Suka!

Gambar Baru: Keadaan Mangsa Selepas Bencana Tsunami Di Jepun

Tuesday 15 March 2011

Baru-baru ini, negara jepun telah dilanda gempa bumi dengan pascagempa berkekuatan 8.9 Skala Richter sehingga ombak dilautan naik ke darat dengan menghasilkan tsunami sehingga 10meter. Yul sajikan sedikit gambar-gambar gempa bumi dan tsunami untuk tatapan korang semua. Dan terbaru,khabarnya lebih daripada 5000 orang mati dan lebih 20000 orang lagi yang masih hilang.  


Gelombang tsunami membentuk pusaran di wilayah Ibaraki, Jepun
Tsunami yang dipicu oleh gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala richter menyapu bersih segala bangunan di persisiran pantai Iwanuma, Jepun di bahagian utara
Gelombang Tsunami menerjah masuk pemukiman penduduk di wilayah Natori, Miyagi, Jepun setelah digegarkan dengan gempa bumi 8.9 SR
Air lautan mula menerjah disekitar Iwaki, Fukushima, Jepun
Rumah-rumah hanyut dipukul ombak tsunami di wilayah Sendai, Miyagi, Jepun
Beratus kenderaan hanyut 
Keadaan bandar Sendai, Miyagi, Jepun setelah dilanda tsunami
Kini barangan tersebut hanyalah menjadi besi buruk
Sampah sarap bertaburan 
Kebakaran berlaku pada 12 march 2011 yang lepas di Kilang Minyak Cosmo, Kota Ichihara
Api yang marak menyukarkan untuk memadam api tersebut
Sedih melihat gambar-gambar tersebut. Semoga mangsa-mangsa bencana tsunami di jepun kuat menghadapi dugaan ini dan tabah dalam meneruskan kehidupan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut.

2 comments:

fyna ahmad 15 March 2011 at 09:29  

huhu....speechless bile tgk pic2 tue...

Cik Meow 18 March 2011 at 01:49  

kuasa tuhan tak de sapa yang dapat menghalang.. walaupun.. secanggih mana sekalipun teknologi zaman sekarang.

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP