Suka!

Teringin Nak Bermain Bottle Trick/Bottle Fly :D

Saturday 9 April 2011

Assalamualaiikum semuanya, Yul hari nie nak kongsikan sesuatu. Benda baik kew benda tak elok? Hurm. Rasanya tak salah kalau yul kongsikan. Perkara yang yul teringin nak buat dari dulu.  Korang tahu apa itu Bottle Trick? Ada orang kata bottle spin, bottle fly. Mana satu yang betul, yul pon tak tahu jugak. Rasanya semua sama kot maksudnya. Mungkin ada sesetengah daripada korang tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan Bottle trick/ Bottle spin nie.


Bottle spin ataupon bottle fly nie kebiasaannya dimainkan oleh bartender. Tak tahu bartender tu ape? Bartender berasal dari perkataan mat saleh, kalau diterjemahkan kedalam bahasa melayu, lebih kurang maksudnya orang yang membuat minuman untuk pelanggan. Tak kiralah air panas, sejuk, fresh juice, chill juice, mocktail, punch fruit, cocktail, beer, wine atau sebagainya. Asalkan ianya melibatkan dengan air ataupon minuman. 


Shaker bottle

Bottle
Tapi bukan semua bartender yang betul-betul boleh bermain bottle spin atau bottle fly nie. Hanya yang betul-betul hebat je yang boleh bermain. Cara bermain pula dengan menggunakan botol. Pakai shaker pon ada jugak. Kemudian dilambung-lambung ke langit, berpusing ke tangan dan macam-macam skill lagi. Kebiasaannya bartender yang main bottle-bottle nie kerja seperti di pub, clubbing, hotel, resort atau dimana-mana sahaja. Kadang-kadang yul kagum melihatnya mereka pandai bermain botol tersebut, melambung-lambung botol ke langit dengan pelbagai gaya. Peh, memang menarik gila. Korang tengoklah video bawah nie.



Menakjubkan bukan? Seorang wanita boleh melakukan dengan profesional sekali. Mungkin ada daripada korang yang menganggap ianya mengarut kan? Ada juga yang menganggap video ntah pape, main baling-baling botol je. Tapi menurut yul, ianya hanyalah sekadar hiburan. Yul cuma minat je. Tak salah kan sekiranya kita mempelajari sesuatu. Asalkan kita tak menyalahgunakan. Orang kata, "Tepuk dada, tanya selera." Lu fikirlah sendiri.  

4 comments:

Firdaus Kasim 9 April 2011 at 14:58  

mainan apa nie? aq x pernah tgk pun? haha

Salah satu entri paling hot firdauskasim.com
Cara-cara menambahkan ketinggian badan

dilazfamily 9 April 2011 at 15:46  

salam
tak pernah tengok pun.

follow u...follow me back.

Unknown 10 April 2011 at 01:34  

hooo niii... apa ni??? =.=

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP