Suka!

Penunggu Istana Merupakan Filem Berdasarkan Kisah Realiti | Sinopsis Dan Trailer

Wednesday 20 April 2011

Dikategorikan sebagai filem dokumentari, Penunggu Istana memaparkan kisah benar pencarian kumpulan paranormal The Seekers Team yang menjejaki misteri istana tua yang terbiar di Perak, Istana Billah. Filem nie tidak mempunyai pengarah.




Kumpulan yang terdiri daripada  Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf itu akhirnya menyedari bahawa mereka tidak bersendirian di tempat itu, bahkan ditemani oleh penunggu sejak hari pertama tiba.


Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana sebelum ini.


Ditayangkan selama 90 minit, filem ini adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir yang membuat kajian aktiviti paranormal di istana itu.


Kajian lima pelajar itu akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman rakaman sepanjang 15 hari itulah yang difilemkan bagi mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan.
Sinopsis
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.
Trailer

Kalau dilihat Trailer nampak macam seram je. Macam mana seramnya nantikannya 21 april ini. Khabarnya filem ini bukanlah seperti filem-filem seram yang pernah ditayangkan sebelum ini. Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan korang sehingga membuatkan degupan jantung lebih laju daripada biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut. Nak ketahui lagi, jom pi wayang besok! huhu

5 comments:

fyna ahmad 22 April 2011 at 10:21  

huhu..fyna tak suke cite seram-seram nih..
(padahal penakut..)
;)

Cikgu Dahlia 28 April 2011 at 05:49  

adik sis dah pergi tgk..
dia kata mmg seram abis...
dan mmg real laaaa ..
bukan filem biasa
sis nk tgk tapi kurang berani :D

Anonymous,  1 May 2011 at 17:11  

memang best giler ler kisah nie! rugi tak tenggok! -sabah

Unknown 18 May 2011 at 15:14  

mule2 tu cam menarik..
dh mkin lme cter tu jlan..
mkin bosan..
tambah lak de muke uncle yg penakut tu..
trus tertido aku dbuatnye..

Sphere,  16 August 2011 at 23:47  

memang seram giler dowh..aku smpi x tdo mlm 4 hari berturut2..!! smpi skrg nie pn aku masih lg di hantui cite nie beb..mmg penangan power la cite nie..
ahks..tipu jew..cite nie cam celaka pn ada..sume yg berlakon poyo2 jew..lebih2 lg spe tu, uncle, poyo abis..ade kew nk tngkp gmbr pn ada kna ikut kaedah2 paranormal.."camera kna paras bahu"..poyo la..
dari 10 bintang aku bg -ve 5 bintang.. -ve*****

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP