Suka!

6 Perkara yang harus korang ketahui mengenai Justin Bieber.

Sunday 10 April 2011

Siapa yang tak mengenali Justin Bieber? Korang mesti kenal kan kan kan. Lagu bahasa melayu dia pon mesti korang tahu jugak kan kan. Artis remaja yang berusia 17 tahun yang menjadi pujaan para wanita. Kisah peribadi kehidupan hariannya macam sebuah diari umum untuk ditatapi para peminatnya. Gaya potongan rambut baru je pon sudah menjadi perbualan satu dunia, apatah lagi cerita yang terpacul dari bibir Justin.

Bakal mengadakan konsert Di Kuala Lumpur pada 21 april ini
Justin Drew Bieber dalam rangka konsertnya akan membawa kegilaan kepada ‘Belieber’ Malaysia pada 21 April ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Enam perkara yang korang perlu ketahui bagi para peminat Justin Bieber.

WANITA-WANITA JUSTIN

Bersama Selena Gomez
Pattie Mallette
Hangat digosipkan dengan penyanyi Selena Gomez, ‘pasangan’ ini dicemburui ramai malah Selena sasaran peminat fanatik Justin. Yela, artis remaja pujaan wanita. Justin juga mengakui bahawa Selena merupakan seorang gadis yang comel. Justin Bieber juga dikaitkan dengan ramai wanita termasuk pelakon Kim Kardashian. Tapi bagi justin,  ibunya, Pattie Mallette  adalah wanita yang paling penting dalam hidupnya. Macam kita jugak kan. Tanpa ibu, siapalah kita di dunia ini. huhu
HARGA STAIL RAMBUT
Rambut terbaru Justin Bieber.
Cebisan rambut yang dipotong
Tahukah korang yang harga bagi setiap helai rambutnya mempunya nilai dan mempunyai harga. Bahkan sisa rambutnya yang dipotong dengan stail baru itu telah berjaya dilelong eBay. Rambut Justin dijual pada harga £25,000 (RM123,600). Peh, gile lah kan. Khabarnya rambut tersebut dibeli oleh pihak Kasino Golden Palace. Kalau korang nak tahu, rambut penyanyi kegilaan ramai itu disimpan di dalam kotak kaca yang diletakkan bersama tandatangan Justin. Lokasi pertama kunjungan rambut Justin adalah acara Lucky Strike Lanes di Miami, Florida.
DAWAI DAN PLASTER
Dawai dan Plaster nie merupaka perkara yang paling penting dalam hidupnya. Kalau korang ada perasan, justin suka pakai plaster-plaster nie kat jari-jari. Padahal tak ada pape pon. Pelik betul kan Justin Bieber nie. Konon stail la tu, hekhek
SAYANGKAN HAIWAN
Justin sebenarnya menyayangi haiwan dan sekarang nie dia terlibat dalam satu kempen PETA (People for Ethical Treatment of Animal). Malah dia turut mengaku akan berasa sedih apabila melihat haiwan di jalanan dan tersesat tanpa mempunyai tuan. Atas kesedaran itu, Justin menyeru para peminatnya untuk mengambil haiwan terbiar sebagai anak angkat dan tidak haiwan peliharaan di kedai haiwan.

PEMINAT HADIAH DARA
Demm. Nie lagi dahsyat, Ada sebahagian para peminatnya yang sanggup menyerahkan daranya khas untuk Justin. Dahsyat gila kan aura si Justin nie. Tanpa perlu mengusha senang-senang je perempuan sudi memberikan daranya. Tapi, Justin sebenarnya terkejut dan terharu melihat sesetengah para peminatnya bertindak sedemikian. Kadang-kadang, dia pon tak faham kenapa mereka bersikap macam tu.

MAHU JADI ADIWIRA


Filem never say never merupakan filem lakonan dia yang baru-baru nie ditayangkan. Filem arahan Jon Chu itu digarap dalam bentuk dokumentari konsert dan mengetengahkan rakaman persembahan penyanyi ini sewaktu menjayakan siri konsert 2010, My World Tour. Visual perjalanan karier Justin dari titik awal hingga kini dipaparkan bagi menyampaikan mesej bahawa penyanyi ini bukan sekadar bertandang dalam dunia hiburan tetapi dia membawa serta dengan bakat semula jadinya.

Selain Justin, filem selama 103 minit yang bakal ditayangkan mulai Khamis ini turut menampilkan beberapa nama penyanyi papan atas seperti Usher, Miley Cyrus dan Jaden Smith.

Sebenarnya justin berhasrat untuk menjadi Adiwira. Tak tahu apa itu Adiwira? Ala, filem yang berdasarkan komik. Macam cite superman tu. hee. Justin bieber juga meminati Captain Amerika.

8 comments:

cik fikaa 10 April 2011 at 13:39  

; wah , gile lah ...
sampai sanggup serahkan dara , macam tak percaya jea....

Nabila Wahab 10 April 2011 at 14:34  

hahhaha.. tak tau la ape yg best sgt ngn justin bieber ni.. bebudak je pon ~

Lin 10 April 2011 at 18:41  

perhhh .. mint tang mane ? tp cute tu ade gk .. ;p

Yus Tawau 11 April 2011 at 00:25  

oh camtu

http://yustawau.blogspot.com/2011/04/sexy-star-have-mistake-at-party.html

lady dayana. 12 April 2011 at 23:13  

suka lah kat dia...sukaaaa sgt. huhuh. btw, kt google penah ckp ade fan dia cut tgn tulis JB ilove..err sakit nya. sanggup betul..

lady dayana. 12 April 2011 at 23:13  

suka lah kat dia...sukaaaa sgt. huhuh. btw, kt google penah ckp ade fan dia cut tgn tulis JB ilove..err sakit nya. sanggup betul..

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP