Suka!

(Video&Gambar) Majlis Pra-Perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Raja Amir Shah | Selamat Pengantin Baru Pengacara Majalah 3

Sunday 17 July 2011



Pengacara Majalah TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, bersama pasangannya Raja Amir Shah,29, telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz sahaja berserta mas kahwin sebanyak RM777 dan wang hantaran bernilai RM20,111. Mereka telah mengikat tali pernikahan mereka pada 16 Julai 2011 yang lalu bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur. Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC.

Majlis Pernikahan kedua mempelai, Nurul Syuhada dan Raja Amir pada malam tersebut bertemakan “Moroccan” dan mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian pula adalah hasil rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja

Majlis perkahwinan kedua mempelai akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Kuala Lumpur.

Yul kongsikan sekali kepada anda semua video Pra-perkahwinan mereka berdua.


Amir & Nurul Syuhada | Dating from cstproduction on Vimeo.


Smart gile kan video pre-wedding kedua mempelai nie. haha.
By the way, tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru. Semoga mereka berkekalan sehingga ke anak cucu. :)
P/S : Nanti bila dah kahwin, teringin jugak ada video pre-wedding macam nie, hehe :P

2 comments:

hamzah ian 18 July 2011 at 00:53  

pergh.. idea cst ni mmg cantik..

Anonymous,  7 October 2011 at 11:38  

apa maksud babak nurul pakai baju jubah, tak sesuai..tukar baju kurung, xsesuai..pakai baju t-shirt n seluar ketat tu sesuai ke? ish2..

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP