Suka!

Live Streaming Malaysia Vs Liverpool 16 Julai 2011 | Siaran Langsung Bola Sepak Asia Tour

Friday 15 July 2011

Perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air,  antara pasukan Malaysia menentang pasukan Liverpool. Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua Jelajah asia 2011 selepas Arsenal mengunjung Malaysia kelmarin. Perlawanan yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dilangsungkan pada pukul 5.45 petang waktu Malaysia. Jadi, kepada anda semua, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan perlawanan penting ini. Bukan senang dapat melihat Malaysia beraksi menentang salah satu pasukan kelab terkuat eropah. Lagi-lagi kelab tersebut mempunyai ramai pemain bintang yang rata-ratanya dikenali seluruh dunia.

Adakah nasib Malaysia sama seperti perlawanan sebelum ini yang tumpas dengan pasukan Arsenal? Lepas nie, berapa pula Liverpool dapat menyumbat gol ke gawang Malaysia? I don't think so. hehe. Tapi, Harap-harap selepas ini Malaysia tidak akan mengecewakan para penyokong lagi kali ini. Yang pastinya Harimau Malaya pasti akan mengaum! Jangan sangkakan Harimau Malaya mempunyai taring tetapi tidak mengancam. Kepada penyokong-penyokong pasukan Liverpool tu, tunggu je lah nanti ye. Pastinya Harimau Malaya akan membaham dan meratah pasukan ayam tu. hehe. :P


Anda juga boleh menonton melalui televisyen di Astro Arena 811 atau pon  Sport 811. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai sebarang astro mahupon parabola. Anda juga boleh menonton Live Streaming melalui internet. Tapi tu bergantung dengan kelajuan internet anda. Sekiranya internet anda lembab, memang sangkut-sangkut lah videonya. 




Video live streamingnya akan boleh dimainkan 30 minit sebelum perlawanan bermula. Pukul 5.15 - 5.30 petang pada 16 julai 2011 baru boleh tekan butang play. Tunggu..
Jangan lupa untuk hebahkan kepada rakan-rakan anda untuk menyaksikan bersama-sama :)

2 comments:

Anonymous,  16 July 2011 at 17:52  

dah kul 5.40, tapi lum start pun, admin...

Anonymous,  19 July 2011 at 10:10  

Mengaum?

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP