Suka!

Showing posts with label Preview. Show all posts
Showing posts with label Preview. Show all posts

Filem Bini-Biniku Gangster Sinopsis Dan Juga Trailer | Bakal Ditayangkan!

Friday, 8 July 2011

Kalau dilihat dari segi tajuk filem ini 'Filem Bini-Biniku Gangster' nampak seperti gempak bukan? Pengarah-pengarah sekarang lebih cenderung mengeluarkan filem yang bergenrekan aksi dan juga gangster seperti filem kl gangster, pe3, libas dan lain-lain lagi. Filem Bini-Biniku Gangster ini merupakan filem dibawah arahan Ismail Bob Hashim yang sebelum ini beliau pernah mengarah filem ngangkung tu keluaran Metrowealth Production Sdn. Bhd. Bergenrekan aksi, komedi yang tarikh tayangannya bakal ditayangkan pada 22 September 2011 ini. Durasi filem ini tidak lah lama mana pon, hanya berdurasi selama 92 min sahaja.

Menampilkan pelakon-pelakon seperti Shaheizy Sam sebagai Herry, Yana Samsudin sebagai Manja, Intan Ladyana sebagai Reanna dan juga Zul Handy Black sebagai Muza.
Dibawah ini yul sertakan sekali sinopsis berdasarkan filem tersebut - Bini-Biniku Gangster.


Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam. 
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
Bini-Biniku Gangster Launching



Trailer untuk filem ini yul masih tak dapat jumpa lagi. Hanya ini sahaja yang yul dapat jumpa. hehe. Apa-apa pon kita tunggu je nanti dipawagam. 

Read more...

Filem PE 3 Mempunyai Unsur Pekida? | Preview Pelan Ketiga

Thursday, 16 June 2011

Selepas mengarahkan filem V3: Samseng Jalanan dan juga kongsi, Kini filem terbaru bertajuk PE 3 arahan Farid Kamil akan ditayangkan tidak lama lagi. Filem PE 3 nie merupakan singkatan daripada ayat PELAN KETIGA. Ianya merupakan filem ketiga arahan FARID KAMIL sendiri. Filem bergenre komedi aksi ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Farid Kamil, Diana Amir, Along Eyzendy dan ramai lagi yang padat dengan aksi dan komedi segar.

Filem ini mengisahkan sekumpulan penjenayah berprofil tinggi, diketuai MEGAT (Farid Kamil) yang melakukan rompakan, pemalsuan kad kredit dan pencurian kereta mewah di sekitar Pulau Pinang.
Adakah filem ini terdapat juga unsur kod rahsia PEKIDA seperti filem KL GANGSTER dan juga KONGSI? Entahlah, yul pon tak tahu juga kisahnya bagaimana. Adakah warna dan ayat di wallpaper tersebut menjadi isu ? Yang penting kita jangan terlalu beranggapan yang bukan-bukan dan jangan cepat menuduh tanpa memeriksa.


PeIII Review by Farid Kamil
Video berikut merupakan Preview oleh Farid Kamil mengenai filem tersebut. Sinopsis mengenai cerita tersebut yul pon tak tahu lagi, trailer pon tak keluar lagi. Apa-apa pon kita tunggu je nanti tayangannya. :)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP