Suka!

Harga Minyak Petrol Terbaru Ron 97 Naik 20 Sen | RM2.70 Seliter, 2 April 2011

Saturday, 2 April 2011

Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.


Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum tu, ia telah pun mengalami kenaikan sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu dan menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.

RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.

Tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.

Untuk tahun ini, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.

Read more...

Sejarah Asal Usul April Fool | Hari Kejatuhan Umat Islam

Friday, 1 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari ini merupakan tarikh pertama dalam bulan april yang juga dikenali sebagai Hari April Fool. Tak sangka pula April Fool Days jatuh pula pada hari jumaat. Adakah diantara korang yang menyambutnya? April Fool dianggap sebagai hari untuk bergurau dan mengenakan orang lain. Sambutan April Fool ini disambut di seluruh dunia pada setiap tahun. Mungkin seronok memperolok-olokkan dan mempersendakan kawan pada April Fool. Tetapi adakah kita semua sedar akan sejarah di sebalik peristiwa hitam ini? 



Sejarah Wujudnya Hari Apri Fool
April Fool's Day mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seISLAM mereka sendiri.
Sendaan yang dikenakan kepada umat Islam di Granada sejak kurun ke-8 Masihi itu seakan-akan diteruskan budayanya hingga ke hari ini melalui sambutan April Fool. 


Tu kalau dirujuk dari segi sejarah serta sambutan masyarakat kini yang menyambut, Tapi tahukah korang bahawa ada juga manusia yang bernama april fool. Yang turut menjatuhkan negara islam 8 tahun yang lepas? Korang ada perasan? Ada perasan tak? 
April Fool adalah nama rahsia untuk pengintip dan ejen bermuka dua yang dikatakan memainkan peranan penting dalam kejatuhan diktator Iraq, Saddam Hussein. 
Menurut Jeneral Tommy Franks, panglima tentera Amerika Syarikat dalam perang Iraq 2003, April Fool adalah seorang pegawai Amerika dan bekerja sebagai diplomat dan pada masa sama ejen sulit telah dihampiri oleh ejen risikan Iraq. April Fool kemudian menjual maklumat palsu kepada Iraq kononnya rancangan pencerobohan tentera Amerika. Maklumat palsu ini memberi petunjuk yang salah kepada tentera Iraq yang melemahkan pertahanan mereka dalam menghadapi pencerobohan tentera Amerika Syarikat. 
Baghdad jatuh ke tangan tentera Amerika Syarikat beberapa minggu kemudian yang juga menyaksikan kejatuhan rejim Saddam Hussein.
credit to wikipedia.

Gelagat manusia di FB
Sedih melihat gelagat-gelagat manusia kini yang menyambut hari april fool. Mereka bersuka-suka mengenakan orang lain .Bila mengenangkan bagaimana hari itu dijadikan sebagai menyambut kejayaan Tentera Salib memperdaya penduduk Granada sekaligus menghapuskan mereka, sepatutnya membuat kita berfikir. Adakah kita mahu turut sama menyambut hari yang telah mengorbankan penduduk Islam di Granada? Lu fikirlah sendiri. Walaupon ianya prank kew, saje-saje je kew, tetap sama. April Fool juga kan? Sejarah umat islam yang tidak mungkin kita lupakan. Renung-renungkanlah kembali. Semoga kita tidak terjebak seperti kaum kafir yang menyambut hari tersebut.

Read more...

Tutorial Cara Menukar Domain Percuma | Setting Custom Domain Blogspot ke Co.cc

Assalamualaikum semuanya. Entri nie adalah kesinambungan pada Tutorial Setup Domain Percuma tu. Bagi yang dah mendaftarkan akaun korang tu untuk domain percuma di co.cc, boleh lah sambung tutorial nie. Kalau dah sampai part nie tak susah mana pon. Senang je. Tak sampai 5 minit pon dah siap. Korang pon terus boleh guna domain percuma tu. Tapi sebelum tu, yul nak menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada rakan-rakan yul dulu. 

'Domain tu tak efek ke bila kita tuka connection,contohnye dr broadband kpd Local Area Network ataupun wireless?? Nannti IP address dia kan tukar....mcmana tu'- Cik Ila
  Rasanya tak de masalah. Kalau korang guna wireless kew dan lain-lain lagi masih lagi boleh digunakan. Boleh rujuk disini. Menerangkan segala, apakah yang dimaksudkan dengan IP ADRESS nie.
'oww yg co.cc tu free erh? ade nmpk beberape org pakai. tp x ramai. nape erh?'- i am S!L4H..
Ye, memang free pon menggunakan nama domain nie yang berdot co.cc. Tak payah bayar untuk 1 tahun pertama. Daftarkan, kemudian terus boleh pakai. Masuk tahun kedua menggunakannya, korang kene bayar lah. Lebih kurang 3$ macam tu kot. Tak sama dengan domain-domain yang lain seperti .com/ .net/ .org dan lain-lain lagi. Tu semua kena bayar. Kenapa tak ramai yang menggunakannya? Sebenarnya banyak sebab yang membuatkan ramai orang tak menggunakannya walaupon percuma. Nanti je lah yul buat entri baru. Kalau campur semua sekali dalam 1 entri nanti korang pening-pening pulak. hekhek.


Ok. Sambung balik tutorial yang seterusnya. Lepas korang dah mendaftarkan akaun korang tu. Korang cuma buka halaman blog korang. Di bahagian home tu, korang klik Setting. Pastikan korang pilih blog yang betul. Blog yang korang nak tukarkan nama domain tu.


klik publishing kemudian klik Custom domain
Step ke 2
Langkah yang seterusnya, korang klik publishing seperti gambar diatas, dan kemudian klik custom domain pula. 


Klik switch to advanced settings.
Step ke 3
Nampak halaman seperti gambar diatas nie, korang klik switch to advance setting pula. Yang lain tu abaikan. 




Masukkan nama domain korang yang berdot co.cc tu
Step ke 4
Kemudian isikan nama domain yang korang daftar tu. Jangan lupe letak www dibahagian hadapan. kemudian masukkan word verification dan save settings. Yang bahagian Use a missing files host? Biarkan ianya no je. Jangan memandai pulak korang tukar yes. hekhek


Tick dibawah nama domain tu
Step ke 5
Dah save setting, pastu korang tick pula kat dalam kotak tu seperti gambar diatas. Save settings sekali lagi. Selesai! Tak susah mana pon. Senang je kan? Bagi yang nak menggunakan domain percuma berdot co.cc nie semoga berjaya lah ye.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP