Suka!

Arab City Melaka Bakal di Buka Pada Tahun 2012 - Arabian Oasis

Wednesday 6 July 2011

Sekarang nie anda semua tidak perlu bersusah payah untuk melancong ke negara-negara arab, kerana Malaysia sendiri sudah mewujudkan Arab City di Melaka. Ianya bakal mencatat sejarah apabila menjadi lokasi pertama di dunia memiliki Arab City. Yul tertanya-tanya, kenapa perlu mewujudkan Arab City? Adakah kedatangan pedagang orang arab yang berjaya menyebarkan agama Islam di Melaka satu ketika dulu mempunyai kaitan dengan kewujudan Arab City Melaka? Entahlah, yul pon tak tahu. huhu. Kemungkinan ianya adalah strategik dari segi perlancongan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia.


Arabian Oasis yang terletak di Pulau Melaka seluas 1.62 hektar merupakan frasa projek pertama Arab City dan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi. Majlis prapelancaran Arab City Melaka akan dibuat pada Januari tahun depan, dan dijangka buka kepada orang awam pada Mac 2012.




Gambar yang yul paparkan diatas merupakan pembangunan Arab City Melaka yang akan siap sepenuhnya seperti tersebut. Cantik bukan? Dan gambar di bawah berikut merupakan gambar sebenar pembangunan semasa yang hampir siap. sumber Malaysia Waterfront
 
Ia juga berpotensi untuk pertumbuhan perniagaan dan peruncitan berikutan dilengkapi dengan 123 ruang niaga serta lebih tujuh restoran dan kafe.

Terdapat bermacam-macam tarikan utama yang menarik di Arab City Melaka, antaranya ialah muzium Mesir, taman tema, teater dan pengunjung juga dapat menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti pertunjukan kebudayaan Arab, berenang, memancing dan sukan air. Betul-betul seperti di negara arab pula kan? haha :P
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari website berikut: http://www.myarabcity.com

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP