Suka!

Kes Pembunuhan Nurrahayu Qomarodin Bajuri Dibakar Dan Dikerat | Mayat Gadis Berusia 16 Tahun Di Bunuh Kejam Di Seri Alam, Masai

Wednesday, 6 July 2011

Al-fatihah kepada Allahyarham Nurrahayu Qomarodin di atas pemergiannya. Sungguh tidak berkeperimanusiaan! Kejam betul mereka! Itulah antara kata-kata yang yul dapat lontarkan selepas membaca berita di akhbar online tentang kematian seorang gadis berusia 16 tahun di Seri Alam, Masai, Johor yang mati dibunuh dengan begitu kejam dan ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.

Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi berlainan iaitu di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kelmarin.

Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya iaitu di pekan Seri Alam, Masai. Allayarham hilang selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada jam 2 pagi, 14 Jun yang lalu. Ibu angkat Nurrahayu, Juliana Jumail tidak menyangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.


Dia juga tidak menyangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya merupakan Ayu selepas melakukan pengecaman di Hospital Sultanah Aminah. Pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis tersebut yang memiliki tubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.

Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.

Pihak polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan kejam Nurrahayu. Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun untuk membantu siasatan. Lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan mempunyai lapan rekod jenayah pada masa lepas termasuklah menyerang, menculik dan mencuri.

Berita nie yul copy dan olah dari Mstar. Kejadian nie berlaku berhampiran dengan tempat kerja yul. Tak jauh manapon. Jadi, yul kongsikanlah berita nie kepada korang semua. Apa-apa pon,Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan. Tunggu sahaja siasatan daripada pihak polis, harap-harap, pembunuh tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya itu.

Read more...

Statistik Blog Yul Aje June 2011 | Analisis Trafik

Tuesday, 5 July 2011

Untuk pengetahuan korang semua, entri ini merupakan analisis traffik pertama kali yang yul paparkan di blog ini. Sebelum ini, yul memang tidak pernah memaparkan mahupon berkongsikan kepada korang semua. Maklumlah, traffik ciput je, buat apa nak dipaparkan. Betul tak? Tapi tak apalah, itu semua tak penting. Traffik banyak kew, sedikit kew, beriban kew, itu semua belakang cerita. Yang penting blog kita mempunyai daya tarikan tersendiri dan dapat berkongsikan cerita, info atau apa-apa sahaja kepada para pembaca. Jadi, apa salahnya sekiranya yul menganalisis blog ini kan kan? Ianya hanyalah sekadar selingan dan perkongsian yul untuk korang semua. Manalah tau kot-kot ada pengiklan yang nak beriklan kat sini kew? haha. :P

trafik pada bulan JUNE 2011


Berikut merupakan analisis traffik blog yul ini di nuffnang pada bulan JUNE. Prestasi blog yul menurun secara mendadak sehingga menyebabkan traffik terus menjunam secara tiba-tiba. Seperti tak percaya je yang traffik yul menjunam sehingga begitu sekali. Tetapi memang patut la yul dapat sedikit seperti yang dipaparkan. Kesibukan yang melanda membuatkan traffik yul tidak seperti dahulu lagi. Kenapa ini semua boleh terjadi? Haha. 


Kebanyakan trafik blog yul semuanya berasal daripada google, ataupon lebih dikenali sebagai SEO. Hanya berbekalkan 7 entri yang di publishkan pada bulan lepas, blog ini telah meraih 7009 PV(pageviews) dan 3488 UV(unique visitor) yang dapat dikumpulkan bermula dari 5 June 2011 sehingga kini 5 July 2011. Sangat sedikit bukan? Menyedihkan betul. Tapi kira ok la tu kan? Cuma berbekalkan 7 entri je, yul dah dapat trafik macam tu. huhu


Melihat trafik yang sebegini, ianya tidak mematahkan dan melunturkan semangat yul untuk terus menulis. Apalah sangat trafik macam nie kan? Tapi yul bersyukur. Sekurang-kurangnya, blog ini masih juga mempunyai pembaca walaupon tidak ramai. haha. Ianya membuatkan semangat menulis yul semakin berkobar-kobar dan cuba berusaha untuk mendapatkan trafik yang tinggi seperti dahulu. hehe.

Read more...

Kembalikan Mood Berblogging | Kagum Dengan Sesetengah Bloggers Malaysia.

Monday, 4 July 2011

Lama juga yul tak update blog nie. Hampir dua minggu kot yul tak kemaskini. Kesibukan kerja menghalang segala-galanya daripada untuk terus menulis. Yela, bila kita bekerja, kadang-kadang kita akan sibuk, dan kadang-kadang pula kita tidak sibuk. Bayangkan bulan lepas sahaja (JUN), yul hanya dapat mempublish 7 entri sahaja. Tak sampai 10 pon. Kalau orang lain dah dekat beratus kot. huhu. Betapa sibuknya yul dengan pekerjaan masa tu. Kebiasaannya yul akan dapat publish lebih 30 entri dalam masa sebulan. Sedih pula melihat keadaan blog ini yang kini kian semakin sepi tanpa pengunjung dan entri baru. Bila blog tak diupdate, pembaca pon kurang dan serta merta traffik terus menjunam dan akhirnya berkecai. Melihat statistik traffik nuffnang, rasa dah meluat dah, seperti malas pulak nak berblogging.



Banyak jugak rintangan dan dugaan dalam menulis nie eh. Itu baru dugaan dari segi masa, belum yang lain-lain lagi. Ikutkan kehendak hati, nak aje yul bersara dari dunia blogging. Sehinggakan saya_mejai suruh yul jual je blog nie. Cis! sungguh kejam betul dia tu. Tidak akan ku jual blog ini walau harga seringgit pon. Apatah lagi dua ringgit. Sudah tentulah yul tidak akan menjualnya walau apa jua sekali pon. huhu. Tetapi bila direnung-renungkan kembali. Lebih baik yul meneruskan menulis. Sekurang-kurangnya masa yul tak lah disia-siakan begitu sahaja. Dengan menulis juga, yul dapat berkongsi cerita, info terkini kepada pembaca semua. Betul tak?
Yul kagum dengan sesetengah blogger-blogger yang sudah bekerja di Malaysia yang gigih menulis seperti cikgudahlia, ben ashaari dan lain-lain lagi. Walaupon mereka telah berkerjaya, tetapi mereka masih lagi dapat mengemaskini blog-blog mereka. Tak kira masa, dimana mereka berada, masih lagi sempat mengupdate blog. Cayalah sama mereka!


Yul harap-harap mood berblogging kembali seperti dahulu. Teringin nak menikmati syoknye blogging. Nak dapat traffik beriban-riban. Nak pembaca berjuta-juta. Nak semuanya lah! Boleh kew? Insyallah boleh sekiranya mood blogging yul nie tak berbelah bahagi. Akan ku teruskan hajatku ini untuk mencapai target ku itu. haha ;P

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP