Suka!

Peristiwa Sedih Dan Duka Mangsa Bencana Tsunami di Jepun

Tuesday 15 March 2011

Dihari ke empat selepas berlakunya gempa bumi dan tsunami di jepun. Keadaan di Jepun semakin teruk, dan mangsa-mangsa tsunami terus meningkat. Dimana-mana sahaja, isu Tsunami di Jepun menjadi tajuk utama.

Memadam api tangki minyak daripadan terus marak
Bandar di sekitar Fukushima, Jepun
Segala aset-aset dunia hancur
Tak terkata melihat gambar-gambar di atas ini. Hampir keseluruhan bandar tersebut disapu bersih diterjah ombak tsunami. Lebih 1000 mayat ditemui setiap hari ditempat kejadian. Yul mendapat tahu bahawa bandar tersebut merupakan bandar yang penuh dengan maksiat dan dosa. Sama ada benar atau tidak. Wallahualam. Mungkin ini petanda dari allah kepada manusia ciptaannya.


Selepas kejadian tsunami yang telah melanda, Kini krisis nuklear pula mengancam negara tersebut. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula. Nuklear yang berada di  Fukushima, Jepun telah mengalami kerosakkan teruk akibat gempa bumi yang berlaku dengan kekuatan 8.9 SR. Khabarnya, sistem penyejuk di reaktor telah rosak dan dijangka akan meletup sehingga boleh membahayakan rakyat yang tinggal berdekatan disitu terkena radiasi radioaktif. Sinaran radioaktif boleh mengakibatkan manusia mengalami kanser.

Sumber Nuklear yang menjadi tenaga elektrik utama di jepun
Peristiwa yang tak diduga, bayi yang hilang dihanyutkan ombak tsunami. Betapa besarnya kuasa tuhan.

Bayi ditemui setelah 3 hari hilang
Bayi perempuan yang berusia 4 bulan ditemui oleh pihak penyelamat dicelah-celah runtuhan bangunan Ishinomaki, Sendai, Jepun . Ketika ditemukan, bayi ini dalam keadaan basah dan menangis kerana kesejukan.  


Yul sedih dan bersimpati kepada mangsa-mangsa Tsunami di Jepun. Kita seharusnya bersyukur kerana negara kita tidak mengalami masalah bencana tersebut seperti disana. Tapi perlu diingatkan juga, bahawa negara kita juga mungkin mengalami bencana yang tak diduga. Itu semua allah yang menentukan. Kita kene tabah menghadapi dugaan tersebut. Anggaplah ianya sebagai satu ujian daripada allah.



4 comments:

Aesya Zealous 15 March 2011 at 14:00  

betul2..mungkin inilah cara Allah nak tunjuk kpd umat manusia yg kiamat sudah dekat..bencana alam makin banyak. taubatlah segera..hhuuhu

Anati Soki 15 March 2011 at 20:33  

haaish.. kesian diorng.. seyes.. kalini bencana kat jepun.. nmpk teruk sgt2.. kesian sgt2.. tak putus2 dugaan allah bagi kat diorng.. tp kita kena fham.. disebalik setiap kejadia mungkin ada hikmah nya.. kita cuma boleh trus berdoa yang tebraik utk diorng.. amin ya rabbal alamin..

Aleen Aiden 16 March 2011 at 11:31  

memang ngeri..taim tsunami 2 rumah2 pon begerak mcm kereta hanyut.

mrs kayrul 19 March 2011 at 13:34  

dahsyat betul tsunami kat situ....keajaaiban kuasa allah...dah 3 hari pun baby tue masih hidup...

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP