Suka!

Akhirnya! Temuduga Keduaku Berjaya!

Wednesday 28 March 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog yul aje.


Pada 20hb Februari yang lalu, yul ada mengikuti temuduga lisan Pegawai Bomba & Penyelamat Malaysia Gred KB17 buat kali kedua. Masa tu yul tak sempat nak menulis dekat sini. Huhu. Sebelum nie yul pernah juga mengikuti temuduga yang pertama, tapi keputusannya gagal. Orang kata, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya. Tetapi ianya adalah tunjang untuk kita menuju kejayaan. Mungkin masa tu juga yul agak gementar sikit kot. Yela, pertama kali masa tu temuduga government.


Yul sengaja je membuka e-mail kot-kot ada perkara penting kew. Yela, e-mail dibuka pon beberapa kali je dalam masa setahun. Malas nak bukak belek satu-satu. Haha. Sedang khusyuk membuka dan membaca e-mail, tiba-tiba je terpampang ayat Keputusan Temuduga Bomba di celah-celah tajuk utama e-mail. Tak sangka pulak yang keputusan temuduga tersebut telah pon keluar. Ingatkan belum keluar lagi. Berdebar-debar jugak hati yul untuk membuka dan membaca isi kandungan email tersebut. Huhu. Tanpa disangka-sangka, akhirnya yul telah lulus juga dalam temuduga tersebut.



Apa-apa pon, yul bersyukur kepada allah, kerana cita-citaku untuk menjadi seorang Pegawai Bomba akan tercapai jua kelak. Hehe. Kepada sesiapa yang berjaya, tahniah yul ucapkan. Yang tak berjaya tu, boleh cuba lagi dimasa akan datang. Masih banyak peluang lagi. Gagal sekali tu, bukanlah gagal selama-lamanya. Mungkin tiada rezeki. Walau apa pon, kena kuat semangat! Selepas nie, yul hanya menunggu surat tawaran pula sampai kerumah. Lepas nie dah bole bersara dah dari bidang perhotelan. Hihi ^^,

Read more...

Rindu Oh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Akhirnya, dapat jugak yul menaip disini setelah sekian lama dah tak menaip-naip nie. huhu. Rindu tu memang rindu untuk menulis kembali. Tapi apakah daya. Almaklumlah, orang bekerja tak sama seperti orang belajar. Lagi-lagi kerja di dibidang perhotelan seperti yul nie, memang akan sentiasa sibuk. Bangun pagi-pagi je terus pergi kerja dan pulang lewat tengah malam. Bila dah sibuk, semestinya jarang mempunyai masa untuk berblogging dan sekali gus memudarkan semangat yul untuk menulis semula disini. Kalau off day pon, masa akan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Huhu.


Back To School? o.O
Rasanya dah hampir setengah tahun kot yul meninggalkan blog ini begitu sahaja, kalau ada update tu pon secara kebetulan. Tapi tengoklah dulu. Insyallah, kalau tiada aral. Mungkin yul akan menulis seperti biasa. Harap-harap, lepas nie dapat lah update 5 hingga 8 entri dalam masa seminggu sebagai tanda permulaan. hehe.


Walau apa-apa pon, yul harap agar mood menulis akan datang kembali seperti dahulu walaupon penulisan yul nie tak sehebat mana pon. Bagi yul, pembaca adalah segala-galanya. Tanpa pembaca, apalah sangat blog ini. Chewah, macam iklan celcom pulak. Err.... Ape aku mengarut nie? Iklan Celcom kew? Layan je lah. Hehe :P

Read more...

Testing.. Testing~

Saturday 3 March 2012

Hanyalah sekadar entri percubaan :P

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP