Suka!

Sukan Olimpik 2012 Di London Berunsur Freemason?

Thursday, 3 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Sukan olimpik, korang mesti tahu kan? Sukan olimpik yang diadakan sekali setiap 4 tahun dan dinanti-nanti kan oleh setiap pemain dan peyokong serta penonton. Tapi adakah korang tahu bahawa sukan olimpik 2012 yang akan berlangsung di london mempunyai unsur Freemason?



Yang di sebelah kiri namanya Wenlock, dan yang kanan namanya Mandeville
Dah tengok belum maskot-maskot untuk sukan olimpik 2012 nie? 
Sebenarnya dah lama yul tengok maskot nie kat salah sebuah blog. Sekali imbas tengok maskot-maskot nie memang orang akan berfikir ianya lambang  freemason. Ya, memang benar sekali, Sukan Olimpik 2012 nie bertemakan Freemason. Korang tak percaya? Okae, yul akan terangkan sikit-sikit kat korang. 



Cuba korang perhatikan maskot-maskot tu dengan teliti. Kedua-dua maskot tersebut mempunyai 1 mata. Dan maskot-maskot tersebut mempunyai nama. Yang berwarna oren tu bernama Wenlock dan yang warna biru tu pula bernama Mandeville. Setiap nama maskot tu mempunyai makna yang tertentu. Korang ada perasan sesuatu tak kat nama-nama maskot tu? "Wenlock  Mandeville". Kalau korang cantumkan dan susunkan semula  nama tersebut, ianya mempunyai makna dan berbunyi sebegini. "Wen Man Lock Deville". Atau lebih tepatnya lagi, "When Man Lock To Devil" . Korang tau tak apa maksudnya tu? Adakah ini semua kebetulan? Wallahualam. 

Tu baru maskot, tapi bagaimana pula dengan logo Sukan Olimpik tersebut?
Nie merupakan logo Sukan Olimpik 2012
Logo rasmi Sukan Olimpik 2012, England, sebenarnya dah lama dihasilkan. Semenjak 4 Jun 2007 lagi dah ada. Sekali pandang logo nie kita tengok macam biase-biase je kan? Malahan nampak buruk pulak tu! Memang tak ada standard langsung. Tapi tahukah korang? Logo tersebut membawa maksud tertentu apabila dicantumkan dan disusun sebaris?

Beginilah hasilnya setelah dicantumkan. Apa yang korang nampak? ZION! Atau lebih dikenali sebagai Zionis laknatullah! Walaupon nampak logo tu buruk, tapi ianya mempunyai maksud yang tertentu.

Dan terbaru, yul mendapat tahu bahawa negara Iran telah menghantar surat protes mengenai logo Sukan Olimpik nie. Iran mengkritik sebab tanda logo itu boleh bermaksud sebagai Zionis. Kalau korang nak tahu, Zionis merupakan musuh Iran semenjak dulu lagi. Kemungkinan Iran akan memboikot penyelenggaraan Sukan Olimpik tersebut. 

Adakah semua ini sudah dirancang semenjak dulu lagi? Dan apakah yang akan berlaku pada Sukan Olimpik tahun 2012 kelak? Cuma allah je yang tahu. Entri nie hanyalah pendapat yul semata-mata. Tak tau la betul kew tidak. Apa pandangan korang?

Read more...

Surat Cinta Dari Miss Nuffnang Ajak Berdating Menonton Wayang Bersama!

Wednesday, 2 March 2011

Macam hari-hari biasa, lepas balik keje je, yul terus bukak laptop dan menghadap benda yang sama seperti hari-hari biasa jugak. Tapi mood yul kebelakangan nie dah berubah semenjak mendapat surat dari celcom. Tiba-tiba pulak tak ada mood. Broadband yang dulunya yul kagumi mula lah membuat hal, merajuk lah, itu lah disebabkan gara-gara sekeping surat tu. Tu yang malas semacam je nak blogwalking. Susah bila broadband dah mula merajuk. Yul pon tak tahu macam mana nak pujuk balik broadband nie. Hurm. Korang nak tahu, apa yang die tulis tu? Lebih kurang macam nie lah. 


"Abang, bila nak bayar nie ye? Ayang dah tak tahan lagi dah asik macam nie je! Majok ah cam nie. Dah overdose dah! Kalau tak nak ayang jadi macam nie, baik abang pergi bayar sekarang!"


Lebih kurang macam tu ar. Korang tahu tak macam mana nak pujuk balik broadband nie? Karang yul tukar ke Streamyx baru tahu! haha. Siyesly yul memang tak pandai nak memujuk-mujuk nie. Kalau korang pandai, pujuk kan lah eh, kehkehkeh :P

Tapi tiba-tiba mood yul dah mula bersemangat balik walaupon broadband yul asyik merajuk je. Yul sengaja nak semak balik segala surat-surat didalam peti. Manalah tahu kan ada orang nak bagi surat rombongan kawin ke, meminang kew. hekhekhek. Lepastu, tiba-tiba je yul jumpa satu surat cinta yang di beri oleh Miss nuffnang! Peh! Tak sangka weh! korang ada kew? ada kew? haha.  Dalam surat tu kata, macam nie.
"Wahai kekanda ku yang tampan lagi bergaya, sudikah dikau menerima pelawaanku untuk berdating dan menonton wayang bersama-samaku dan sahabat-sahabat yang lain? Dua tiket telah dinda tempah untuk kita menonton bersama. "
Mail from Nuffnang

Muahaha, terkejut yul bila dia hantar surat macam nie. Tak sangka pulak yul yang dipilihnya. Tapi terpaksa yul menolak secara elok-elok pelawaan dia untuk ajak yul pergi berdating bersama. Nanti ada orang yang jeles pulak! hikhik. Lagipon rumah yul jauh gile nak ke tempat tersebut. Kalau area johor tu, tak pe lah lagi. Apa-apa pon terima kasih yul ucapkan atas surat undangan tu. Jangan kecik hati ye kita tidak dapat dating bersama.

Kalau korang nak tahu, tadi yul saje je menjawab soalan yang diberi oleh nuffnang di twitter. 10 Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan cepat. Tup..Tup tengok e-mail dapat surat cinta pulak! haha. Tak sangka yul orang yang terpantas menjawab soalan tersebut! 

P/S: Yul mintak maap sesangat sebab tak dapat nak balas balik kunjungan korang buat masa nie. Kalau sempat singgah, sempatlah. Kalau tak, mintak maap lah ye :(
Maklumlah, yul tak bayar lagi bil berokbeng nie. Mungkin dalam minggu-minggu nie jugak kot, hikhik. Sabar ye :)

Read more...

Kisah Seram Diganggu Makhluk Di Surau

Tuesday, 1 March 2011

Dah lama yul tak menerbitkan entri seram. Jadi yul nak kongsikanlah sedikit kisah seram. Orang kata tempat tu memang menyeramkan. Sama ada kisah nie benar-benar terjadi atau tak. Wallahualam. Korang teruskanlah membaca ye. Jangan sampai diri korang diselubungi dengan Misteri! Kehkehkeh.


Ayam hutan hijau
Kejadian nie berlaku pada 10 tahun yang lepas. Sewaktu tu, Ayam Hutan tengah meningkat naik dipasaran. Zainal merupakan seorang pemburu ayam hutan dan tinggal di kampung Felda Kota Tinggi. Segala macam hutan belantara,tropika dan macam-macam lagi pernah dia terokai. Yela, waktu tu ayam hutan harganya masih mahal lagi dan harganya boleh mencecah beribu-ribu ringgit seekor. Dia memang seorang yang berani dan sangat mahir dalam selok belok hutan nie. Maklumlah, ayam hutan biasanya banyak kat hutan je. Semakin tebal hutan tu, semakin banyak lah ayam hutan tinggal disitu.




Kawasan di sekitar Gunug Panti yang dikatakan mempunyai banyak ayam
Ceritanya bermula begini. Satu hari tu, masa dia minum kat warung Pak ali, Zainal terdengar orang-orang kampung bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ayam hutan berhampiran di Gunung Panti, Kota Tinggi. Kawasan tu agak jauh dan dikatakan kawasan tersebut agak angker dan banyak kisah misterinya!

Tengahari tu, Zainal dah bersiap sedia untuk pergi memburu  di kawasan lubuk yang diceritakan. Siap pakai helmet lagi tu! Zainal masukkan sedikit bekalan minum petang dan perangkapnya kedalam bakul motor. Sepanjang perjalanan tu, Zainal dah mula berangan-angan dapat duit beribu-ribu hasil jualan ayam hutan yang akan ditangkapnya. Perjalanan ke kawasan Gunung Panti tu memang agak dalam dan jauh. Ada lah dalam 30km jarak dari rumahnya.

Dah hampir masuk waktu Asar, baru Zainal sampai ke sebuah kampung, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dan dia terpikir, "karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak nak solat Asar".

Tak lama kemudian Zainal nampak sebuah surau yang agak uzur dan usang kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Memang agak menyeramkan melihat kawasan tu.

Zainal segera mengambil air wuduk dengan tergesa-gesa, sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.

Zainal terus melangkahkan kakinya ke dalam surau dan terus solat. Dia pon mula bersolat macam biasa. Semasa Zainal di rakaat yg kedua, tiba-tiba terdengar bunyi suara orang gelak ketawa. Bulu romanya tiba-tiba naik meremang, "Hish, sapa pulak yangg gelak-gelak tu?" bisik hati Zainal. Setiap kali Zainal melakukan sujud, Zainal terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Zainal mula tak sedap hati dan mengesyaki surau nie berhantu, sebab dah uzur sangat. "Sapa pulak yang duduk kat tengkuk aku nie?" katanya didalam hati dengan perasaan yang takut.

Sedaya-upaya Zainal menenangkan hatinya. Kalau boleh, Zainal ingin segera solatnya diselesaikan dan beredar dengan segera. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orag ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur! Zainal dah berada di tahiyat yang terakhir. Selesai saja memberi salam ke kanan dan ke kiri, Zainal meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu. Kemudian tiba-tiba Zainal tersedar.

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh je ke belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang Asar dok gelakkan dia sebab Zainal sembahyang memakai helmet. Patut ler dia rasa berat semacam je kepala dia tu. Terus hilang perasaan takut dia tu.

Dengan perasaan malu berbaur bengang, terus Zainal meninggalkan surau tersebut macam tu je. Tak jadi dia nak pergi memburu ayam hutan. Dia pulang semula ke kampungnya dan berkata "sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah" 
*hakhakhak :P

Cerita nie hanyalah rekaan semata-mata. Tiada yang kaitan antara yang hidup mahupon yang dah meninggal dunia . Kalau ada pon itu hanyalah ke kebetulan saja :)

P/S: Korang janganlah sampai macam tu sekali ye, kang tak memasal sembahyang jadi tak khusyuk disebabkan bunyi orang ketawa. haha

Jom Baca kisah nie pulak! hikhik

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP