Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM Ambilan Jun 2012
Monday, 30 April 2012

"Bukan Sekadar Blog Biasa.."

Versus nie merupakan rancangan realiti. Ianya berbeza dengan rancangan realiti yang lain, takde penyingkiran diadakan. Sistem penilaian pulak adalah berdasarkan dua landasan iaitu sistem undian menerusi (SMS) dan juga daripada juri profesional.
Populariti dan ‘fanbase’ lima kumpulan hebat ini bergantung kepada kebolehan mereka memberikan kelainan dalam tugasan mingguan.
Juri profesional yang terlibat terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque pula sebagai juri tetap dan seorang lagi juri jemputan mingguan yang berpengalaman dalam bidang muzik. Nama Jennifer Thompson tidak asing lagi dalam bidang muzik yang mana beliau mempunyai pengalaman yang begitu mendalam dan telah menyaksikan sendiri perkembangan atau evolusi muzik tanahair. Loque berkelulusan Kejuruteraan Audio daripada University of Berkeley, mewakili generasi baru ahli muzik yang sentiasa ingin meningkatkan lagi taraf muzik tanahair.
Bakal bersiaran selama 8 minggu, setiap episod konsert mingguan akan menyaksikan persaingan para peserta bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah utama bernilai RM200,000. Setiap minggu, satu tema akan ditentukan dan para peserta diberi lagu yang perlu digubah mengikut kemahiran dan kreativiti masing-masing. Masa yang diberi adalah selama seminggu dan para peserta akan membuat persembahan di konsert mingguan sebagai medan penilaian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog yul aje.
Pada 20hb Februari yang lalu, yul ada mengikuti temuduga lisan Pegawai Bomba & Penyelamat Malaysia Gred KB17 buat kali kedua. Masa tu yul tak sempat nak menulis dekat sini. Huhu. Sebelum nie yul pernah juga mengikuti temuduga yang pertama, tapi keputusannya gagal. Orang kata, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya. Tetapi ianya adalah tunjang untuk kita menuju kejayaan. Mungkin masa tu juga yul agak gementar sikit kot. Yela, pertama kali masa tu temuduga government.
Yul sengaja je membuka e-mail kot-kot ada perkara penting kew. Yela, e-mail dibuka pon beberapa kali je dalam masa setahun. Malas nak bukak belek satu-satu. Haha. Sedang khusyuk membuka dan membaca e-mail, tiba-tiba je terpampang ayat Keputusan Temuduga Bomba di celah-celah tajuk utama e-mail. Tak sangka pulak yang keputusan temuduga tersebut telah pon keluar. Ingatkan belum keluar lagi. Berdebar-debar jugak hati yul untuk membuka dan membaca isi kandungan email tersebut. Huhu. Tanpa disangka-sangka, akhirnya yul telah lulus juga dalam temuduga tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Akhirnya, dapat jugak yul menaip disini setelah sekian lama dah tak menaip-naip nie. huhu. Rindu tu memang rindu untuk menulis kembali. Tapi apakah daya. Almaklumlah, orang bekerja tak sama seperti orang belajar. Lagi-lagi kerja di dibidang perhotelan seperti yul nie, memang akan sentiasa sibuk. Bangun pagi-pagi je terus pergi kerja dan pulang lewat tengah malam. Bila dah sibuk, semestinya jarang mempunyai masa untuk berblogging dan sekali gus memudarkan semangat yul untuk menulis semula disini. Kalau off day pon, masa akan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Huhu.
![]() |
| Back To School? o.O |
Assalamualaikum. Dah lama yul tak update kat blog nie. Rasanya hampir 3 bulan kot. Fuh, lama jugak tu kan kan kan. Maklumlah, musim cuti sekolah. Agak sibuk sedikit dengan pekerjaan sehinggakan blog terbiar begitu sahaja tanpa dikemaskini. Kalau ada masa pon malas nak update sebab tiada mood. Dah lama tak menaip, memang malas lah kan jadinya. Tapi hari ini, Alhamdulillah, akhirnya semangat untuk menulis dah datang kembali. Walaupon semangat tu masih ditahap 'low' , tapi takpe lah. Orang kata ianya sebagai penyuntik semangat. Ok la daripada takde an. huhu. Terasa rindu pula dalam dunia blogging ini.
Sedar tak sedar, dah setahun jugak yul bermain blog nie, haha. Macam tak percaya je. Dan, ini adalah entri pertama yul pada tahun ini. Teringat pulak sewaktu masa mula-mula berblogging. Alahai, rindunye. Sedar tak sedar jugak, followers dah semakin meningkat walaupon ianya agak ciput kalau nak dibandingkan dengan bloggers yang lain. Tapi takpelah, tu semua tak penting. Bagi yul, followers yang ada nie cukup membuatkan yul terharu sebab ada jugak orang yang sudi follow blog yul aje nie yang tak sebarapa nie an. hehe.
Entri nie agak ringkas dan mudah je. Yul tak nak lah menulis panjang-panjang, lebar-lebar dan berjela-jela. Cukuplah entri nie sebagai permulaan untuk berblog kembali je. Apa-apa pon, yul nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada korang semua. Semoga tahun ini lebih baik, lebih elok, lebih-lebih lagi daripada tahun sebelum-sebelumnya. hehe ;D
Dalam video ini, mereka telah menguji ketahanan telefon bimbit iPhone 4S vs Samsung Galaxy SII untuk melihat yang mana satu kah lebih tahan lasak. Samsung Galaxy SII menunjukan bahawa ianya lebih lasak dan mempunyai sedikit calar sahaja walaupon ianya dijatuhkan dengan secara sengaja dengan ketinggian yang tertentu. Tidak seperti iPhone 4S yang pecah dan calar-balar walaupon ketinggian dijatuhkan kelantai adalah sama seperti Samsung Galaxy SII . Jadi, kesimpulannya, kalau korang menginginkan telefon bimbit yang canggih tapi yang tahan lasak bolehlah beli Samsung Galaxy S. Haha.
P/S: Jangan balik nanti korang cuba pulak ye. hikhiks. Segala apa yang berlaku tidak akan bertanggungjawab :)Read more...
VIDEO :SUKU AKHIR KEDUA PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA 2011 14 OKTOBER
Misi Kelantan memburu kemenangan dan jaringan untuk mengatasi jumlah argregate Terengganu lebur,apabila mereka sekadar seri 2-2 kepada Terengganu dilaman sendiri,Walaupun Kelantan menguasai permainan tetapi 2 gol terbaik mereka digagalkan oleh tiang gol dan juga kecekapan penjaga gol Terengganu.Dibawah merupakan sedutan video perlawanan
Dalam keghairahan membara,Kelantan tersentap apabila Terengganu memperolehi gol awal melalui Ashaari Samsudin pada minit 18 dan minit 39.
Di Separuh masa kedua,corak dan rentak permainan Kelantan berubah,hasil daripada perubahan ini mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Azamudin Akil minit 54,dan gol penalti oleh Badhri Razri.
Walaupun perlawanan berkedudukan seri,Namun Kelantan tewas melalui argregate 3-5.Sekaligus membolehkan Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya
ahaha. nie barulah yang boleh dikatakan pengakuan sebenar seorang hamba allah yang rasa bersalah kerana telah memijak dan membunuh sarang semut. Tak sangka pulak yang media akhbar juga sanggup menerbitkan berita macam nie. Nak cakap kelakar pon tak jugak. Tapi jarang-jarang manusia berasa bersalah terhadap serangga seperti semut. Kalau macam kucing, hamster dan lain-lain haiwan tu boleh lah diterima lagi. Tapi serangga? Hurm.. Apa-apa pon, statement nie cukup membuatkan yul tersenyum. hekhek :P
P/S: pewaris kak limah kew nie? hekhekRead more...
