Suka!

Dapat Buffered Earnings From Nuffnang | Hari Bertuah Aku!

Friday 25 March 2011

Assalamualakum semuanya. Hari ini rezeki yul macam bertambah-tambah pulak. Mana tak nya, tadi yul pergi kerja cuma bawak RM 15 je. Tapi, bila yul balik kerja, duitnya makin bertambah-tambah pulak jadi 2 kali ganda. (sebelum nie sikit je kot) Haha. Jangan tanya yul kerja apa ok. hee :)  Nie semua rezeki daripada allah. Syukur sangat-sangat.


Bila sampai rumah macam biasa lah, terus bukak laptop dan online seperti biasa. So, tadi yul saje je buka laman web nuffnang tu, nak tengok-tengok. Bila klik earning je, Tup.. Tup.. nampak nie pulak.

1st Buffered Earning from nuffnang
Harus diakui, sebelum nie yul sangat jeles melihat blogger-blogger lain mendapat Buffered Earning dengan mudah. Kadang-kadang tu, ada jugak blogger yang dapat kempen diberi oleh nuffnang berderet-deret. Sabar aje melihat blogger-blogger lain mendapat BE dengan mudah. Mungkin yul  tak ada rezeki kot sebelum nie. Dengan berkat kesabaran yul nie sebelum nie, akhirnya masa yang dinanti-nanti telah tiba.


Alhamdulillah syukur apabila nuffnang memberikan Buffered Earning buat pertama kali kat blog yul nie. Rezeki yul kot untuk mendapatkan Buffered Earning nie. Selama yul blogging bermula dari bulan Disember, inilah kali pertama yul mendapat Buffered Earning daripada Nuffnang. Terharu sungguh. Macam tak percaya je. Ini semua dengan berkat daripada kawan yul sendiri yang memberi tips bagaimana untuk mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang. Tanpa dia, rasanya yul tak akan dapat merasai lagi kot Buffered Earning tu. Terima kasih to saya mejai, kerana sudi juga memberi tips-tips yang berguna dan boleh diguna pakai. hekhek :)


Tak tahulah kempen yang yul terima nie boleh melekat berapa lama. Hopefully dapat bertahan lamalah dan nak banyak lagi kempen yang masuk kat sini. hahaha ;P


P/S : saje je publish entri nie sebab jakon!

11 comments:

Hafiz Hafizol 25 March 2011 at 08:25  

wow!!! nie HH nak cakap ape nie?? hehe.. sebb HH sendiri pun xbape nak taw sal nuffnang uh.. kah3... tahniah la erk..

ANIS HJ SUKARTI 25 March 2011 at 11:42  

congrats!! mcm nak jeles ngan yul plak nie.. hmmm... hehehe

Anonymous,  25 March 2011 at 12:55  

tahniah..usaha tangga kejayaan...:)

fyna ahmad 25 March 2011 at 14:24  

same la kite....br sangkut ari nih...

esprsso__ 25 March 2011 at 18:31  

hihihi. yul kasi besar sikit name aku yek :)

Unknown 25 March 2011 at 22:34  

Akak sejak masuk tahun 2011 ni xpenah dpt BE.huhu.

izzatul . A . A 26 March 2011 at 15:54  

okeh la tu dr x de kan :)

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP