Sejarah Asal Usul April Fool | Hari Kejatuhan Umat Islam
Friday, 1 April 2011
Assalamualaikum semuanya. Hari ini merupakan tarikh pertama dalam bulan april yang juga dikenali sebagai Hari April Fool. Tak sangka pula April Fool Days jatuh pula pada hari jumaat. Adakah diantara korang yang menyambutnya? April Fool dianggap sebagai hari untuk bergurau dan mengenakan orang lain. Sambutan April Fool ini disambut di seluruh dunia pada setiap tahun. Mungkin seronok memperolok-olokkan dan mempersendakan kawan pada April Fool. Tetapi adakah kita semua sedar akan sejarah di sebalik peristiwa hitam ini?
Sejarah Wujudnya Hari Apri Fool
April Fool's Day mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seISLAM mereka sendiri.
Sendaan yang dikenakan kepada umat Islam di Granada sejak kurun ke-8 Masihi itu seakan-akan diteruskan budayanya hingga ke hari ini melalui sambutan April Fool.
Tu kalau dirujuk dari segi sejarah serta sambutan masyarakat kini yang menyambut, Tapi tahukah korang bahawa ada juga manusia yang bernama april fool. Yang turut menjatuhkan negara islam 8 tahun yang lepas? Korang ada perasan? Ada perasan tak?
Tu kalau dirujuk dari segi sejarah serta sambutan masyarakat kini yang menyambut, Tapi tahukah korang bahawa ada juga manusia yang bernama april fool. Yang turut menjatuhkan negara islam 8 tahun yang lepas? Korang ada perasan? Ada perasan tak?
April Fool adalah nama rahsia untuk pengintip dan ejen bermuka dua yang dikatakan memainkan peranan penting dalam kejatuhan diktator Iraq, Saddam Hussein.
Menurut Jeneral Tommy Franks, panglima tentera Amerika Syarikat dalam perang Iraq 2003, April Fool adalah seorang pegawai Amerika dan bekerja sebagai diplomat dan pada masa sama ejen sulit telah dihampiri oleh ejen risikan Iraq. April Fool kemudian menjual maklumat palsu kepada Iraq kononnya rancangan pencerobohan tentera Amerika. Maklumat palsu ini memberi petunjuk yang salah kepada tentera Iraq yang melemahkan pertahanan mereka dalam menghadapi pencerobohan tentera Amerika Syarikat.
Baghdad jatuh ke tangan tentera Amerika Syarikat beberapa minggu kemudian yang juga menyaksikan kejatuhan rejim Saddam Hussein.
credit to wikipedia.
Gelagat manusia di FB |
Sedih melihat gelagat-gelagat manusia kini yang menyambut hari april fool. Mereka bersuka-suka mengenakan orang lain .Bila mengenangkan bagaimana hari itu dijadikan sebagai menyambut kejayaan Tentera Salib memperdaya penduduk Granada sekaligus menghapuskan mereka, sepatutnya membuat kita berfikir. Adakah kita mahu turut sama menyambut hari yang telah mengorbankan penduduk Islam di Granada? Lu fikirlah sendiri. Walaupon ianya prank kew, saje-saje je kew, tetap sama. April Fool juga kan? Sejarah umat islam yang tidak mungkin kita lupakan. Renung-renungkanlah kembali. Semoga kita tidak terjebak seperti kaum kafir yang menyambut hari tersebut.
4 comments:
baru wat entry ttg april fool..bud skrg mood malas nk menaip..so entry lebih kurang jer..
so, sama2 amek iktibar.. jgn terlalu mengejar keseronokan duniawi.. wa.. lama giler anat tak blogwalk.. hehehe.. blog yul blog pertama anat blogwalk.. setelah 2minggu tak blogwalk.. :)
tw psal org islm kne bnuh rmai2 dgn dbkr ni mse buat asgment psal kruntuhn islm .. tp yg nme april fool 2 bru tw .. mcm2 org kaper niyh .. ishh ..
Post a Comment