Filem lucah kah? Haha. Kebiasaannya klip 3gp sering dikaitkan dengan adegan aksi rakaman video lucah dan seks. Dalam filem Klip 3GP,One Nation Emcees adalah pelakonnya.Turut berlakon bersama mereka bekas anggota kumpulan terbabit, Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae), selain Zahiril Adzim, Fikhree Abu Bakar, Adeline Anthony, Amanda Misbun dan Sara Ali.
Sinopsis
Klip rakaman 3gp kebiasaanya dirakam menggunakan telefon bimbit untuk tujuan yang kebanyakkannya tidak berfaedah. Ramai juga pasangan yang melakukan hubangan sulit merakam adegan lucah mereka dengan menggunakan telefon bimbit.Trailer klip 3gp
Simpanan video peribadi tersebut akhirnya tersebar dilaman internet akibat daripada kecuaian masing-masing.
Filem Klip 3GP ini sebenarnya ditulis oleh Sofea Aliza. Ianya menggabungkan empat penceritaan yang mempunyai kisah tersendiri. Kisah pertama mengenai Eddie yang mengecapi kejayaan perniagaan internetnya pada usia seawal 20-an. Kisah kedua pula mengenai Maya Akhtar, seorang wartawan yang komited terhadap kerjayanya, menjadi mangsa ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.
Kisah ketiga pula mengenai Suria, Mina dan Zakiah, tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu menjadi satu peristiwa yang menyeramkan apabila mereka diburu makhluk mengerikan.
Manakala kisah terakhir mengenai Sandra, seorang pelajar yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri. Suatu hari, Sandra diperkosa beramai-ramai oleh geng motosikal yang dianggotai oleh Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Kejadian perkosaan itu dirakamkan geng itu melalui kamera telefon bimbit Jefri.
Kehidupan watak yang berbeza ini akhirnya bersulam dan berkait melalui pembocoran klip 3GP mereka kepada masyarakat melalui internet dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.
48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar
Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Tarikh tutup atau akhir permohonan matrikulasi sesi 2012/2013 dilanjutkan sehingga 20 november 2011. Perkara ini diumumkan oleh bahagian matrikulasi kementerian pelajaran. Pendaftaran melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my itu hanya dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dengan membeli nombor pengenalan individu yang berharga RM6 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.
| Gambar kiasan |
Bajet 2012 telah pon dibentangkan semalam oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Belanjawan itu mencakupi semua bidang selain menyentuh hati semua peringkat rakyat sama ada petani, nelayan, pesara, pegawai kerajaan dan sebagainya. Dalam belanjawan bajet 2012 ini, perhatian utama ialah untuk mengurangkan beban rakyat di pelbagai peringkat.
"Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah"
- Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000Kakitangan Awam
- 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
- Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat
- Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratusPesara Kerajaan
- Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
- Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
- Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas dan polis tambahanSektor Swasta
- Kenaikan pencen 2 peratus setahun
- Bayaran bantuan RM500
- Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratusWarga Emas
- Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
- Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta
- Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1MalaysiaTangani Inflasi
- Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000Pelajar
- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
- Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion
- Yuran sekolah percumaPeneroka FELDA
- Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
- Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan
- FELDA Global Ventures Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat globalRead more...
- Peneroka akan dapat durian runtuh
Perlawanan bolasepak Malaysia vs Australia yang diadakan di Stadium Canberra, Australia telah memberikan keputusan yang menghampakan bagi peminat bolasepak tanah air. Skuad Socceroos telah menundukkan Harimau Malaya dengan jaringan 5-0 pada perlawanan persahabatan sebentar tadi. Yul pon sudah dapat menduga yang Malaysia akan tewas pada perlawanan ini. Dengan kedudukan ranking Fifa Malaysia yang jauh berbeza dengan Australia, memang wajarlah Malaysia kalah. Terbukti pasukan Australia jauh lagi unggul daripada Malaysia. Apa-apa pon, mereka semua sudah melakukan yang terbaik untuk Malaysia. Yul bangga dengan pasukan Malaysia!
Jaringan sulung Socceroos telah dijaringkan oleh Wilkshire pada seawal minit ke-3 sebelum Kennedy menambah gol lagi terhadap pasukan kendalian K Rajagobal pada minit ke-33 dan 45. Pemain Australia, Brosque melengkapkan senarai penjaring perlawanan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-39 dan 69.
Berikut adalah video highlight Malaysia vs Australia
P/S: Walaupon kalah, Malaysia tetap terbaik!Read more...
Pengasas, Apple Inc iaitu Steve Jobs yang telah pon meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat sakit kanser pankreas baru-baru ini(6 Oktober 2011). Steve Jobs meninggal dunia setelah melancarkan keluaran model telefon bimbit terbarunya, iPhone 4S.
Kematian Jobs berlaku ketika Apple Inc. berada di kemuncak kegemilangannya sebagai pengeluar gajet telekomunikasi terbesar di dunia. Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan dan genius, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang menakjubkan yang setanding dengan Albert Einstein.
Kematian Steve Jobs bakal mencatat rekod apabila pengagum dan peminat teknologi menjadikan Internet sebagai saluran menyatakan kesedihan mereka. Sebanyak lima daripada 10 topik dipos di laman media sosial adalah mengenai Jobs, termasuk menggunakan kata kunci #ThankYouSteve dan #iSad dalam Twitter.
Dua daripada kenyataan popular Jobs - Think Different dan Stay Hungry - juga menjadi pilihan pengguna Internet sehingga sempat menyebabkan Twitter sesak seketika akibat penggunaannya yang meluas. Penganalisis media sosial berkata, Jobs berpotensi memecah rekod sebagai isu paling banyak diperkatakan dalam sejarah Internet.Agensi pemantau SR7 menganggarkan, nama Jobs disebut 10,000 kali sesaat di Twitter dan dijangka kadar itu terus meningkat.
Pengasas bersama SR7, Peter Fraser, berkata mereka menunggu kenyataan rasmi Twitter tetapi berdasarkan kepada jumlah yang dipantau, ia mungkin memecah rekod sedia ada.Rekod terkini dipegang penyanyi Beyonce Knowles yang mencatat 8,868 pos sesaat apabila dia mengumumkan kehamilannya.
Legenda gajet itu dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Franciso oleh seorang ibu tunggal dan diambil sebagai anak angkat oleh satu pasangan di Mountain View ketika baru berusia beberapa hari.Beliau berusia 21 tahun apabila mencipta Apple Computer bersama Steve Wozniak, 26, di garaj keluarganya pada tahun 1976.
Di bawah Steve, syarikat tersebut memperkenalkan komputer Apple pertama dan kemudiannya Macintosh yang menjadi popular pada tahun 1980-an. Jobs meninggalkan Apple pada 1985 selepas berlakunya perebutan kuasa. Jobs kemudian memulakan syarikat NeXT Computer yang mengkhusus dalam perisian stesen kerja yang canggih untuk perniagaan.
Sejak itu, kegemilangan Apple pudar. Namun ia kembali pulih pada tahun 1996 apabila Apple membeli NeXT Computer pada harga $429 juta (RM1.2 bilion). Apple semakin kukuh apabila Jobs merombak strategi Macintosh, merevolusi budaya moden dan melancarkan pasca era komputer peribadi yang memberi laluan kepada alat mudah alih pintar seperti iPod, iPhone dan iPad.
Jobs meninggalkan seorang balu, Laurene dan tiga orang anak.
![]() |
| 3 Nombor dibelakang ditutup bagi menjaga keselamatan mereka |
Sumber: Beautifulnara
Jep & Shuib (Sepah) Tubuh Sepahtu Tanpa Mamat
Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.
Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.
“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.
“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.
“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.
“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.
“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya.
“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.
“Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.
“Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.
“Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single “Cinta Itu Nyawa” yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah,” kata Sheikh Qalam.
“Semua aktiviti seni Sepahtu seperti lakonan, persembahan, album dan iklan akan diuruskan oleh MW Entertainment,” ujarnya lagi.Read more...
Tadi yul ada terbaca berita diakhbar tempatan mengenai kerakusan manusia yang sanggup menyeksa lalu membunuh anjing rakun yang tidak berdosa itu. Kesian pabila melihat binatang tersebut diperlakukan sedemikian. Hanya kerana kulitnya yang berharga, binatang tersebut dibunuh tanpa belas kasihan. Kalau korang menonton videonya, rasanya tak sampai habis kot. Sedih!
Disini yul kongsikan sekali video Anjing Rakun yang di seksa.
Berikut adalah berita mengenai Anjing Rakun yang yul baca.
![]() |
| Anjing rakun dipijak dan diseksa |
BEIJING: Imej menjengkelkan ini menunjukkan anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit haiwan tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem ini menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan. Kulit anjing rakun yang masih hidup dan bergerak ini ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.
Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menendang serta menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan. Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.
But kulit haiwan tiruan telah membanjiri pasaran dunia dan boleh didapati di internet serta kedai kasut. Kebanyakannya dieksport ke Britain. Di Australia, di mana but asli kulit haiwan dibuat - ia dijual dengan harga hingga 200 pound (RM1,000). Terdapat pengharaman terhadap pengimportan kulit anjing tempatan dan kulit kucing sejak 2004 tetapi kulit anjing rakun masih dibawa masuk. Siasatan dilakukan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (HSI) mendapati sepasang but kulit haiwan tiruan mengandungi kulit rakun walaupun mempunyai label ‘kulit biri-biri Australia’.
Pengarah HSI, Verna Simpson berkata, puluhan produk, selain but itu menggunakan kulit anjing rakun yang diimport - dan dalam kes lain turut menggunakan kulit anjing. -hmetro-
![]() |
| BUT kulit haiwan asli yang dibuat daripada kulit biri-biri di Australia. |
Apple Inc baru sahaja mengumumkan telefon pintar model terbarunya iaitu iPhone 4S pada majlis pelancaran di ibu pejabat Apple, California awal pagi tadi.
Ianya merupakan pembaharuan dalam versi iPhone 4S, tetapi bukannya telefon pintar generasi baru yang dinanti-nantikan iaitu iPhone 5. Telefon pintar baru ini juga dilengkapi dengan perisian mudah alih baru, IOS 5, yang berupaya untuk menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows.
Apple turut memuatkan aplikasi ‘pembantu peribadi’ baru diberi nama Siri, yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti, “Do I need an umbrella today?“ (Adakah saya memerlukan payung hari ini?), sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.
Berikut adalah perbezaan iPhone 4S, iPhone 4 dan iPhone 3
Sudahkah korang menonton video dibawah ini? Temuduga diantara Tun Mahathir Mohamad bersama seorang wartawan di Studio BBC. Yul tak pasti bilakah video ini diambil dan tarikh ianya dipaparkan di BBC. Yang pastinya, kewibawaan Tun Mahathir masih terus menjadi perbualan orang ramai, walaupon beliau sendiri telah pon bersara.
Video dibawah ini menunjukan bahawa beliau dengan mudahnya mematahkan perdebatan dengan wartawan BBC sehinggakan wartawan itu terpaksa mengalihkan ke topik yang baru. Apa-apa pon, korang tengoklah dahulu untuk mengetahui isi video ini. :)
P/S: Kalaulah pemimpin sekarang ini sama seperti Tun Dr Mahathir, hurm..Read more...
© Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016
Back to TOP