Suka!

How To Setup Free Domain For Blogspot/Blogger | Tutorial Setup Domain Percuma co.cc

Monday 28 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Entri yang lepas yul ada kata nak beli domain sendiri kan? Yul memang nak beli pon. Dalam minggu nie blog nie dah berubah nama URL. Korang tunggu je lah ye. hekhek. 


Korang nak pakai Nama Domain Sendiri jugak? Tapi nak yang percuma punya, tak payah bayar. Ada kew domain percuma? Ye memang ada. Korang tak payah risau. Sebelum nie yul pernah menggunakannya domain percuma nie, tapi bukan blog nie la. hekhek. So, yul akan kongsikan bagaimana nak mendaftar dan menggunakan domain percuma nie. Actually tak susah mana pon. Senang je kot. 

Step Pertama
Isikan domain yang korang nak
Pertama sekali korang pergi ke laman web nie http://www.co.cc/ . Nanti korang akan jumpa laman web seperti gambar diatas. Korang perhatikan. Sebijik tak? Ok, kalau sebijik boleh teruskan. Disitu korang akan lihat, satu ruangan kosong diantara www dan co.cc (rujuk gambar diatas). Diruangan kosong tu korang isikan nama domain yang korang nak letak.


Dah isi, korang boleh check availability. Kalau tak available, maknanya nama domain yang korang nak guna tu dah ada orag pakai. So, korang terpaksa gunakan nama lain. 
Step Kedua
Isikan segala maklumat korang
Selesai? Selepas itu, korang perlu mendaftarkan dahulu dengan mengisi segala maklumat-maklumat. Jangan tinggalkan ianya kosong. Dah isi semua, jangan lupa tick kat kotak bawah tu. Lepas tu klik continue.
Step Ketiga
Sign In
Dah berjaya mendaftar, korang akan nampak laman macam nie pulak. Apa yang perlu korang buat, hanya memasukan semula Username ( E-mail) dan password yang telah korang daftar tadi. Jangan lupa Word Verification tu sekali, korang masukkan mengikut huruf yang diberi tu. Lepas tu, klik Sign In. Nanti korang akan nampak satu halaman. Kemudian korang hanya klik Set Up.
Step Keempat
Masukkan korang punya domain. 
Dah nak sampai penghujung rancangan dah nie. hekhek. Lepas klik Setup,korang pergi ke side bar sebelah kiri dan klik zone record. Nampak tak? Pastikan halaman korang sama seperti gambar diatas ini. Ok, korang isikan Host dengan menggunakan domain korang yang daftar tadi tu, type korang pilih A dan yang terakhir Value dengan mengisi IP ADRESS internet korang. Yang bahagian TTL tu abaikan. Biarkan ia 1D je. Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana nak tahu IP ADRESS korang. Ok, senang je.
Step Kelima

Korang cari Control Panel >> Network and Internet >> Network Connection. Lepas tu, korang klik connection yang korang gunakan sekarang nie. Contoh yang yul guna Celcom Broadband. 
Step Keenam

Nanti akan terpampang di skrin komputer korang seperti gambar diatas. Korang mesti tahukan bagaimana nak mencari. Kemudian klik Details, dan korang akan nampak Semua jenis IP ape tah. Salin number IPv4 Adress tu dan Paste kan ke Value di Step ke 4. 


Okae dah selesai untuk mendaftarkan nama domain korang secara percuma. Tak perlu bayar. Apa yang perlu korang lakukan hanya menunggu selama 48 jam untuk memproses nama domain yang korang daftarkan tu. Rasanya tak perlu tunggu 48 jam kot, sebab sebelum nie yul buat tak sampai 8 jam dah boleh terus pakai domain tu. hekhek. Macam mana nak setting domain ke blog? Tunggu Tutorial seterusnya. hee :) Semoga berjaya :)

5 comments:

Cik Puan iLa 28 March 2011 at 08:28  

Domain tu tak efek ke bila kita tuka connection,contohnye dr broadband kpd Local Area Network ataupun wireless?? Nannti IP address dia kan tukar....mcmana tu?

fyna ahmad 28 March 2011 at 11:30  

waaaa....da nk pakai domain sendiri...
hebat2..

Anonymous,  28 March 2011 at 12:34  

oww yg co.cc tu free erh? ade nmpk beberape org pakai. tp x ramai. nape erh?

cik najah 29 March 2011 at 17:13  

wah.. buleh try nih . ehehe

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP