Suka!

Live Stream Malaysia VS Chelsea | Siaran Langsung Asia Tour 21 Julai 2011

Thursday 21 July 2011

Setelah Arsenal dan juga Liverpool, kini giliran Chelsea pula bertandang ke Malaysia untuk perlawanan terakhir Siri Jelajah Asia 2011 sekaligus melengkapkan perlawanan terakhir ini. Sebelum ini, Malaysia telah tumpas kepada Arsenal dan juga Liverpool dengan skor yang amat mendukacitakan. Malam ini merupakan perlawanan terakhir Siri Jelajah Asia 2011 di Malaysia yang pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, dimana Skuad Harimau Malaya akan menentang pasukan gergasi eropah, Chelsea . Ini adalah kunjungan ketiga Chelsea ke Malaysia selepas tahun 2003 dan 2008. Untuk pengetahuan korang semua, Malaysia tidak pernah menang lagi ke atas pasukan gergasi ini.


Perlawanan diantara kedua pasukan ini akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai 2011 (malam ini) jam 8.45pm waktu Malaysia. Perlawanan ini juga akan ditayangkan melalui saluran Astro Arena (801) dan Astro Supersports (817). Tayangan ini diadakan kerana tahap penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah melebih 90 peratus. Wow! dahsyat gile fanatik chelsea Malaysia nie kan?
Melihat dari kesemua segi, jelaslah Chelsea lebih menyerlah jika hendak dibandingkan dengan Malaysia. Ditambah pula skuad bimbingan rajagobal tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini disebabkan skuadnya akan direhatkan daripada segala perlawanan untuk menentang pasukan Singa(Singapura) sabtu ini. Kini giliran skuad bimbingan Ong Kim Swee pula menggalas cabaran berhadapan dengan Chelsea. 

Adakah skuad bimbingan Ong Kim Swee akan mencipta sejarah bola sepak Malaysia untuk mengalahkan Chelsea? Bola itu bulat. Kita tunggu je nanti. Hee :D
Bagi yang rumahnya tiada astro, malas nak pergi ke kedai mamak, atau apa-apa je lah. Tidak perlu risau lagi kerana yul akan berkongsikan kepada korang semua siaran langsung Asia Tour 2011 perlawanan pasukan Malaysia VS Chelsea ini. 




Live video from your Android device on Ustream




Yul kongsikan juga link diatas sekiranya korang ingin versi lain punya. Link tersebut merupakan versi Chelsea punya. hehe. Banyak lagi link, tapi cukuplah yul paparkan ini dahulu buat sementara waktu. Apa-apa pon, gud luck to them. Harap-harap Harimau Malaya tidak akan menghampakan rakyat Malaysia kali ini. huhu. Jangan lupe kongsikan kepada rakan-rakan korang difacebook supaya mereka juga dapat menonton bersama. Orang kata Sharing is Caring :)

2 comments:

lynn,  21 July 2011 at 21:03  

bagi sy..sharing is saving..hehehe

YUL 21 July 2011 at 21:16  

@lyn, haha, tau tkpe, sgt setuju ngn anda, tak payah g mamak ;P

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP