Suka!

Bercadang Menggunakan Nama Domain Sendiri. Adakah Ianya Berbaloi?

Sunday 20 March 2011

Domain? Apa itu domain? Bagi sesetengah blogger baru mesti yang tak tahu kan apakah yang dimaksudkan dengan domain. Domain nie adalah nama unik yang diberikan untuk mengenali nama server komputer seperti web server atau email server di laman internet. Ianya berfungsi untuk mengingat nama server dan mempermudahkan pengguna di internet ketika melakukan akses ke blog/website korang. URL blog korang yang menggunakan blogspot/wordpress dihadapan akan berubah menjadi singkatan .com/ .net/ .org/ dan lain-lain lagi  sekiranya korang membeli domain.

Domain
Berbaloikah sekiranya kita membeli domain? Apakah kelebihan yang kita akan dapat sekiranya menggunakan domain? Soalan nie selalu bermain didalam fikiran yul sendiri. Setelah diperhatikan, diselidiki dan dikaji, rupanya banyak jugak kelebihan menggunakan domain nie.


Apa yang yul dapat lihat, kebanyakkan blogger-blogger sekarang nie banyak yang sudah mempunyai domain sendiri. Mungkin ada sesetengah blogger berfikir ianya membuang duit dan masa membeli nama domain nie. Kenapa harus membazirkan wang tanpa hala tujuan? Bagi yul, ianya tak de lah macam tu sekali. Biarpun kita membuang duit dan masa, tetapi kepuasan kita dalam memiliki sesuatu sukar dikecapi. Terasa puas dan seronok apabila yul sendiri dapat menggunakan nama domain sendiri seperti http://www.yulsahaja.com. Walaupon yul baru berblogging tak sampai 4 bulan lagi, tapi apa salahnya sekiranya yul ingin memiliki nama domain sendiri?


So, yul bercadang juga untuk memiliki nama domain sendiri menggunakan dot com.  Dah rimas lah asyik pakai dot blogspot je. Nak taip pon susah sebab panjang sangat kan URL nya tu? Orang nak ingat URL blog pon susah, sebab ada blogspot. Jadi macam cacat pulak bila melihat semula. So, apa salahnya kan sekiranya kita ingin berubah sesuatu dan kelainan didalam blog nie. 


Insyallah, kalau tiada aral, mungkin dalam masa terdekat nie, yul akan membeli dan menggunakan Nama Domain sendiri. Tengah survey-survey mencari yang terbaik. hee :) 
Wang boleh dicari, Tetapi kepuasan sukar dikecapi.

8 comments:

Ms.F 20 March 2011 at 14:14  

wah..dah nak beli domain sendiri..jelesnya....

IMANSHAH 20 March 2011 at 16:28  

boleh je...sokong seratus percent

Unknown 20 March 2011 at 16:55  

best ea gna domain sndiri??

fyna ahmad 21 March 2011 at 12:37  

uhukkkk...dasat2...klu mcm tue fyna pown nk beli gak la...
hehehe..

E'in 21 March 2011 at 13:33  

wah2.. dh nk guna domain sendiri.. =)

mrs kayrul 21 March 2011 at 14:02  

jealous..jealous...jealous aku tengok....aku jer masih kat sini lagi

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP