Suka!

Temudugaku Gagal - Tiada Rezeki

Monday 18 July 2011

Hari nie merupakan keputusan temuduga yang dinanti-nantikan oleh para calon yang bakal bergelar bomba. Dengan dukacitanya yul ingin memaklumkan bahawasanya yul tidak berjaya dalam temuduga bomba dan penyelamat gred KB 17 yang lalu. Tak pe lah kan? Tiada rezeki nak buat macam mana. So, kerja je lah dengan pekerjaan sekarang yang ada nie. huhu.





Daripada 45 759 yang memohon hanya 1796 calon seluruh Malaysia sahaja yang berjaya untuk mengikuti ujian temuduga untuk memenuhi 311 kekosongan jawatan Pegawai Bomba & Penyelamat Gred KB17 tersebut. Yul diantara salah satu calon tersebut. hehe. Tapi yul tak sangka pula yang sebenarnya mereka sudah mempunyai calon simpanan. Lagi pon, yul dah dapat menjangkakan yang yul tidak akan berjaya dalam temuduga tersebut kerana ini lah pertama kali yul menemuduga dengan kerajaan. Dengan usia yang masih mentah dan tiada pengalaman temuduga dalam sektor awam menjadikan yul agak gugup. Maklumlah, temuduga kerajaan dan juga sektor swasta berbeza. Berbeza dari segi apa? Nanti yul ceritakan di entri yang lain.


Walaupon yul tidak berjaya, tetapi yul cukup berbangga sebab dapat mengikuti temuduga tersebut. Ia memberikan pengalaman yang bermakna bagi yul. Anyway, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. 

7 comments:

fyna ahmad 18 July 2011 at 10:42  

takpe lah yul.
takde rezeki kan.
usaha lagi pasnih.

anyway yul pun antara yang terpilih dalam beribu-beribu permohonankan.

Aleen Aiden 18 July 2011 at 12:30  

jgn givap k.belum rezeki kau.. ;)

YUL 18 July 2011 at 13:48  

@fyna, yups, xde rezki kot, xpela, rezeki ad dimana2 kan :)

YUL 18 July 2011 at 13:49  

@aleen aiden, xla, mungkin next year cube lg kot :)

Echa 18 July 2011 at 15:21  

alolo..xpe..
nt try lg.. :)

YUL 18 July 2011 at 16:23  

@echaRierie, hehe, thx yaww :)

Anonymous,  28 November 2011 at 14:06  

yul! boleh tak saya nak tahu apa yang mereka uji pada hari temuduga??

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP