Suka!

Keputusan Penuh Perlawanan Antara Malaysia VS Arsenal - Asia Tour 13 Julai 2011 | Ramalan Anda?

Tuesday 12 July 2011

Pastinya rakyat Malaysia tertunggu-tunggu perlawanan antara pasukan kebangsaan, Malaysia menentang pasukan kelab antarabangsa, Arsenal esok. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada jam 8.45 malam. Bagi yang duduk berhampiran tu boleh lah pergi. Bukan senang nak menyaksikan perlawanan secara LIVE Malaysia menentang pasukan kelab yang terkenal(Arsenal). Asyik tengok kat televisyen je kan? Sekali-sekala apa salahnya. hehe. Yul tak berapa minat sangat dengan Arsenal nie, sebab pasukan yul tahun nie tak datang Malaysia. (Manchester United). Tapi yul tetap nak kongsikan juga kepada anda semua mengenai perlawanan nie. Maklumlah, Malaysia merupakan pasukan kebangsaan kita yang perlu kita sokong! huhu.
.
Disini yul kongsikan sekali senarai pemain-pemain Arsenal yang bakal diturunkan.
Wojciech Szczesny
Vito Mannone
Sebastien Squillaci
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Ryo Miyaichi
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Bacary Sagna
Theo Walcott
Alex Song
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Denilson
Aaron Ramsey
Emmanuel Frimpong
Samir Nasri
Carlos Vela
Robin van Persie
Fabregas yang berkemungkinan pindah ke Barcelona tidak dapat diturunkan akibat kecederaan di peha yang dialaminya.

Khabarnya, Safee Sali tidak akan diturunkan akibat kecederaan yang beliau alami. Mujurlah penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi telah pulih dari kecederaan di bahu kanan setelah dirempuh pemain lubnan ketika beraksi mewakili skuad olimpik dalam pusingan kedua, dan akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Arsenal.


Rekod Perlawanan
Untuk rekod perlawanan antara kedua pasukan ini, Malaysia pernah berjaya mengalahkan Arsenal pada kunjungan pertama Arsenal di Malaysia pada 13 Mei 1975 menerusi jaringan Dato Mokhtar Dahari. Arsenal sekali lagi berkunjung ke Malaysia pada tahun 1999 untuk membalas dendam apabila menewaskan Malaysia 2-0 jaringan Anelka dan Petit di Stadium Bukit Jalil, 12 tahun yang lepas.


Agak-agak, siapakah yang akan menjadi juara? Bolehkah Malaysia mengalahkan Arsenal. Kalau melihat dari segi prestasi dan juga kualiti pemain, jelaslah bahawa Arsenal yang akan menguasai dan mengungguli permainan. Pemain mereka semua hebat-hebat belaka. Yul rasa Malaysia akan tewas menentang Arsenal dengan keputusan 3-1. Anda pula bagaimana? Kalau Malaysia dapat menjaringkan gol tu pon dah cukup hebat. Bukan senang nak lawan pasukan Arsenal nie. Sekiranya Malaysia berjaya mengalahkan Arsenal, memang terbuktilah ngauman harimau malaya semakin garang.


Lepas nie Malaysia akan menentang pasukan Liverpool dan juga Chelsea. Kemudian akan menentang Singapura pula untuk kelayakan pra kelayakan Piala Dunia. Penuh betul jadual perlawanan Malaysia pada bulan nie. Harap-harap Malaysia mampu menewaskan pasukan-pasukan tersebut! Apa-apa pon selamat berjuang untuk Harimau Malaya! Kami menanti kemenangan pasukan Malaysia! Go.. Go.. Harimau Malaya!

4 comments:

epaa chenta 12 July 2011 at 22:57  

malaysiaa menanggggg! go mlysia go! Hahaha.

tomato 13 July 2011 at 15:36  

tamo tgk MU tkdok .. haha ;p

Aleen Aiden 13 July 2011 at 16:11  

serius malaysia menang?unbelievable!cayalah!hu3

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP