Suka!

Kenapa Filem dan Drama Korea/Jepun Menjadi Pilihan?

Monday 21 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Korang minat filem/drama negara timur? Kenapa korang minat? Majoriti rakyat malaysia yang yul dapat lihat , kebanyakkannya menggemari menonton drama/filem negara timur. Tak kiralah daripada yang budak-budak sekolah, kolej sehinggalah ibu bapa. Drama timur tetap menjadi pilihan keluarga di rumah. Yul pon suka jugak drama/filem, tapi yang jepun je. Haha. Jadi yul nak kongsikanlah kepada korang berdasarkan dari pemerhatian yul saje mengenai filem/drama negara timur nie. 


Sebelum nie drama/filem timur tak berapa hangat sangat kat Malaysia nie. Tapi semenjak akhir 2, 3 tahun kebelakangan nie. Drama/Filem timur seolah-olah mendapat tempat masa kini bagi penggemar cerita timur. 

Boleh dibahagikan kepada dua kategori, Korea dan Jepun. Kebanyakkan wanita-wanita malaysia lebih menggemari drama korea. Berbanding pula dengan lelaki yang menggemari filem Jepun.

Kenapa Ramai Yang Lebih Menggemari Drama/Filem Korea Dan Jepun?

Lee min ho 
  • Firstly mesti korang akan cakap, sebab pelakon-pelakonnya cun-cun, handsome-handsome. Sedangkan watak pak cik yang tukang sapu tu pon korang bedal cakap hensem jugak. haha. Yul tak menafikan, adik yul pon tergila-gila kan lelaki kacak seperti Lee Min Ho tu. Kalau nak ikutkan paras rupa memang lah die lagi kacak. Sebab tu ramai yang nak dok depan tv semata-mata nak tengok lelaki kacak atau perempuan cantik berlakon.
Adegan yang romantik
  • Kisah cinta yang romantik. Biasanya, kisah-kisah romantik nie tertumpu kepada filem Korea je. Lagi-lagi kalau ada part yang berdua-dua je. Orang kata jiwanglah. Kalau perempuan paling suke part macam tu. And then, Mesti perempuan akan cakap " alolo.. sweetnya. Bestnye jadi perempuan tu". Haha. Jangan fikir lelaki tak ada pulak k. Lelaki pon ada jugak. Kalau ada part macam nie kompem dalam hati mesti cakap "fulamak! kalau lah aku jadi laki tu"
Tegoshi Yuya
  • Menggemari Fesyen yang ditonjolkan oleh pelakon. Tak kiralah fesyen rambut mahupon pakaian. Yang nie kadang-kadang menjadi ikutan para lelaki nak ikut style orang timur. Yul dulu pon pernah jugak buat rambut ala-ala jepun macam Tegoshi yuya. Tapi tak jadi pulak, sebab rambut tak sempat panjang dah potong.
  • Jalan cerita yang menarik. Kebanyakannya menyelitkan elemen kehidupan yang biasa dan dekat kepada penonton seperti halangan keluarga, dengki dan dikhianati teman karib, darjat yang berbeza dan tekanan kerja. Secara tidak langsung, ianya membawa penonton wanita atau lelaki ke dalam suatu alam di mana seolah-olah dia sendiri yang mengalami situasi tersebut
Takiya Genji dalam filem Crows Zero
  • Genre aksi menjadi pilihan. haa. Yang nie kebanyakkannya berasal dari Jepun. Macam filem crows zero, My Boss My Hero, Kaiji dan lain-lain lagi. Biasanya budak-budak remaja yang meminati dalam filem aksi sebegini. Yul pon minat jugak, kadang-kadang filem tu dah lebih 5 kali tengok. Memang tak bosan.
Tu je lah serba sedikit pandangan yul yang nak dikongsikan kepada korang. Tapi, bagi yul, yul lagi suka filem jepun jika nak dibandingkan dengan korea. Jalan cerita yang menarik dan banyak konflik serta suspens yang membuatkan kita ingin menonton sehingga ke penghujung jalan cerita.

Bagi yang nak download atau menonton filem/drama negara jepun atau korea, korang boleh la ke 
http://www.mysoju.com. Ada macam-macam jenis filem dan drama disana. Kat sini lah selalu yul menghabiskan masa dengan menonton filem orang timur nie. hehe :)

12 comments:

Unknown 21 March 2011 at 16:24  

melihat takiya genji,
aku terus teringat hana-kimi.


Toma Ikuta comel dan seksi.
*kesat air liur

Fyqa 21 March 2011 at 16:43  

hiihih..

betul tu

:D

fyna ahmad 21 March 2011 at 17:18  

huhuhu...
(blushing!!~)
sy pown minat cite korea..
sbb~

IMANSHAH 21 March 2011 at 19:23  

tak pernah minat citer korea..jaman kecik2 suka lah citer Jepun Tajuk Mero Attack ke hapa ngan Oshin

tomato 21 March 2011 at 20:06  

hihi taiwan pon syiok jugk.. :)
dolu2 tym sekolah sllu lah layan..skrg kurg skit..huu

Anati Soki 21 March 2011 at 20:10  

hero cita korea hensem2 smpai buat anati soki mimpi2.. ulalalalalalal

mrs kayrul 22 March 2011 at 01:35  

semestinya hero dan heroin yang macho dan cun jadi pilihan...hahahahha

Fasihah Supian 22 March 2011 at 12:57  

uih...mereka sangat comel dan handsome...mana tak suka nengok..hehehe

ANIS HJ SUKARTI 22 March 2011 at 15:05  

setuju ngan Yul!! anis pun ebih suka drama jepun dari korea.. lagi2 yang berunsur komedi ngan bertemakan budak sekolah..

kat rumah saya ada lebih kurang 70 koleksi VCD ori drama dan muvie jepun... sgt2 sayang ngan koleksi nie.. komik pun sama.. ibu ayah pun naik pening, dorang cakap dah macam kedai komik.. ngeh3..

tapi bila ada orang pinjam 2-2 koleksi nie pastu berkurun x pulang.. mamang cari nahas!

Qaseh Dalia 22 March 2011 at 15:17  

semart ..comel kelakar romantik sedih !

izzatul . A . A 22 March 2011 at 16:54  

sbb pelakon dia comey comey blake :)

delimaemas 6 July 2011 at 11:01  

sudah lumrah manusia memng suka tengok benda yg cantik,comel dan qiut serta yg swett2...hehe..tapi citer jepun menang dari segi penceritaan pasal semngat kekelurgaan,persahabtan..membuatkn kita pun naik semngat sama bila dengar dialog dorang..

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP