Suka!

Statistik Blog Yul Aje July 2011 | Analisis Dan Ranking Trafik

Monday, 1 August 2011

Hari ini merupakan hari Isnin, 1 August 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, hari pertama pertama dalam berpuasa. Ok, Sebelum nie yul pernah memaparkan analisis trafik blog ini. So, kali ini yul sekali lagi ingin berkongsikan kepada korang semua analisis trafik blog bagi bulan lepas (JULY). Paparan yang yul kongsikan ini hanyalah untuk melihat prestasi blog semasa yul sahaja. Bukan untuk berbangga-bangga, mahupon untuk menunjuk-nunjuk. Tak terlintas sedikit pon dihati yul untul berbuat sedemikian. Ianya hanyalah sekadar selingan dan perkongsian yang yul katakan sebelum ini untuk para pembaca blog Yul Aje :)


Nuffnang Analytics

Berikut adalah analitik trafik berdasarkan Nuffnang. Bulan ini mengalami sedikit peningkatan trafik jika hendang dibandingkan dengan bulan June. Untuk keseluruhannya, blog ini telah mendapat sebanyak 15,083 PV dan juga 7,953 UV bagi bulan lepas.


Google Analytics
Yang ini pula berdasarkan Google Analitik. Menurut apa yang yul dengar, google analitik ini lebih tepat analisisnya. Sama ada benar atau tak. Yul pon tak berapa pasti sangat kesasihannya. Kalau melihat gambar diatas, graph ini mula naik pada 4 HB yang lepas disebabkan masa tu yul baru je mendaftar. hehe :P


Alexa Traffic Rank
Ok. Yang nie pula analisis traffik Rank Alexa. Korang tahu apakah yang dimaksudkan dengan Alexa Traffic Rank? Rata-rata mesti ramai yang tahu kan? So, tak payah lah yul mengulas lebih lanjut lagi. hehe. Berdasarkan daripada gambar tersebut, Blog Yul Aje menduduki ranking 793,995 global rank dan 4,241 di Malaysia.


Keseluruhannya, Blog ini semakin meningkat dari segi analitik trafik sekali gus Alexa Traffic Rank juga terus meningkat. Yul bersyukur, kerana blog ini semakin meningkat bilangan pembacanya walaupon tiada komen yang ditinggalkan. (Nada simpati disitu.) Haha :P Anyway, terima kasih yul ucapkan kepada semua pembaca blog Yul Aje ini. Tanpa korang, Blog ini tak akan jadi macam nie. hehe

Read more...

Khairul Fahmi Che Mat @Apek Putus Tunang Dengan Elia Adalah Palsu | Pergolakan hubungan KFCM

Semalam Khairul Fahmi Che Mat ada mengulas di keratan akhbar tempatan yang kononnya dia sudah tidak bersama dengan tunangnya lagi (Elia). Yul pon terkejut jugak membacanya. Mana taknya, mereka baru sahaja mengikat tali pertunangannya pada Mei yang lepas. Tak sampai 3 bulan lagi mereka sudah dikatakan putus setelah ada gosip-gosip yang mengatakan bahawa Khairul Fahmi@Apek mempunyai hubungan skandal dengan Dahlia Teck.


Tinggal kenangan. 
sumber gambar : Blog Jejari Runcing
Yang peliknya lagi, bahawa Elia tidak pernah tahu dan menafikan bahawa Khairul Fahmi memutuskan pertunangannya. Elia tahu pon selepas dia membaca di keratan akhbar semalam dan mengulas kepada media hari ini(semalam) mengenai dakwaan tersebut. Yul agak pening yang manakah kesasihan berita pergolakan mereka berdua ini. 


Pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu. Yang meburukan keadaan lagi apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya untuk menyelesaikan masalah mereka berdua.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain. Adakah Dahlia Teck yang dimaksudkan oleh Elia itu? Wallahualam.


Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia). Namun, Elia hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi masa kepada Khairul Fahmi untuk memulihkan keadaan.


Elia begitu kesal melihat tindakan Khairul Fahmi yang memutuskan pertunangan kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini.


Walau apa-apa pon, diharapkan Elia terus bersabar menghadapi dugaan ini, Andai kata satu hari nanti korang berdua tiada jodoh, itu semua telah ditakdirkan oleh Allah yang maha esa. Anggap je lah ianya adalah salah satu dugaan. Tapi Yul berharap sangat-sangat agar hubungan mereka kembali pulih seperti sebelum ini. Sama-samalah kita berdoa, agar kedua pasangan ini dapat bersatu kembali.

Read more...

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2011M/1432H Mengikut Negeri Di Malaysia

Sempena Bulan Ramadhan ini, kita diwajibkan untuk membayar Zakat. Tak kiralah zakat harta, zakat emas, atau apa-apa sahaja.Tetapi yang paling penting sekali adalah Zakat Fitrah. Semua orang tahu bahawa membayar zakat ini adalah wajib. Ianya merupakan salah satu rukun Islam no 4 selepas berpuasa di bulan Ramadhan dan wajib dipenuhi oleh setiap orang Islam. Jadi, bagaimana sekiranya mereka tidak membayar zakat? Adakah mereka digelar sebagai Islam? Wallahualam. Yul pon tak berapa pasti. Itu hanya;ah urusan mereka dengan Allah dikemudian hari kelak.


Kadar zakat tahun ini melonjak naik sebanyak RM1 hingga RM2 bagi setiap orang berbanding kadar bayaran tahun lepas (2010/1431H). Untuk pengetahuan korang, penentuan harga bayaran zakat fitrah ini berdasarkan beras yang ditetapkan oleh BERNAS mengikut negeri masing-masing yang ada Malaysia. Setiap negeri harganya berbeza-beza. 

Ok, disini yul nak kongsikan Kadar Zakat Fitrah 2011M/1432H Bagi Setiap Negeri Yang Ada Di Malaysia ini.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

P/S: Bulan puasa baru je mula, gaji nanti yul nak bayar zakat. hehe :)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP