini. Segala isi perut banggunan tu dibiarkan begitu sahaja di tepi Jalan Skudai.

Ceritanya bermula begini. Ada sorang warga daripada Kuala Lumpur nie pertama kali berkunjung ke JB. Daripada lebuhraya PLUS tu dia turun ikut EXIT SKUDAI. Dalam perjalanan ke bandar JB, dia ternampak 1 bangunan kelabu yg cantik. Dia pun singgah lah kat situ. Ya, nama tempat tu semestinya Kemayan City. Orang ni di katakan berbelanja dengan banyaknya kerana barang-barang disitu didapati sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Dia memasukkan kesemua barang yang di shoppingnya ke dalam bonet kereta. Dan kemudian terus pergi meninggalkan tempat itu dan menginap di salah sebuah hotel disekitar JB.

Keesokkannya, dia check out daripada hotel dan berjumpa dengan kenalannya di Johor. Dia menceritakan kehebatan shopping complex yang mewah itu dengan barang yang terlalu murah. Tetapi dia di kejutkan kenalannya bahawa shopping complex yang di maksudkan itu tidak pernah beroperasi! Tak puas hati dengan rakannya itu, dia membuka bonet kereta dan! Penuh daun kering di dalam bonetnya itu! Dia tak puas hati dan mengajak rakannya ke shopping complex tersebut. Dan memang sah, ianya adalah sebuah bangunan yang kosong dan sudah lama terbengkalai.

Bayangkan, dengan siapa dia berkomunikasi semalam? Kemana perginya barang yang dibelanjannya? Yang ada di situ hanyalah sebuah bangunan terbengkalai dgn pokok meliputi banggunan.. Memang menyeramkan..


Seram bukan tengok tempat nie?

Dah lama terbengkalai


Cerita nie pulak yul dapat daripada salah seorang kawan yul. Credit to Hafiz.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.

Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,”





Jangan terlalu taksub sangat ye. Ia adalah sekadar cerita sahaja yang yul ingin kongsikan kepada korang. Sama ada betul atau tidak. Wallahualam. Hanya allah je yang mengetahui segala-galanya. Kalau korang nak baca entri seram yang lepas boleh klik kat










Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP