Suka!

Punca Kekalahan Malaysia VS Liverpool-Reaksi Penyokong Atau Kelemahan Pasukan

Sunday 17 July 2011

Malaysia sekali lagi kalah dalam perlawanan persahabatan Asia Tour 2011. Sebelum ini, Malaysia telah tewas 0-4 di pangkuan Arsenal, dan kini pula Malaysia sekali lagi ditewaskan oleh Liverpool, malahan lagi dahsyat jaringannya dengan 6 gol bolos. Tetapi kita patut berbangga, kerana Malaysia juga berjaya menyumbat 3 gol ke dalam gawang Liverpool.  Bukan mudah untuk menjaringkan gol. Tanpa strategi dan teknik yang betul, mustahil lah Malaysia dapat menjaringkan gol kan?



Yul agak kecewa juga melihat reaksi penyokong-penyokong nie. Seolah-olah perlawanan nie bukan seperti di negara sendiri. Walaupon purata penyokong di Stadium lebih memihak kepada pihak lawan, tetapi mereka sedaya upaya memberikan persembahan yang terbaik untuk menentang pasukan terhebat. Bukan calang-calang team yang dilawannya. Dapat jaringkan gol pon dah cukup bangga. Hampir keseluruhan penyokong yang memenuhi stadium tersebut dipenuhi dengan baju berwarna merah. Kenapa tidak kuning mahupon biru? Sedangkan Malaysia merupakan negara kita yang patut di beri sokongan padu. Berikan mereka sokongan moral supaya membuatkan mereka kembali bersemangat untuk menentang demi negara.


Rata-rata mesti sesetengah rakyat Malaysia akan cakap begini selepas permainan tamat.
"pertahanan malaysia tak cukup mantap..,"
"serangan yang kurang berbisa..,"
"penjaga gol macam tak jaga je..,"
Malaysia tadi tak akan kalah dengan sebegitu teruk sekiranya penyokong-penyokong di Stadium tersebut memberikan sokongan padu terhadap pasukan Malaysia. Sikap penyokong dan tekanan psikologi yang diberikan juga merupakan faktor kenapa dan mengapa pemain Malaysia kurang menyerlah. Apa salahnya sekiranya kita menyokong Malaysia?


Ye, yul tahu rata-rata ramai rakyat Malaysia menggemari pasukan-pasukan kelab yang ternama seperti Manchester United, Chelsea, Arsenal Liverpool dan lain-lain lagi. Tapi janganlah kita terlalu taksub dan fanatik sangat kepada mereka sehingga pasukan sendiri pon kita 'boo' kan. Kadang-kadang geram jugak melihat reaksi penyokong di Stadium tu. Bukan nak bagi semangat kepada pasukan negara sendiri, tetapi seperti mahu men'down'kan pula semangat mereka. Itu semua cabaran bagi pasukan Malaysia ketika menghadapi kelab terhebat. Kalau bukan kita yang menyokong pasukan Malaysia, siapa lagi? Tak kan lah Brazil pulak kot. So, korang fikirlah sendiri ye.



Video nie yul kongsikan kepada anda semua. Betapa ramainya peminat-peminat liverpool nie sehinggakan salah sorang yang hadir memakai jersey Manchester United dipaksa menanggalkan bajunya ketika untuk menyaksikan sesi latihan kelab liverpool. Kesian mamat nie kerana digesa untuk membuka baju tersebut. Dia sanggup tidak memakai baju daripada menyarung jersi Liverpool. Betul-betul Die Hard Fans United kan? Sehingga Rooney sendiri mengulas bahawa mamat nie legend, di twitternya selepas menonton video tersebut. Boleh baca sini. Dahsyat gile kan? haha. Cuba kalau Malaysia pula. Ada kew mereka juga berbuat demikian? Tak ada. Korang boleh pergi ke sini, untuk membaca berita selanjutnya mengenai perkara nie.
kan best kalau macam nie :)
Tapi yul memang respek dengan jurulatih kebangsaan serta barisan pemain sekarang nie, kerana merekalah membuatkan Malaysia kini kembali gah! Walaupon ada lagi kelemahan yang perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya mereka dapat juga menentang kelab ternama. Tak begitu?


Artikel nie hanyalah dari segi pandangan yul sahaja. Yela, kesian melihat pasukan Malaysia tu. Seperti bermain ditempat lawan pula. Apa-apa pon! Yul tetap bangga dengan Harimau Malaya. Walaupon ngauman itu masih tak menggerunkan pihak, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membuatkan mereka sentap.

2 comments:

IMANSHAH 17 July 2011 at 05:29  

tahniah both Malaysia n Liverpool

Unknown 17 July 2011 at 19:23  

lepas nie minta rajagopal minta lawan ngan reading or wigan lak.. kompem stadium penuh ngan warna kuning. hehehe

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP