Suka!

Permohonan Kemasukan Institusi Pendidikan MARA 2012 | Borang Dan Syarat Permohonan Secara Online IPMA

Friday 30 September 2011


PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN MARA SESI JANUARI 2012.PERMOHONAN KE UNIKL/KPM/KKTM/IKM/GMI/KPTM UNTUK LEPASAN SPM /SIJIL / APMV /STPM DAN DIPLOMA.
Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan MARA(IPMa) Sesi Januari 2012.Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2012. Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Sila rujuk laman web permohonan untuk menyemak tawaran kursus dan program pengajian yang disediakan.
 
Kriteria Pemilihan
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon.

Tajaan Pengajian

  • Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
  • Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM dan IKM, yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.
  • Pemohon boleh juga datang sendiri ke institut, kolej, universiti yang berkenaan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Januari 2012akan ditutup pada 7 Oktober 2011.

Maklumat

  • Sila rujuk iklan permohonan untuk maklumat tambahan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :
    • Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
      Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
      Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 9010 / 9011
      Faks: 03-2698 6466
      e-mel : upim@mara.gov.my
      Laman web : http://online.mara.gov.my/upimonline/
    • Universiti Kuala Lumpur
      Bahagian Hal Ehwal Akademik
      1016, Jalan Sultan Ismail,
      50250 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2175 4000
      Faks: 03-2175 4001
      e-mel: enquiries@unikl.edu.my
      Laman web : http://www.unikl.edu.my/
    •  Kolej Poly-Tech MARA
      Bahagian Komunikasi & Pemasaran Korporat
      Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
      Jalan 6/91,
      Taman Shamelin Perkasa,
      Cheras,
      56100 Kuala Lumpur
      Tel: 03-9281 0762  / 9285 6033
      Faks: 03-9281 2545 e-mel: marketing@kptm.edu.my
      Laman web : http://www.kptm.edu.my/
    • Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
      Tingkat 20 & 21,
      Ibu Pejabat MARA
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4605 / 4612
      Faks: 03-2691 4510
      e-mel: upimikm@mara.gov.my
      Laman web : http://www.ikm.edu.my/
    • German-Malaysian Institute 
      Jalan Ilmiah,
      Taman Universiti,
      43000 Kajang,
      Selangor
      Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288
      Faks: 03-8921 9003
      e-mel: enquirygmi@gmail.com
      Laman web : http://www.gmi.edu.my/

Read more...

Namewee FucK UTUSAN MALAYSIA! | Respons Namewee Terhadap Utusan Malaysia

Wednesday 28 September 2011

Baru-baru ini, kecoh yang kononnya Namewee marah dan mengamuk terhadap salah satu akhbar tempatan iaitu Utusan Malaysia akibat penulisannya. Berdasarkan daripada apa yang yul baca, memang tidak patutlah penulis tersebut menulis sedemikian. Kalau tak suka sekalipon, tak perlulah menulis artikel yang boleh menjatuhkan seseorang itu. Ianya bukanlah sahaja dapat menjatuhkan seseorang, tetapi juga dapat menghasut orang lain yang membaca artikel tersebut. Kalau yul jadi Namewee pon akan marah juga. Ianya melibatkan kredibiliti dan maruah seseorang. Kang tak memasal pulak kena saman. Sebab yang bacanya bukan sorang dua, tetapi lebih daripada dua ratus ribu pembaca yang akan membacanya.


Dengan penulisan kita sahaja, kita dapat menjatuhkan orang dan silap-silap dapat membunuhnya. Sebab, orang hanyalah membaca dan terus mempercayainya. Orang-orang sekarang, asal nampak benda apa yang menarik,panas dan apa sahaja yang berkaitan, terus dikongsikannya. Ditambah pula dengan adanya laman sosial seperti, facebook, twitter dan lain-lain lagi serta-merta ramai yang akan berkongsi artikel tersebut dilaman mereka kepunyaan masing-masing.


Yul tak nak ulas panjang-panjang dan tak memihak kepada sesiapa pon. Apa-apa pon, korang boleh melihat dan boleh menilainya sendiri.

Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.
Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.
Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.
Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.
Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.
Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!

P/S: Media-media kini dah tak boleh percaya sangat dah -.-

Read more...

Drama Sofiyya Slot Akasia TV3 | Lagu Tema OST Sofiyya Dan Sinopsis

Sebuah drama baru yang bertajuk Sofiyya terbitan Filmscape akan menghiasi ruangan kaca televisyen korang setiap jam 7 malam sehingga jam 8 malam di Slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama Kasih Alia. Drama ini telah pon bersiaran pada 21 September 2011 yang lalu. Drama Soffiya ini dipenuhi dengan emosi dan mempunyai sebanyak 28 episod keseluruhannya. Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah(Sofiyya), Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifli dan Izara Aishah.



Sinopsis Drama Soffiya
Drama Soffiya mengisahkan tentang Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Sulaiman kecewa apabila dia sering ditolak oleh Aishah untuk melakukan hubungan suami isteri. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Soffiya tidak dibenarkan bersekolah dan dikurung dalam rumah.

Selepas daripada kejadian hitam itu, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung. Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila mendapati cinta pertamanya bakal berkahwin dengan anak tirinya.
Berikut adalah Video Promo Soffiya

Lagu tema @ OST Soffiya ini pula dinyanyikan oleh Hafiz AF7 yang bertajuk Masih Jelas.
P/S: Baru tengok tadi! peh. Memang layanzz. hee :)

Read more...

Keputusan Piala Malaysia 27 September 2011 | Keputusan Perlawanan Bola Sepak

Tuesday 27 September 2011

PIALA MALAYSIA 27/9/2011-LIVE RESULT SEMASA JADUAL PENUH PERLAWANAN BOLA SEPAK
Malam ini merupakan perlawanan yang terakhir saingan kumpulan A,B,C dan D Liga Piala Malaysia,pada malam ini juga adalah penentu pasukan manakah yang layak mara ke pusingan suku akhir,untuk makluman anda semua,2 pasukan teratas dalam Liga setiap kumpulan layak ke suku akhir.

6 pasukan, Perak,Terengganu,Negeri Sembilan,Felda United,T-team dan Kelantan menjadi pasukan awal mara ke peringkat suku akhir diatas rekod pencapaian mereka yang cemerlang,dalam aksi kumpulan


Mengenai jadual perlawanan suku akhir,sebelum ini diberitakan akan berlaku perubahan pada tarikh perlawanan bagi memberi laluan perlawanan persahabatan antarabangsa diantara Harimau Malaysia menentang Australia pada 7 Oktober 2011 nanti.Pertarungan ini akan berlangsung di Sydney


Berikut merupakan keputusan perlawanan yang akan dikemaskini secara live score sehingga tamat perlawanan


KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 27 SEPTEMBER 2011


KUMPULAN A
KEDAH [ 1 ] – [ 1 ] PERAK - Tamat Perlawanan
JOHOR [ 1 ] – [ 4 ] SABAH - Tamat Perlawanan


KUMPULAN B
TERENGGANU [ 0 ] – [ 0 ] N.SEMBILAN - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT – 8.45 mlm
SIME DARBY [ 0 ] – [ 1 ] PKNS - Tamat Perlawanan


KUMPULAN C
KELANTAN [ 2 ] – [ 0 ] FELDA UNITED- Tamat Perlawanan
JOHOR FC [ 3 ] – [ 1 ] SARAWAK - Tamat Perlawanan


KUMPULAN D
SELANGOR [ 2 ] – [ 1 ] KUALA LUMPUR - Tamat Perlawanan
PDRM [ 0 ] – [ 6 ] T-TEAM - Tamat Perlawanan


* [ KEPUTUSAN SEMASA ] *

Read more...

Mia Sara Pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik My Kids Award TV3 | Best Kid Actress 2011

Sunday 25 September 2011

Baru-baru ini, Mia Sara telah terpilih sebagai aktress kanak-kanak terbaik dalam Anugerah My kids Award yang dianjurkan oleh tv3 kids. Apa-apa pon, tahniah yul ucapkan. Mia Sara seperti yang dijangka menjadi pilihan orang ramai untuk meraih kategori Best Kids Actress. Kehadiran Mia Sara semasa anugerah tersebut menjadi tumpuan orang ramai disitu.

Majlis ini telah bersiaran secara langsung dari Sunway Lagoon Amphitheater, Bandar Sunway, Petaling Jaya, pada 24 September 2011 (Sabtu) bermula dari jam 5.30petang hingga 7.00malam.


Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu Penyanyi Kanak-Kanak Lelaki Popular, Penyanyi Kanak-Kanak Perempuan Popular, Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Perempuan Terbaik, Watak Animasi Paling Comel, Pengacara Paling ‘Cool’ dan Program TV Paling Hebat. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam sehingga 30 Jun 2011.



Berikut adalah beberapa gambar gelagat Mia Sara semasa dinobatkan sebagai pemenang Best Kid Actress.



Yul paparkan sekali senarai pemenang bagi setiap kategori yang diadakan
BEST KID ACTOR : FIMIE DON
BEST KID ACTRESS : MIA SARA
COOLEST HOST : FIMIE DON
FAVOURITE MALE SINGER : AZAM IDOLA KECIL 2
FAVOURITE FEMALE SINGER : DAYANA IDOLA KECIL 2
CUTEST CHARACTER : UPIN IPIN
AWESOME TV SHOW : UPIN IPIN
MOST INSPIRATIONAL TV HOST : AZNIL HJ. NAWAWI
MOST INSPIRATIONAL ARTIST : BUNKFACE
FAVOURITE IDOL : DATUK DR. SHEIKH MUZAPHAR 
Para pemenang My Kids Awards 2011 dinilai melalui laman web rasmi TV3 yang rata-rata undiannya terdiri daripada kanak kanak. Apa-apa pon, tahniah kepa para pemenang.
P/S: comelnye mia sara. huhu :)

Read more...

(GAMBAR) Majlis Perkahwinan Memey Suhaiza Dan Norman 24 September 2011 | Hantaran Pernikahan Memey & Norman

Saturday 24 September 2011

Akhirnya, kini Norman Hakim telah selamat dinikahkan setelah lama menduda. Norman Hakim sah bergelar suami kepada teman kontroversi selama ini, Memey Suhaiza dengan sekali lafaz sekitar jam 5 petang hari ini. Majlis pernikahan serba indah Norman Hakim & Memey Suhaiza telah diadakan dirumah keluarga Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Gambar Majlis Perkahwinan Memey Suhaiza Dan Norman Hakim akan di update lagi kemudian.


Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.


Berikut adalah gambar perkahwinan mereka berdua mempelai



Sumber gambar : Oh bulan

Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.


Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.


Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.


Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu termasuk dua anak Norman iaitu Mohamed Danish Hakim,8, dan Marissa Dania Hakim,6.


Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.


Dan pada malam ini, Majlis berinai akan diadakan dirumah Memey, dan besoknya pulak majlis persandingan mereka yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Resepsi gilang gemilang sebelah perempuan akan berlangsung esok dilokasi yang sama.


Disini, yul kongsikan sekali, ekslusif video pernikahan Norman hakim dan memey suhaiza sekali.


P/S: Akhirnya, selamat juga mereka berkahwin,

Read more...

Lim Guan Eng Nafi Memburukan Johor | Ketua Menteri Pulau Pinang Hina Negeri Johor?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan laporan yang dikeluarkan Bernama berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor ketika ditemuramah oleh sebuah stesen radio di luar negara baru-baru ini.


"Ini kerana, saya ada saksi iaitu dua pegawai yang turut bersama saya ketika ditemu ramah tempoh hari," katanya di sini hari ini.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta oleh media untuk mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai Lim telah memburukkan Johor di luar negara.


Mustapa dilapor berkata beliau dimaklumkan bahawa Lim ketika dalam satu majlis telah mempertikaikan keadaan keselamatan di Johor jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan kenyataan itu tidak mencerminkan perkara yang sebenar
sumber : bernama

Read more...

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Boleh Memudaratkan Kesihatan

Friday 23 September 2011

Adakah korang tahu bahawa pengambilan ubatan seperti Panadol Actifast dan Soluble dapat memudaratkan kesihatan? Yul yakin, pastinya ramai yang mengetahuinya tapi ianya dipandang remeh oleh sesetengah rakyat Malaysia kini dan seolah-olah tidak tahu apakah kesannya yang akan berlaku kepada kita. Ianya boleh memudaratkan kesihatan kita pada masa akan datang.

Berikut adalah kesan daripada mengambil Panadol“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
P/S: Renung-renungkanlah. Walaupon ianya jalan termudah untuk mengubati sakit kepala dan lain-lain lagi. Tapi harus kita ketahui, yang ianya juga bakal mengancam nyawa kita satu hari nanti.

Read more...

Bayi Cedera Di Muka Ketika Dilahirkan Di HTAR

Friday 16 September 2011

Yul ada terbaca satu artikel yang amat sedih dan menyayat hati, yang mana, seorang bayi yang baru dilahirkan terdapat kesan luka dibahagian muka. Kesian pabila melihatnya. Apa yang menyebabkan bayi ini menjadi macam nie, yul pon tak berapa pasti. Polis pon masih menyiasat kejadian ini.

Berikut adalah berita yang di petik dari Berita Harian.
Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.


Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.


Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.

“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.
Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.

“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber:BHarian
P/S: Mana-mana suami-isteri semestinya ingin mengetahui dan melihat keadaan anaknya. Kesian bayi ini, sungguh malang nasibnya. Harap-harap, baby nie dalam keadaan baik dan sihat hendaknya :(

Read more...

(GAMBAR) Safee Sali Jalani Latihan Di Cardiff City | Safee Sali Pikat Hati Jurulatih

Gambar Safee Sali ketika menjalani sesi latihan di Cardiff City.

Alhamdulillah, kecederaan yang Safee sali alami telah pon beransur pulih. Perkembangan Safee semakin positif dan beliau sudah dapat menyesesuaikan diri dengan suasana latihan dan rakan-rakan pasukan.


Kecederaan semasa menjalani latihan bersama Cardiff City sebelum ini telah menyebabkan Safee Sali kurang selesa, terutamanya semasa melakukan percubaan jaringan, selain turut menganggu konsentrasi penyerang prolifik itu semasa cuba mengatasi asakan pemain pertahanan sehingga menyebabkannya terpaksa berehat seketika sebelum kembali menyambung sesi latihan.



Masalah tersebut bagaimanapun ternyata tidak menghalang Safee daripada mempamerkan aksi yang terbaik apabila masih berjaya menjaringkan satu gol semasa sesi latihan itu. Malah, pengendali Bluebirds, Malky Mackay juga sudah pasti tidak memandang keupayaan Safee ‘sebelah mata’ apabila tonggak kebangsaan itu mula mendapat liputan meluas media tempatan yang menggelarkannya ‘David Beckham Malaysia‘ sebaik menjejaki bumi England baru-baru ini.

Read more...

Safee Sali Berlatih di Cardiff City | Digelar David Beckham Malaysia?

Safee sali kini semakin popular dan dikenali ramai dimata dunia. Mana taknya. Baru sehari menjalani latihan bersama Cardiff City sudah menjaringkan gol sehinggakan beliau digelarkan sebagai 'David Beckham Malaysia' oleh media tempatan disana. Hebat betul kan beliau? Berikut adalah berita mengenainya.
Gol pertama Safee Sali di Cardiff City. Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.

Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

SESI ujian Safee Sali ke Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain yang menyiarkan berita mengenainya pada halaman utama ruangan sukan dengan menyifatkan penyerang kebangsaan itu sebagai ‘David Beckham Malaysia.’

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.

“Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.

“Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.

“Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

“Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.

“Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain,” katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.

Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai ‘David Beckham Malaysia’, Zakaria berkata: “Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.

“Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City,” katanya.

Safee Sali David Beckham Malaysia – Pemain Bola Sepak Cardiff City
Mohd Safee Mohd Sali (born on January 29, 1984 in Kajang, Selangor, Malaysia) is a professional Malaysian footballer who is a Striker for Pelita Jaya FC. Safee also represents the Malaysia national team at the international level and was a member of the Malaysian team who won the 2010 AFF Suzuki Cup for the first time with Safee being the top scorer. Safee previously played for Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA and Selangor FA.


Safee is currently known widely as the best striker in Malaysia during his generation and was compared to the late, legendary Mokhtar Dahari. The Malaysian King of Football, Datuk Abdul Gahni Minhat also considered Safee to be the current best striker in Malaysia having professionally playing outside Malaysia.
Safee is also the first Malaysian to play at the Indonesian Super League with Pelita Jaya FC.



Mohd Safee Mohd Sali (lahir pada 29 Januari, 1984) adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk pasukan Pelita Jaya, Indonesia, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Liga Super Indonesia. Sebelum ini beliau pernah bermain untuk Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA and Selangor FA. Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Digemari di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama
  • Melaka TMFC
Safee memulakan kerjayanya pada umur 19 dengan bermain untuk Melaka TMFC selepas beliau menghadiri dan menjayakan satu ujian bersama pasukan. Safee telah menjadi pemain penyerang utama bagi Melaka TMFC hanya di dalam 5 perlawanan. Selepas hanya bermain beberapa bulan dengan Melaka TMFC, Safee menyertai Kuala Lumpur FA selepas beliau telah dikesan oleh jurulatih Kuala Lumpur, Igor Novak. Safee mempunyai 12 kaps dan 5 gol dengan Melaka TMFC.
  • Kuala Lumpur FA
Safee telah dibawa ke Kuala Lumpur oleh Igor Novak. Igor telah mengesan bakat Safee dan membawanya ke Kuala Lumpur. Beliau telah menjaringkan hat tricknya yang pertama di dalam satu perlawanan Liga Premier Malaysia II menentang Perak TKN, yang berakhir dengan membelasah 6-2. Beliau telah menjaringkan 11 gol di dalam musim pertamanya untuk menjadi penjaring gol kedua terbanyak di belakang Azman Adnan.[2] Semasa musim 2004, beliau hanya berupaya untukk menjaringkan 2 gol liga. Di dalam musim terakhirnya dengan Kuala Lumpur, beliau telah menjaringkan 7 gol liga, 3 gol di dalam Piala FA Malaysia, 2005 membawa Kuala Lumpur FA ke separuh akhir, dan 1 gol di dalam Piala Malaysia 2005.
  • Sarawak FA
Kemudian, beliau menyertai Sarawak FA lalu menjadi penjaring gol tempatan teratas dengan 10 gol. Prestasinya menarik perhatian peminat bola dan jurulatih kebangsaan. Kebolehannya menjaringkan gol dibandingkan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari.
  • Selangor FA
Safee menyertai Selangor FA untuk musim 2006/07, lalu diserahkan jersi nombor 10 yang pernah dipakai oleh legenda Selangor FA dan pasukan kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Bersama Selangor, Safee membantu pasukannya mencapai pusingan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Bagaimanapun, Selangor tewas kepada Kedah FA di kedua-duanya dengan mata sama 3-2.
Dalam Piala Sultan Selangor 200, Safee menjaringkan gol yang mengagumkan terhadap pasukan pilihan Singapura.
Perlawanan terakhir Safee dengan Selangor adalah seri 1-1 menentang Kuala Lumpur FA sebelum pemergiannya ke Karawang, Indonesia untuk menyertai Pelita Jaya.
  • Pelita Jaya FC
Pada 5 Februari 2011, secara rasminya Safee berpindah ke pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 dan gajinya sebanyak USD10,000 atau RM 30,360.[4][5] Safeen menandatangani kontrak 1 tahun dengan Pelita Jaya. Ini menjadikan beliau seorang pemain bola sepak Malaysia pertama yang beraksi di Liga Super Indonesia.
Pada mulanya Safee telah diberi jersi nombor 10, Tetapi disebabkan masalah pendaftaran, sebaliknya beliau telah memilih nombor 55. Safee telah membuat penampilan tidak rasmi menentang kelab amatur, Ragunan FC di dalam kemenangan 6-0, yang mana Safee telah menjaringkan dua gol dan menolong dua kali. Safee telah menjadikan kemunculannya di dalam Liga menentang Sriwijaya FC yang berakhir dengan kemenangan 1-0 di mana Safee telah menjaringkan satu gol memberikan Pelita Jaya kemenangan yang pertama di dalam 5 perlawanan serta diundi pemain terbaik perlawanan.
  • Antarabangsa
Safee mula mewakili Malaysia Bawah-23 ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2004. Beliau beraksi di semua perlawanan tetapi kebanyakannya adalah sebagai pemain ganti. Beliau kemudian dipilih untuk menyertai pasukan Malaysia Under-23 di Pra-Sukan Asia Tenggara 2005 di Thailand di bawah jurulatih Bertalan Bicskei. Beliau hanya berupaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Filipina Bawah-23. Sayangnya, beliau tidak menyertai skuad Sukan SEA 2005 yang menggondol pingat gangsa. Selepas Sukan SEa, Safee diberi peluang oleh jurulatih Norizan Bakar untuk menyertai pasukan Bawah-23 untuk Sukan Asia 2006, tetapi beliau tidak berjaya lagi.


Setelah prestasi yang hambar dari pasukan Bawah 23 kebangsaan, Safee dipilih sebagai penyerang utama oleh jurulatih B. Sathianathan. Bersama dengan rakan seperjuangan, Mohd Aquan Adha Abdul Radzak, mereka berjaya menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir, di samping beliau sendiri menjadi penjaring terbanyak dengan 4 gol. Kemudian, beliau dipilih untuk mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2007. Safee mampu menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini tetapi pasukan Bawah 23 gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.


Pada tahun 2008, Safee dipilih sebagai penyerang utama di Piala Intercontinental Malaysia 2008, di mana beliau berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol untuk pasukan Malaysia yang kecundang 1-3 kepada Republik Ireland, menang 1-0 ke atas Iraq dan seri 1-1 dengan Nigeria. Perlawanan menentang Nigeria ini merupakan kali terakhir Safee beraksi dalam pasukan bawah 23 kebangsaan.
  • Pasukan senior
Setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama Sarawak di Liga Perdana Malaysia, Safee berjaya menganggotai pasukan kebangsaan, lalu diberikan perlawanan senior pertama menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Kemudian, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan keduanya menentang New Zealand lagi.


Safee kemudiannya menganggotai pasukan bola sepak kebangsaan yang bersedia untuk Piala Asia AFC 2007. Beliau membuat penampilan pertamanya di Piala Asia pada perlawanan kumpulan ketiga menentang Iran yang mana Malaysia kalah 0-3.


Safee juga menyertai skuad Malaysia XI menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Sungguhpun beliau mempamerkan aksi yang mengagumkan, namun pasukan Malaysia XI tumpas 0-2.[7] Walau apapun, jurulatih Chelsea, Luiz Felipe Scolari memuji kesungguhan Malaysia XI melawan pasukan anak latihnya.


Dalam Pesta Bola Merdeka 2008, Safee sekali lagi melakukan jaringan yang hebat dalam perlawanan menentang Nepal. Beliau menjadi penjaring tertinggi di kejohanan ini dengan 5 gol biarpun Malaysia kalah dalam sepakan penalti 6-5 menentang Vietnam di pusingan akhir.


Pada November 2010, Safee disertakan dalam pasukan negara oleh jurulatih, K. Rajagopal untuk Piala Suzuki AFF 2010. Safee menjaringkan dua gol ke aras Vietnam untuk menjamin kemenangan 2-0 di pusingan pertama separuh akhir. Safee sekali lagi menjaringkan dua gol dalam pusingan pertama akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Indonesia. Dalam pusingan kedua akhir, Safee merembatkan satu lagi gol untuk menjadi penjaring terbesar kejohanan dengan jumlah 5 gol. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat julung kali dalam sejarah.
  • Kontroversi
Safee Sali mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya selepas menjaringkan 2 gol ketika menentang Liverpool FC pada Julai 2011. Beliau menyatakan: “Saya tidak sangka dapat dua gol, mungkin juga kerana sebagai penyokong setia MU, ia semacam perangsang tambahan dalam perlawanan tadi.” Beliau dikatakan berbangga menjaringkan gol bukan sebagai pemain negara tetapi sebagai penyokong pasukan Manchester United.
Sumber : Wikipedia
P/S: Apa-apa pon, yul rasa bangga dengan Safee sali. Harap-harap, safee sali dapat terpilih untuk menyertai pasukan tersebut. huhu.

Read more...

Kedai Mamak Kini Dilengkapi Pengawal Keselamatan Untuk Mengelakan Rompakan

Saturday 10 September 2011

Kes rompakan di kedai mamak Shah Alam yang berlaku pernah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini. Mana taknya, rompakan yang berlaku telah menyebabkan beberapa kedai mamak kini kian sepi tanpa pelanggan menjelang jam 12. Ini menyebabkan mereka kerugian akibat apa yang berlaku.

sumber gambar : google
Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Syed Ibrahim Kader menyarankan agar bahawa restoran mamak kini perlu dilengkapi dengan pengawal keselamatan bersenjata susulan kejadian rompakan yang berlaku di beberapa kedai mamak baru-baru ini.


Satu mesyuarat di antara pihak polis dan pengusaha restoran terbabit akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah itu.


Antara cadangan itu ialah, kemungkinan rangkaian restoran mamak ini dipendekkan waktu operasinya bagi kawasan yang berisiko berlaku rompakan atau pun dengan menempatkan pengawal keselamatan bersenjata, 
P/S: datang mamak bile time ada bola je, huhu

Read more...

Harga Prepaid Reload Dan Simpack Terkini | Kadar Cukai Prepaid Sebanyak 6% Ditangguh?

Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa pengumuman oleh syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk menyalurkan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pengguna perkhidmatan telefon prabayar adalah keputusan yang dibuat secara unilateral dan bukan keputusan kerajaan.


Menurut SKMM, keputusan untuk tidak lagi menanggung kos pembayaran cukai perkhidmatan bagi pelanggan mereka itu berikutan peningkatan sehingga RM576.8 juta yang dibayar Maxis, Celcom dan Digi tahun lalu.

Pihak TELCO menanggung cukai perkhidmatan bagi menggalakkan pengunaan perkhidmatan prabayar tetapi kini penggunaan perkhidmatan prabayar meningkat sehingga 27.6 juta pengguna. SKMM menjelaskan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar itu adalah sama seperti yang dikenakan untuk perkhidmatan lain.


Menurutnya, sejak dilaksanakan dalam 1988, syarikat telekomunikasi membayar cukai perkhidmatan bagi pihak pengguna telefon prabayar secara sukarela.


Dan terkini, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim  pula meminta syarikat telekomunikasi (telco) agar menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon pra-bayar.


Beliau berkata, perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum ianya diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.


Syarikat telco juga perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 billion setahun.
Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk prabayar bermula Khamis depan. Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.


Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
Disini, yul paparkan sekali harga yang perlu korang bayar sekiranya membeli prepaid kad. So, lepas nie kurangkanlah bergayut, berinternet, ber-sms, MMS, dan sama waktu dengannya
P/S: Semuanya naik, naik dan terus naik. Tapi kita masih tetap pada tahap yang sama. Terseksa lah kalau macam nie terus -.-

Read more...

(GAMBAR) Perodua Myvi Extreme 1.5L | Model Myvi Baru Dikeluarkan September 2011

Perodua telah pon mengumumkan secara rasminya bahawa SE Myvi 1.5 akan dibuka untuk tempahan mulai 12 September 2011, Isnin depan. Sebanyak 178 bilik pameran Perodua yang akan diadakan di seluruh negara mulai 15 September 2011. Harganya pula akan diumumkan pada hari pelancaran kelak. Harga bagi model kereta Myvi 1.5 baru tidak dinyatakan beliau tetapi ia dikategorikan sebagai mampu dimiliki.



Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi 1.5 L itu hanya dikeluarkan secara eksklusif bagi pasaran Malaysia dan disasarkan kepada eksekutif muda serta di bandar yang mahukan kereta yang sporty dan premium sesuai dengan gimik pengenalannya, ‘Lagi Power Lagi Best’.


Model kereta Myvi 1.5 baru ini didatangkan dalam empat varian yang mempunyai transmisi manual dan automatik. Model baru itu juga menawarkan lima warna dengan warna terkini iaitu kuning Majestic.

Model kereta Myvi 1.5 baru ini diperkenalkan kerana terdapatnya permintaan tinggi daripada orang ramai yang mahukan sebuah Myvi yang mempunyai enjin berkapasiti besar dan ia hanya dikeluarkan di Malaysia buat masa ini.


Sejak Jun lalu, Perodua telah pon menerima sejumlah 34000 tempahan untuk Myvi baru 1.3, dan telah menghantar 18000 unit setakat ini. Myvi telah pon mengatasi Proton Saga dan menjadi antara jualan kereta yang terbaik di Malaysia menurut data MAA.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP