Korang minat bola tak? haha. Yul memang minat sangat bola, tapi kalau nak maen bola tu tak ada la. Setakat maen futsal tu boleh lah. Tu pon nak separoh mampos kalau yul main. Terasa rindu pula nak main futsal nie, Dah lama gila yul tak main futsal. Al-maklumlah, sekarang nie busy sikit, nak join budak2 main pon susah sekarang nie. Kalau main futsal kompem 2-3 pagi baru balik. Pastu nak bangun pagi2 pukul 6 siap2 pergi kerja. Peh, memang tak terlarat la yul macam tu. Rasa2 tahun nie ada lah 5-6 kali yul main futsal, haha. Jadilah tu kan? Ada juga main, tak la kekok sangat. Ingat nak main futsal balik, tapi tengok keadaan dululah macam mana. Mungkin tahun depan kot. Ada bran nak lawan team gua? kehkehkeh
Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru2 ini telah mengalahkan Vietnam dengan keputusan 2-0 di Stadium Bukit Jalil. Malam nie pula, Malaysia akan menentang pasukan Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, untuk berjuang menempah tiket ke final Piala Suzuki AFF 2010. Malaysia tak pernah lagi memenangi kejuaraan Piala Suzuki AFF, harap2 Malaysia dapatlah pegang Piala Suzuki AFF tahun nie. Malam ini merupakan detik paling penting buat squad Harimau Muda kerana berhadapan dengan Vietnam ditempat lawan. Apa2 pon yul nak ucapkan semoga berjaya kepada squad pasukan Harimau Muda Malaysia nie. Walaupon yul tak dapat nak menonton secara siaran langsung disebabkan kerja, tapi yul tetap menyokong squad Malaysia! Malaysia Boleh!!
Cakap2 pasal bola nie, lupa pula Malaysia dulu pernah menentang Pasukan Brazil ketika zaman ayahpin suatu ketika dulu, haha. Korang mesti tak percaya kan ayahpin telah turut membantu pasukan Malaysia untuk terikat seri 1-1.
Kehkehkeh, harap korang enjoy tengok video Malaysia lawan Brazil nie. Tak boleh blah nak ketawa terbahak2 yul tengok video nie.
Assalamualaikum semua. Jawab jangan tak jawab salam nie kalau korang beragama Islam. hehe. Dah lama yul tak update entry kat blog nie. Padahal baru 1 hari je tak update. Tu pon nak kecoh kan? haha. Maklumlah ye, laptop semalam diserang virus H2N4. Tak tahu lah macam mana tiba2 virus boleh menyerang. Tension betul yul semalam tak dapat nak update blog. Nak blogwalking pon tak boleh, hehe. Sorry ye kawan2, semalam tak dapat nak balas balik lawatan korang ke blog yul nie. Tapi hari nie insyallah yul akan balas balik lawatan korang kat blog yul nie.
Sebenarnya yul ada 1 cerita yang yul nak kongsikan kepada korang. Tadi yul ada terbaca satu artikel motor kapcai nak keliling dunia. Macam mustahil je kan motor kapcai nak keliling dunia. Tapi itu bukan mustahil bagi Syed Ahmad Abdul Hadi, anak kelahiran Malaysia yang kini telah merentas 23 negara termasuk london dengan menggunakan Motorsikal Modenas GT 128cc yang digelar 'Lil G'.
Syed Ahmad Abdul Hadi merupakan adik kepada uncle seekers, telah berjaya merentas 23 buah negara antaranya Thailand, Nepal , India, Turkey, Serbia, Italy, Poland dan Perancis selama 6 bulan, bermula pada 24 April lalu. Ini merupakan kejayaan yang besar baginya dan bermacam2 dugaan yang telah dilaluinya. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mengecapi kejayaan tersebut sekaligus telah mengharumkan nama negara.
Selepas nie, beliau merancang ingin menawan dunia pula dengan menggunakan 'Lil G' yang memakai no pendaftara QSM 17. Kalau korang terjumpa dia nie ucapkan tahniah ye untuk yul kepada beliau. hehe. Apa2pun yul nak ucapkan semoga berjaya untuk menggapai cita2nya mengelilingi dunia.
P/S : Masa untuk yul merentas dunia dengan menggunakan lappy, hehe
Ehem2, banyak sungguh la yul terima awards dari kawan2 minggu nie, ehehe. Seronoknya dapat awards lagi. Okae awards nie datangnya dari Al-Hakim. Cantikkan awards dia. Btw terima kasih ye atas awardsnya tu. :)
Cerita pasal follower pula, kini follower blog yul sudah mencecah 111 orang! Wah! Rasa seronok pula sebab dalam masa 3 minggu yul mula berblogging kini yul dah mencecah 111 orang followers. Terima kasih ye kepada semua followers yul sebab sudi juga follow blog yul nie yang tak seberapa, hehehe.
Kalau korang nak tahu siapakah follower yul yg ke 111 tu? Nie lah dia Evy dyana yang telah berjaya menjadi follower yang ke 111 yul. Jom2 pi terjah dia. No cantik tu, hehehe.
So, yul rasa yul nak bagi awards pula kepada follower2 yul nie, tak kira lah yang berselindung mahupon yang tak nampak, ekekeke. Harap2 korang dapatlah terima ya awards yul nie yang tak seberapa, walaupon nampak comot, yang penting yul amat2 menghargai kalian. Tanpa korang disini mungkin blog yul nie tak berharga kot, hehe. Terimalah ye awards ini daripada yul sebagai tanda penghargaan yul dari hati yang suci lagi murni kepada korang :)