Suka!

Kembalikan Mood Berblogging | Kagum Dengan Sesetengah Bloggers Malaysia.

Monday 4 July 2011

Lama juga yul tak update blog nie. Hampir dua minggu kot yul tak kemaskini. Kesibukan kerja menghalang segala-galanya daripada untuk terus menulis. Yela, bila kita bekerja, kadang-kadang kita akan sibuk, dan kadang-kadang pula kita tidak sibuk. Bayangkan bulan lepas sahaja (JUN), yul hanya dapat mempublish 7 entri sahaja. Tak sampai 10 pon. Kalau orang lain dah dekat beratus kot. huhu. Betapa sibuknya yul dengan pekerjaan masa tu. Kebiasaannya yul akan dapat publish lebih 30 entri dalam masa sebulan. Sedih pula melihat keadaan blog ini yang kini kian semakin sepi tanpa pengunjung dan entri baru. Bila blog tak diupdate, pembaca pon kurang dan serta merta traffik terus menjunam dan akhirnya berkecai. Melihat statistik traffik nuffnang, rasa dah meluat dah, seperti malas pulak nak berblogging.



Banyak jugak rintangan dan dugaan dalam menulis nie eh. Itu baru dugaan dari segi masa, belum yang lain-lain lagi. Ikutkan kehendak hati, nak aje yul bersara dari dunia blogging. Sehinggakan saya_mejai suruh yul jual je blog nie. Cis! sungguh kejam betul dia tu. Tidak akan ku jual blog ini walau harga seringgit pon. Apatah lagi dua ringgit. Sudah tentulah yul tidak akan menjualnya walau apa jua sekali pon. huhu. Tetapi bila direnung-renungkan kembali. Lebih baik yul meneruskan menulis. Sekurang-kurangnya masa yul tak lah disia-siakan begitu sahaja. Dengan menulis juga, yul dapat berkongsi cerita, info terkini kepada pembaca semua. Betul tak?
Yul kagum dengan sesetengah blogger-blogger yang sudah bekerja di Malaysia yang gigih menulis seperti cikgudahlia, ben ashaari dan lain-lain lagi. Walaupon mereka telah berkerjaya, tetapi mereka masih lagi dapat mengemaskini blog-blog mereka. Tak kira masa, dimana mereka berada, masih lagi sempat mengupdate blog. Cayalah sama mereka!


Yul harap-harap mood berblogging kembali seperti dahulu. Teringin nak menikmati syoknye blogging. Nak dapat traffik beriban-riban. Nak pembaca berjuta-juta. Nak semuanya lah! Boleh kew? Insyallah boleh sekiranya mood blogging yul nie tak berbelah bahagi. Akan ku teruskan hajatku ini untuk mencapai target ku itu. haha ;P

2 comments:

fyna ahmad 4 July 2011 at 23:29  

c'mon yul...
kitorg sentiasa menanti entry2 dari yul.
:)

esprsso__ 5 July 2011 at 08:02  

muahhahaha. apehal ada name aku tu weyh?

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP