Suka!

Salma Mentor 5 Juara Konsert ke 3, Minggu ke-7 | Keputusan Penuh Kumpulan B

Monday 25 April 2011

Pada musim yang lepas, kumpulan B, Salma telah menjadi juara. Dan kini, sekali lagi Salma telah berjaya mengungguli dan menjadi juara, mengenepikan dua protege yang laini iaitu Iqa dan juga Aiman. Sekaligus, berada di tahap yang selesa. Rasanya, tiap-tiap minggu dah dapat agak yang Salma akan membolot kesemua hadiah mingguan. Seolah-olah tiada saingan di kumpulan tersebut.


Minggu sebelum nie di kumpulan A menyanyikan lagu ala-ala era 70-an 80 an . Berbeza pula pada minggu ini, Pilihan lagu-lagu minggu ini yul rasa boleh dianggap menarik kerana mengandungi pelbagai genre. Lagu-lagu yang dipersembahkan ialah:

1. Aiman - Noktah Cinta

2. Aiman - Ratnaku (duet bersama Roy)

3. Iqa - Ganas & Bad Romance

4. Iqa - Merisik Khabar

5. Salma - Penasaran & Kopi Dangdut

6. Salma - Jeritan Batinku (duet bersama Lan Typewriter)

Yang mana tak dapat nak tengok siaran langsung konsert mentor 5 minggu nie, korang boleh tengok lah. Yul dah lampirkan sekali video-video menarik semasa mereka bernyanyi. Maaf ler kalau video tak berapa nak terang, rembat kat youtube je, hekhek. Apa-apa pon kita layan je. Iklan diakhir tu abaikan :)


Konsert Mentor 5 Minggu ke 7(video ulangan)


Berduet bersama Lan typwriter dalam menyanyikan lagu jeritan batinku
Salma ingin mencuba genre yang lain untuk menunjukkan 'versatility' sebagai penghibur pada minggu ini. Salma menyanyikan lagu jeritan batin ku berduet bersama Lan Typewriter. Meremang jugak bulu roma nie mendengar vokal dia yang mantap tu. 



Noraniza Idris menjadi Juri Jemputan pada minggu ini. Ayu betul dia.
Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh aiman merupakan lagu yang telah dibincang bersama mentornya, Rahim Maarof. Dia berazam untuk bangkit seperti yang dilakukan oleh Ratnah dalam konsert minggu lepas. Tapi kali ini, aiman sekali lagi mempersia-siakan dan gagal menyerlah. Seperti minggu sebelum ini, dia mendapat markah tercorot lagi. Lagu pertama dia yang bertajuk noktah cinta (hafiz) sedap juga lah didengar, tapi masih tak berapa bagus lagi kalau nak dibandingkan dengan protege-protege yang lain.





Diluar jangkaan. memang kreatif, boleh berduet dengan allahyarham sudirman
Untuk konsert ini, Iqa telah memilih lagu solonya sendiri kerana ingin menonjolkan bakatnya menari sambil menyanyi. Lagu kedua merisik khabar berjaya memukau penonton. Terpegun yul melihatnya dan tak menyangka yang iqa sanggup berbuat demikian. Sangat kreatif dan menakjubkan.

Dan Berikut adalah pungutan mata sehingga kini.
Kumpulan A
Shiha - 190
Ayish - 148
Ratnah - 154

Kumpulan B
Aiman - 132
Iqa - 174
Salma - 237

Kali ini, Salma sekali lagi telah berjaya mendapat 80 mata menewaskan protege-protege yang lain iaitu iqa 63 markah dan juga Aiman 41 markah. Dua kali berturut-turut Salma mendapat 80 markah dan ianya merupakan markah tertinggi dalam sejarah Mentor.
Kehadiran Anuar Zain memeriahkan lagi pentas tersebut untuk menyanyikan lagu bonus di Mentor.

4 comments:

a.R 25 April 2011 at 08:24  

alaaaa...tak tengok la yull! semalam tertido.....! chaisss~

fyna ahmad 25 April 2011 at 14:29  

yeeeeaaahh...suke tengok Salma..
;)

gEe 27 April 2011 at 05:22  

salma mmg ade suara yg mantap. lg2 bila duet ngn lan nyanyi lgu jeritan batinku, mmg gila lah!

mrs kayrul 27 April 2011 at 11:00  

tak tengok la plak...tertido awal

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP