Suka!

Penangan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Saturday 2 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebenarnya entri nie dah lama tersemat kat dalam kepala otak. Baru sekarang terlintas nak menulis entri sebegini. Diantara korang pastinya ada yang sudah menonton Filem hantu mengarut Malaysiakan? Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem hantu paling mengarut yang pernah yul tonton. Walaupon cerita dia agak mengarut, tetapi penangan filem ini memang begitu luas.

Antara Ayat Yang Menjadi Ikutan Masyarakat Kini.
'Cecite-cecite'
'Kita Bakor Je' 
Walaupon ayat dia macam tak cukup sifat, tapi kalau digunakan bunyi dia macam best jugak kan? hehe. Euwww.
Usop
Bagi yul filem nie tak ada lah seronok manapon. Tetapi yul agak terkejut melihat penangan filem ini. Sehingga ke hari ini, tak kiralah budak sekolah, kolej, universiti, mahupon para pekerja, meniru beberapa aksi mereka didalam filem tersebut. Seolah-olah menjadi perkara biasa.

Salah satu peminat Usop, sehinggakan pic prof pon Usop jugak
Yang dahsyatnya lagi, ayat-ayat tersebut menjadi trend dilaman sosial seperti, facebook, twitter, blog, dan lain-lain lagi. Kalau buka facebook je, ada lah orang update status lebih kurang seperti gambar diatas.



Usop, antara pemegang watak yang paling berkesan dalam filem nie. Mana taknya, dengan gelagat dia yang lembut, hipokrit, membuatkan penonton tergelak terbahak-bahak sekaligus beberapa aksi dia menjadi trend masa kini. Dengan kehadiran Johan lagi lah membuatkan filem nie nampak berseri. Peh, dahsyat gile kan usop nie. Untuk pengetahuan korang, usop akan hadir pada Anugerah Bintang Popular Bintang Harian untuk mengadakan persembahan istimewa di malam esok, 3 April 2011.


Yul rasa, cerita nie sepatutnya bukan bergenre komedi hantu. Sebab ianya tak ada unsur hantu pon. Lagi sesuai sekiranya filem ini bergenre komedi biasa.


Kadang-kadang yul pon terfikir juga, kenapa filem hantu nie menjadi pilihan masyarakat kini. Padahal cerita dia tak ada lah best mana pon. Tapi memang terbaik lah melihat gelagat-gelagat usop tu. Apa-apa pon, tahniah kepada pelakon-pelakon, pengarah serta semua sekali ahli keluarga Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab berjaya mencuri perhatian masyarakat.




P/S: Kita Bakor Je! haha ;P

13 comments:

efa 2 April 2011 at 13:46  

hikhik pandangan orang lain-lain la yul :)

qwerty 2 April 2011 at 15:13  

kita bakor jee..hahaha..

Yus Tawau 2 April 2011 at 16:08  

bakor jangan tak bakor..ke ke ke

haney 2 April 2011 at 17:22  

hahaha.. cite ni bese2 je ponn
tp efek dia, perghh!
xhabes2 ngn kite bako kite bako!
ahhaha
:)

Anati Soki 2 April 2011 at 20:43  

meh anat jawab persoalan yul kenapa filem yang mengarut nih menjadi peilihan masyarakat masa kini... ok.. camni lah.. snng cita.. konkklusinya...
filem ni.. identiti lebih kurang mcm filem p ramlee... kita tau cita nih menipu .. hntu menipu. eksiden kena langgar kabota pun menipu.. and cita nih.. dia menipu org tau.. menipu trg2.. buat org gelak.. and tak payah pikir banyak.. filem ni.. identiti mcm filem p ramlee masa kini. filem p ramlee.. kita tgk mana penah berat otak nk pikir ending mendalah le kan.. sama ar mcm filem ni.. sesapa tenseyn keja assgnment layan filem ni.. agak lega..
lain plak mcm filem indon.. dah tau2.. smua tuh khurafat.. de pari2 la.. apa la..
filem ni.. merapu2 die banyak msej yg dia cuba nk sampaikan..
seyes.. anat rasa filem ni filem versi pramlee mcm do re mi tuh.. relax.. tak payah jenuh2 pikir.. just enjoy urselves.
waa... panjng giler anat komen.. heheheh.. :)

Anonymous,  2 April 2011 at 20:52  

mmg cite nih bg impak besa woo. haishhh cmane la ble dgr 'cecite2' tu cm best je. kihkih

Firdaus Life 2 April 2011 at 23:00  

yang menjadikan cerita ni menarik adalah memberi gelak tawa dan melepaskan tension bile menonton :)

Ilmuna Abdul Azis 3 April 2011 at 11:00  

haha...tapi memang lawaklah.

NADIA RAJAMI 3 April 2011 at 14:07  

a'a.. cm kawan sy, asek2 soley2 le.. si usop le, si leman la.. mcm2 dh watak hklbr dlm klaz sy nih.. haha

Lady SharpShouter 3 April 2011 at 14:14  

igtkan aku je yg rasa filem ni mengarut, rupanya ade jugak org lain.mcm ko gak,kompius aku y lah semua org mcm terpempan sgt dgn penangan cerita ni. aku tgk biasa je, gelak pun ala kadar.maybe org suka sebab dia simple,dan keluar dr kebiasaan filem kita kot :)

Koding 3 April 2011 at 22:18  

eee... baca tajuk pun dah takut ni..
seramnyer..
heheheeee...

Anonymous,  4 April 2011 at 01:39  

aku anon sebab takde acc weh bukan sebab takut ke apa. btw, aku heran, apa la yg anat kat ats tu carutkan pepanjang? aku ingat point apa la yg dia nak bg, haih.

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP