Suka!

Sinopsis Drama SuperMak | Slot Aksi TV3, Lagu Tema OST

Monday 18 July 2011

Slot Aksi TV3 akan mempertontonkan Drama bersiri terbaru SuperMak menggantikan Drama Juvana yang bakal berakhir hari ini, 18 Julai 2011. Kepada, korang semua peminat drama Juvana tu, jangan lupa untuk menyaksikan episod terakhir malam ini. 


Drama SuperMak bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin di Slot Aksi TV3 jam 9.00 malam selama sejam bermula 25 Julai 2011, minggu depan. Drama SuperMak menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal AF dan Henzy Andalas.

Sinopsis Drama SuperMak

SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau.
Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?
Bagaimana cerita tersebut? Kita tunggu je nanti. Sama-samalah kita tonton ye. hee :)

3 comments:

mrs kayrul 19 July 2011 at 12:39  

best layan citer juvana malam tadi..memang berbaloi la ending dia...lepas nie layan supermak plak

Aleen Aiden 20 July 2011 at 14:09  

ha3,poster die sgt mencuit hati dan sanubari aku.aishh

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP