Suka!

Konsert Ke-3 Mentor Musim Ke-5 Kumpulan A | Ratnah Juara Minggu Ke-6

Monday 18 April 2011

Sangkaan yul juara mentor pada minggu ini meleset. Ingatkan Shiha yang menang. Rupanya Ratnah pulak yang jadi juara. Tak sangka pula, Ratnah telah mendapat markah tertinggi pada konsert mentor 5 minggu ke 6 nie. Peningkatan yang amat drastik! Saingan menjadi semakin sengit dan bahang sudah pon dirasai. Segala usaha, penat lelah Ratnah pada malam ini telah pon membuahkan hasil. Apa-apa pon tahniah kepada Ratnah!

Ratnah berjaya mencapai malam ini sesuatu yang menakjubkan. Selepas dua konsert, Ratnah berada di kedudukan tercorot dengan 78 markah berbanding Shiha dan Ayish yang masing-masing mempunyai 127 dan 103 markah pada minggu sebelum ini.

Tetapi berbekalkan usaha Ratnah sendiri dan mentornya, Afdlin Shauki, Ratnah telah berjaya membuat satu 'comeback'. Sekaligus mengenepikan Ayish dan merapatkan jurang markah diantara dirinya dan Shiha.

Bagaimanapun Ratnah akui selepas konsert dua minggu lepas dimana dia sekali lagi menduduki tangga terbawah, selama dua hari selepas itu dia dibelenggu perasaan kecewa.

Minggu lepas kumpulan B menyanyikan lagu bertemakan rock, minggu ini pula mereka menyanyikan muzik era 70-an & 80-an.


1. Shiha - Power of Love & Crazy in Love 
2. Shiha - Dari Kerana Mata (duet bersama Salleh Yaacob)

3. Ratnah - Makhluk Tuhan Paling Seksi & Kesal
4. Ratnah - Raja Gelek & Che' Mek Molek (duet bersama One Nation Emcees)
5. Ayish - Lagu Kita
6. Ayish - Katakanlah & Menunggu Nasi Minyak (duet bersama Uji Rashid)


Yang mana tak dapat tengok siaran semalam, boleh lah tengok siaran ulangan nie. Video ulangan nyanyian Ratnah berduet bersama One Nation Emcess - Raja Gelek & Che' Mek Molek yang telah berjaya memukau penonton.



Minggu sebelum ini, Ratnah telah mendapat markah tercorot pada konsert yang lepas. Tapi kali ini, Ratnah telah mendapat markah tertinggi menewaskan Shiha dan juga Ayish. Berikut adalah senarai markah keseluruhan mereka semasa.



Kumpulan A
Shiha: 190
Ayish: 148
Ratnah: 154



Kumpulan B
Salma: 157
Iqa: 111
Aiman: 91

Peningkatan yang amat ketara jelas kelihatan. Ratna telah berjaya menewaskan protege-protege yang lain pada minggu ini. Harap-harap minggu yang akan datang, tak lah kecundang. huhu.

1 comments:

mrs kayrul 18 April 2011 at 11:42  

wow...hebat betul tarian dia....

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP