Suka!

Senarai Pelajar Dan Tenaga Pengajar AF9| Gambar Akademi Fantasia Musim Ke 9, 2011

Tuesday 29 March 2011

Setelah lama ditunggu-tunggu, kini 12 pelajar Akademi Fantasia Musim ke 9 dan juga musim terakhir ini telah diumumkan dengan rasminya pada 28 Mac 2011. dalam sidang media yang diadakan di Akademi Fantasia 9, Aeon AU2, Taman Setiawangsa. 


Seperti musim-musim sebelum ini, 6 pelajar lelaki dan 6 lagi pelajar wanita telah dipilih untuk berentap dalam cabaran Akademi Fantasia 9 ini.



Senarai Pelajar Lelaki AF9:
  1. Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25 tahun – Selangor
  2. Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 19 tahun – Sarawak
  3. Mohamad Azri Abdullah (Azri), 24 tahun – Selangor
  4. Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 20 tahun – Kuala Lumpur
  5. Nur Khaidir Muhd (Kay), 22 tahun – Kuala Lumpur
  6. Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 21 tahun – Melaka
Senarai Pelajar Perempuan AF9:
  1. Nur Suhada Jebat (Aida), 19 tahun – Melaka
  2. Nur Atiqah Shariffudin (Eka), 22 tahun – Kuala Lumpur,
  3. Zulaika Zahari (Laika), 22 tahun – Selangor
  4. Lenaber Haidir (Lena), 21 tahun – Sabah
  5. Roshammizah Rosli (Miza), 28 tahun – Selangor
  6. Queennera Francine Francis (Nera), 19 tahun – Sabah

Berikut adalah senarai tenaga pengajar AF9
  1. Adlin Aman Ramli – guru seni persembahan
  2. Ning Baizura – guru vokal persembahan
  3. Fatimah Abu Bakar – kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris
  4. Syafizawati Sharif – guru vokal teknikal
  5. A. Aris A. Kadir – guru tarian
Buat kali pertama dan terakhir dalam sejarah Akademi Fantasia 9, Diari AF9 akan dibawakan secara terbuka untuk tontonan umum! Tidak seperti musim-musim sebelum ini yang diadakan di tempat tertutup dan terlindung, kini lokasi Diari Akademi Fantasia AF9diadakan di tempat umum dan terbuka.

Plaza Aeon AU2 telah dipilih sebagai lokasi Diari Akademi Fantasia 9. Sebuah bangunan kecil 2 tingkat yang hanya berdindingkan kaca telah dibina di dalam kompleks membeli-belah tersebut. "Rumah Kaca" ini menempatkan bilik vokal, bilik tarian, bilik muzik, ruang legar di tingkat bawah dan bilik pengetua serta bilik operasi di tingkat atas.

Pengujung pusat membeli-belah dapat melihat setiap hari semua aktiviti pelajar seperti sesi pembelajaran vokal, sesi tarian dan sebagainya. Penginapan untuk 12 pelajar ini pula adalah di lokasi yang dirahsiakan.

4 kamera web akan diletakkan di sudut-sudut tertentu didalam bilik tersebut untuk tontonan pengunjung laman web AF9. Siaran langsung ini hanya terdapat di laman web dan tidak akan disiarkan di TV.

Nantikan siaran diari secara langsung ini mulai 4 April 2011. Bagaimana prestasi 12 pelajar Akademi Fantasia musim terakhir ini? Jangan lupa tonton Konsert Tirai Akademi Fantasia 9, pada 2 April 2011 ini, jam 9 malam di Astro Ria (104)

7 comments:

mrs kayrul 29 March 2011 at 11:14  

demam AF dah melanda la...

YUL ada TAG untuk ko...tgk sini erk

http://sedetikilham.blogspot.com/2011/03/random-giveaway-polo-wallet-by.html

cik najah 29 March 2011 at 17:12  

wah.. hehe . tq for the info . :)

JelinaJoli 29 March 2011 at 21:49  

cuba cari gua nanti. gua pengkritik jemputan.

saya bukan tomato 30 March 2011 at 13:32  

tak tengok af..huhu
tibi pon xdak.. :(

Unknown 31 March 2011 at 01:00  

kat hostel xda astro... :((

Yus Tawau 2 April 2011 at 10:10  

Jom afundi c Yul..ke ke ke.

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP