Suka!

Konsert Mentor Musim Ke-5 Kumpulan B | Salma Juara Minggu ini

Monday 11 April 2011

Kalau dilihat dari persembahan minggu kedua kumpulan B, nampaknya Salma masih menerajui ditempat pertama. Iqa dan Aiman masih lagi ketinggalan dibelakang Salma.
kumpulan B
Masa nyanyian pertama tu, yul lihat Iqa dan Salma yang paling menyerlah. Aiman kurang menonjol sedikit disebabkan lagu yang dibawanya kurang bersesuaian dengan dirinya. Tapi lagu kedua dia yang bertajuk aku dan dia berduet bersama protege dari kumpulan A, Shiha memang best. 
Salma dan Ratna
Salma menyanyikan lagu Bukan Milikmu Lagi dan juga lagu Rama-rama(Ella) berduet bersama Ratna. Mantap! Mas Idayu juga memuji Salma kerana mempunyai suara yang hebat.
Iqa
Iqa menyanyikan 2 buah lagu rock, Sejati-Wings dan juga Bujang Senang. Best jugak ah die nyanyi. Lagu sofea Jane (black mentor3) dinyanyi bersama oleh Ayish.
Aiman
Aiman tu boleh tahan la, cuma dia tak sesuai nak menyanyikan lagu rock je. Tapi lagu dia yang kedua bertajuk 'aku dan dirimu' nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari tu memang best. Suara dia memang sesuai menyanyikan lagu yang berirama slow-slow macam tu. Aiman berduet bersama Shiha.  


Kali ini, mas idayu telah menjadi juri jemputan pada minggu ini. 


Masa persembahan khas pada penutup tu, Mas idayu telah menyanyikan tiga buah lagu berduet bersama-sama protege-protege dari kumpulan B. Kehadiran Black, Juara mentor ke 3, yang mengkritik Mentornya lagilah mencuit hati penonton.


Markah keseluruhan setakat nie
Kumpulan A
Shiha: 127
Ayish: 103
Ratnah: 78
Kumpulan B
Salma: 157
Iqa: 111
Aiman: 91
P/S: Yul rasa Juara pada musim nie Salma yang menang kot.huhu. Apa pendapat korang pulak? 

1 comments:

Miecyber 11 April 2011 at 09:43  

Den layan Mentor kat blog jo...

Tandas segera

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP