Suka!

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan | Cita-Cita Aku Nak Menjadi Seorang Bomba

Friday 25 March 2011

assalamualakum semuanya. Actually entri nie yul dah lama buat, cuma tak publish je. Jadi yul kongsikanlah pengalaman yul sewaktu Ujian Pemeriksaan, Pancaindera Dan Kecergasan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Setelah lama menunggu, akhirnya cita-cita yul untuk menjadi seorang pegawai Bomba mungkin akan berjaya. hehe.

Balai Bomba dan Penyelamat, Johor Bahru


Kat sinilah yul test tu, :)
Minggu lepas, 17 March 2011 yul pergi ke Balai Bomba Dan Penyelamat, Johor Bahru bagi melaksanakan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan untuk menjadi seorang pegawai Bomba. Pagi-pagi lagi yul dah bergerak dari rumah. Ramai jugak yang hadir untuk mengambil Ujian tersebut. Ada yang dari kota tinggi, Muar, dan lain-lain tempat lagi. Jauh-jauh mereka berasal. Sekitar 60 orang calon yang hadir daripada 100 orang yang sepatutnya terpilih untuk Ujian tersebut. Saingan pon tak berapa hebat sangat, sebab cuma 60 org je kan. Belum test kecergasan lagi dekat 20 orang yang tersingkir dalam Pemeriksaan Fizikal.


Angkat berat
Panjat Tali
Julang Tangga. Berat oi tangga nie nak tolak kasi tegak
Panjat tangga, tinggi ouh.
 Gambar Credit to. FanPage Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) :) Sorry tak ada gambar, sebab time ujian susah nak amek kot. hee


Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Fizikal Bomba nie umpama audisi. Siapa yang tak berjaya dalam sesuatu peringkat tu, dia tersingkir daripada test yang seterusnya hingga penamat. Yang berjaya menamatkan kesemua Ujian baru boleh dikatakan lulus. Banyak jugaklah Ujian yang perlu dilepasi. Bermula dari Ujian Kesihatan Fizikal seperti berat badan, tinggi, ukur dada, BMI, penglihatan mata, body, kawad dan selepas itu barulah Ujian Kecergasan, seperti angkat berat, panjat tali, menjulang tangga avax, dan last sekali panjat tangga yang tingginya 4 tingkat bangunan. 


Pengalaman yul yang tak boleh lupakan semasa nak angkat berat tu. Peh, tak terkata berat dia. Beratnya umpama mengendong 98 ekor anak biawak.(korang kiralah sendiri ye berapa kilo). Nasib baik tak terputus urat kentut yul. Kalau tambah lagi 2 ekor, kompem dah terputus. haha. Ramai orang fail kat peringkat nie. Bagi yul Orang lain boleh buat, tak kan aku tak boleh buat kot. 


Cuma 15 orang calon sahaja yang terpilih pada hari tersebut setelah melepasi semua Ujian dan halangan yang diberikan untuk menjadi seorang aggota Bomba. Syukur alhamdulillah sebab lulus juga Ujian tersebut. Lepas nie tunggu surat untuk temuduga pula. Harap-harap terpilih lah. hehe


P/S: Mana lah tau, kot-kot satu hari boleh selamatkan orang macam yang nak bunuh diri tu kan kat KB Mall. hehe :)

10 comments:

Anonymous,  25 March 2011 at 13:34  

feweettt ,future fireman lah siot ^____^ congrats Harap yul dapat interbiu tuh

fyna ahmad 25 March 2011 at 14:23  

waaaaa...gud luck beb..klu dpt nnti bley open table lak...


ayat last tue...hehehe...sempat lagi kan....
:)

Eyka 25 March 2011 at 14:31  

gudluck yul~:) suke jgk jdi bomba tapi mcm tak sesuai je angkt org..berat..huhuhu..T.T

efa 25 March 2011 at 14:36  

good luck yul caya la moga berjaya ok..bgus ahli bomba ni paling best duk selamat org mmg terbaik :)

Fyqa 25 March 2011 at 16:25  

wowww. bestnya pglaman dia :)

Unknown 25 March 2011 at 22:32  

budak busuk mau jadi bomba??? huh??? hehehehe

Unknown 25 March 2011 at 22:32  

Semoga ada rezeki yul..amin!!!

Qaseh Dalia 26 March 2011 at 13:06  

gud luck yul..hehe kalau qaseh nak jadi bomba boleh tak haha

Kira Kekuri 29 March 2011 at 13:25  

WAHHH~ gud luck Yul ;)

Anonymous,  5 April 2011 at 19:18  

Adakah Yul berjaya dalam temu duga tu ?

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP