Suka!

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA (IJAZAH PERTAMA) | Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2011/2012

Friday 15 July 2011

Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulam untuk menentukan nilai merit seseorang calon.
Calon boleh menyemak keputusan tawaran ke IPTA mulai 12 tengah hari ini(15 Julai) dan IPTA akan mengeluarkan surat tawaran secara rasmi mulai 16 Julai 2011.

Anda boleh menyemak melalui laman web kerajaan di http://upu.mohe.gov.my/
http://www.mohe.gov.my, http://jpt.uum.edu.my/ dan www.­jpt.­utm.­my atau di talian hotline 03-8883 5858,Helpline 03-8883 5848. Anda juga boleh menyemak keputusan anda menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no kad pengenalan anda) dan hantarkan ke 15888.

Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai. Calon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my/.

Tarikh tutup permohonan e-rayuan ialah pada 24 Julai 2011.

(Calon yang berjaya hendaklah membuat pendaftaran pada minggu pertama September.)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP