Suka!

Blog Ini Tidak Mempunyai Gambar Header | Perlukah Yul Mempunyainya?

Tuesday 12 April 2011

Baca tajuk entri nie mesti korang dah tahukan blog yul nie memang tak ada gambar header. Bagi yang 1st time terjah kesini, tak tahu pulak kan. Berbeza dan tidak sama seperti kebanyakkan blog-blog lain yang semestinya mempunyai gambar header. 



Ye, memang benar pon, blog ini tak mempunyai gambar header. Kenapa blog yul nie tidak mempunyai gambar header? Sebab yul tak pandai nak edit-edit gambar kasi cantik macam korang punya. Dulu, yul memang terlintas nak buat gambar header untuk blog ini. Disebabkan tak menjadi, sehingga kini blog nie masih tiada gambar. Nak resize gambar tu pon tak pandai. Kadang-kadang gambar tu terlajak pulak daripada headernya.


Yul tertanya-tanya seberapa pentingkah gambar header di blog kita tu. Hurm.  Sememangnya gambar header itu penting kan kan. Sebab dengan adanya gambar header nie menunjukkan identiti sesebuah blog itu. Kekuatan sesebuah blog bukan sekadar dari penulisannya sahaja, mungkin juga daripada gambar headernya. Kerana ianya memudahkan pembaca atau pengunjung mengenali identiti blog korang tu melalui gambar header. 


Yul tahu korang punya header cun melecun, cantik dan memang smart gila lah. Tak macam blog yul nie kan Kosong je tiada gambar. Bagi yul, cukuplah header yul tu dengan perkataan Yul Aje . Tu pon dah meriah gila. haha. ;P 

Perlukah yul mempunyai gambar header ketika ini? Rasanya tak kot, yul nak kekalkan blog ini tanpa menggunakan gambar header. huhu.

14 comments:

Anonymous,  12 April 2011 at 00:34  

x de header pon ok je. heeee

! Sam Posmen ! 12 April 2011 at 00:54  

header ada ke tak tak penting sangat. yang penting entri kita berkualiti. apa yang kita nak sampaikan kepada pembaca sampai. jangan la putus semangat sebab kerana benda kecil je :)

Hakim Zailan 12 April 2011 at 01:43  

header tu ibarat aksesori je..yg penting isinya berkualiti..huhu..

cik fikaa 12 April 2011 at 08:44  

missh sokong cakap hakim :)
yang penting isi ==,

Ms Haslina 12 April 2011 at 09:03  

ok je.
tepuk dada tanya selera sendiri.

mrs kayrul 12 April 2011 at 12:38  

takde header pn ok je...janji entri meletop...

YUL 13 April 2011 at 20:25  

@ i am S!L4H.. oke eh? hehe. yul pon rse camtu jugak

YUL 13 April 2011 at 20:25  

@ ! Sam Posmen ! , ye betul tu, isi yang penting kan kan

YUL 13 April 2011 at 20:26  

@~hAKim ZaiLAn~ , haha, maseh ye, :)

YUL 13 April 2011 at 20:26  

@missh aryeika, hee ;)

YUL 13 April 2011 at 20:26  

@ Miecyber , yups, dont want header

YUL 13 April 2011 at 20:27  

@ haslina. ok eh? hekhek

YUL 13 April 2011 at 20:27  

@ shah-kayrul , hahaha, entri yul meletup tak eh? hekhek

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP