Berhenti Berharap
Saturday, 16 April 2011
Hidup manusia nie. Biasalah, dipenuhi dengan harapan. Kalau tak sendiri yang mengharap. Orang lain yang memberi harapan. Bukan setakat wishy washy sana sini. Harapan wajib diseiringkan dengan usaha sebab kalau setakat mengharap tanpa usaha itu dah angan-angan nama nye. Kalau angan-angan seperti Mat Jenin tu tak apalah. Boleh menjadi realiti dengan berkat kesungguhan dia dalam melaksanakan impiannya.
Mengharap, mengharap dan terus mengharap. Akhirnya gagal juga dalam mengharap tu. Daripada kita kecil sehinggalah ke besar panjang. Hidup kita nie penuh dengan harapan. Yul tak menafikannya, yul pon ada harapan jugak dalam hidup nie. Setiap manusia pasti ada harapan. Tak kiralah, korang kaya, miskin, tua, muda, perempuan, lelaki, yang pastinya mereka mempunyai harapan dalam hidup. Korang mesti ada jugak kan?
Ada juga yang berharap nak berbini, nak berlaki. Dalam dok berharap-harap pon. Harap-haraplah dapat bini atau lelaki yang berkenan dihati sendiri dan mak bapak juga. Harap dapat bini tak materialistik. Harap dapat bini atau lelaki kalau setakat dapat tengok suria menjelma keesokkan harinya pun dah cukup besar nikmatnya. Harap dapat bini/laki yang tak banyak kerenah. Dah kahwin dan dapat anak. Mudah-mudahan anak-anak berjaya macam bapaknya juga. Belajar rajin-rajin. Mengaji biar pandai! Semua orang menginginkan kesempurnaan hidup seperti ini. Betul tak?
Tapi adakah semua harapan yang kita impikan menjadi kenyataan? Adakah harapan kita menjadi realiti atau pon sekadar anganan kosong je? Mungkin ada yang kita harapkan terkabul, dan mungkin juga yang tidak kesampaian. Setinggi gunung manapon harapan, tanpa usaha dan pedoman harapan yang kita impikan tu tak akan kemana. Usaha dan pedoman seperti tidak boleh dipisahkan lagi. Kerana keduanya merupakan tunjang untuk berjaya dalam mengharapkan sesuatu.
Apa yang kita impikan, tu semua dah tertulis. Kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan jugalah yang menentukan segalanya. Sebab itulah kita kene sentiasa berusaha dan juga berdoa agar apa yang kita impikan terkabul.
Tak perlulah kita mengharapkan sesuatu yang belum pasti kita miliki. Nanti kita juga yang merana kalau terus mengharap. Sesuatu yang belum pasti, kalau korang terus mengharap, memang tak kemana lah.
11 comments:
berhenti berharap & menunggu datang gelap
setuju...saya pun dah tak berharap..carik lain la
mengharap tu penting...walaupon jarang dpt..hehe
yup,bila yg kite harapkan xjadi,giler frust menonggeng!(alin xckp psl bf,jodoh atau yg seumpama dgnnye ye)hu3
tp rupanye yg di atas dah aturkn rencana lain utk kite. ^_^
berhenti mengharapkan seseorang yg xkan mungkin kembali lagi...:((
fyna pown blaja utk tidak mengharap sgt.
nnti kecewa lg..
hihi, encik yul dah lain macam je encik yul. hikhik
terbaek
jangan berhenti mengharap :P
alamak , berhenti berharap ? lain mcm jea n3 en yul kali neyh ?
nk berharap itu boleh.. tp jgn smpai tahap hardcore.. kang merana sorang2
Post a Comment