Suka!

Usop Hantu KaK Limah Balik Rumah Tidak Mahu Berlakon Lagi?

Wednesday 6 April 2011

Usop atau lebih dikenali sebagai Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8. Rata-rata semuanya mengenali dia. Usop tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun.
Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem 
Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Popular Kerana Hantu Kak Limah Balik Rumah
Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.

Usop juga tak menyangka filem terakhirnya, Hantu Kak Limah Balik Rumah merupakan titik permulaan untuk dia terus berlakon. 
sy8 bersama isteri, Noorafiza dan anak mereka, Syed Caliph Umar.
"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga.
  
"Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.

Shy8, juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid. Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
 Bagaimana cerita sebut? Kita nantikannya. :)

15 comments:

cik fikaa 6 April 2011 at 08:24  

wat suspen jea . igt dah tak nak berlakon terus .

Cik Puan iLa 6 April 2011 at 08:41  

satu Malaysia terikut2 dgn watak dia ni..hahaha..kelakar la dia ni..

fyna ahmad 6 April 2011 at 09:12  

hehehe...die nih mmg besh..adooooii..lg2 time ABP tue..

mrs kayrul 6 April 2011 at 12:52  

tak sabar nak tengok sekuel nie...agak2 usop dah boleh jalan ke untuk sekuel nie...hehhehehehe

fatin_dhira95 6 April 2011 at 19:27  

1st time singgah ^^
jmput terjah blog sy .
:)
follow kalau mahu ^^
http://fatenfuckinweirdsadlifesherenafter.blogspot.com/

Miecyber 6 April 2011 at 22:45  

Tak bestlah kalau dia tak nak sambung watak usop lagi...

Serangga menu utama masa depan

ANIS HJ SUKARTI 6 April 2011 at 22:59  

tapi memang best la usop wilcha nie.. watak dia different giler.. sampaikan pergi mana2 pun mesti ada perkataan ataupun ayat dia yang jadi ikutan.. mantap!

YUL 8 April 2011 at 01:33  

@Missh Aryeika, ahaha, tajuk je kasi saspens sikit, hikhik

YUL 8 April 2011 at 01:33  

@cik illa, hahaha, tau tkpe, mmg die kelakar pon kan kan

YUL 8 April 2011 at 01:34  

@fyna, peh, mmg best gile ah, tkde org yg boleh dpt kalah kn die, huhu

YUL 8 April 2011 at 01:34  

@syah-kayrul, tu la pasal, yul pon tak sabar jugak nie nak tgok, huhu

YUL 8 April 2011 at 01:35  

@fatin_dhira95, ok i will visit back, otw :)

YUL 8 April 2011 at 01:35  

@miecyber, die berlakon lagi lah, huhu

YUL 8 April 2011 at 01:36  

@nadzirah aqilah, kan kan, best gile ouh die nie, g mane2 mesti ad je org tiru ayat die tu

akuzle ayu 10 April 2011 at 17:30  

abg usop neh br kawen ka?

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP