Suka!

Isu 'KFC.. Aksi Panas Cook' | Penjelasan KFC Malaysia Mengenai Video Tersebut

Wednesday 6 July 2011

Rasanya ramai yang dah tengok video pekerja KFC yang melampau tu kan? Masak ayam goreng dengan mengesat ayam tersebut di tapak kasut sebelum menggorengnya. Dan yang terbaru, pekerja KFC memerah air kain lap kotor didalam dapur. Perisa baru kew? Nak cakap Original bukan. Spicy pon bukan juga. haha. Sungguh biadap perbuatan mereka. Hampir kesemua blog-blog memaparkan kisah tersebut. Jadi, yul nak kongsikan kepada anda semua kisah yang sama juga mengenai paparan video tersebut dan juga penjelasan daripada pihak KFC Malaysia.


Versi Pertama

Versi Kedua



Berikut adalah penjelasan KFC Malaysia mengenai Video berkenaan:
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan seranga terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.


Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.


Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.


KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.


Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.


Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Sumber : KFC MALAYSIA

Yul percaya, bukan setakat pekerja KFC je yang berani melakukan hal yang sedemikian. Lebih ramai lagi pekerja-pekerja dibahagian kitchen yang diluar sana melakukan perkara yang tidak senonoh seperti video tersebut. Bahkan lagi dahsyat daripada video nie. Tapi bukan semua yang melakukan perkara yang biadap tu. Hanya sesetengah golongan yang terpencil sahaja.


Bagi penggemar makanan KFC, sekarang nie anda tidak perlu risau atau pon berasa was-was untuk makan di KFC. Dah jelas dah pon dengan kenyataan diatas. Yul tak berapa minat sangat nak makan makanan fast food nie. Sebab banyak keburukannya. Perkara-perkara yang tak disangka pon boleh berlaku. Lebih elok sekiranya kita membuat sendiri dengan menggunakan tepung goreng. Lagi TERJAMIN, SELAMAT dan yang penting sekali HALAL

7 comments:

IMANSHAH 6 July 2011 at 22:09  

KFC tempat gua bersih kot..hehe

Anonymous,  6 July 2011 at 22:17  

ni video lamer ni..tengok baju diorang...aku cayer ngan pngurusan KFC yg kater da ada cctv tu...ok..harap KFC lebih berhati dlm memilh pekeje

Muttallif 6 July 2011 at 22:22  

Aduh....teruk benar lah, dah ader kerja nak buat cmtu pulak, kesian kt orang yang makan...Kuwang betul lah...

Khalis Soapy 6 July 2011 at 22:39  

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

BudakCHOCO Official Blogger 7 July 2011 at 00:01  

salam , thx yul sbb siarkan cte nieyh.. mmg ade dgr pasal cte nieyh sbb cte nieyh da lame.. tgk baju staff pom baju yg lame kan.. sbb yan ex ass manager kfc so taw sikit la pasal hal nieyh... mmg x ptt la diorg uat cm tuh kan.. myb res manager diorg buat hal ngan diorg kot tuh yg diorg memberontak tuh.. myb la.. sbb sy knl sgt ngan perangai budak2 nieyh.. heee

tomatokering 7 July 2011 at 01:20  

yeyyy yul bule belanja !! ^^

mrs kayrul 7 July 2011 at 13:00  

dah jadi fobia nak makan kfc skrg...

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP