Akhirnya! Temuduga Keduaku Berjaya!
Wednesday, 28 March 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog yul aje.
Pada 20hb Februari yang lalu, yul ada mengikuti temuduga lisan Pegawai Bomba & Penyelamat Malaysia Gred KB17 buat kali kedua. Masa tu yul tak sempat nak menulis dekat sini. Huhu. Sebelum nie yul pernah juga mengikuti temuduga yang pertama, tapi keputusannya gagal. Orang kata, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya. Tetapi ianya adalah tunjang untuk kita menuju kejayaan. Mungkin masa tu juga yul agak gementar sikit kot. Yela, pertama kali masa tu temuduga government.
Yul sengaja je membuka e-mail kot-kot ada perkara penting kew. Yela, e-mail dibuka pon beberapa kali je dalam masa setahun. Malas nak bukak belek satu-satu. Haha. Sedang khusyuk membuka dan membaca e-mail, tiba-tiba je terpampang ayat Keputusan Temuduga Bomba di celah-celah tajuk utama e-mail. Tak sangka pulak yang keputusan temuduga tersebut telah pon keluar. Ingatkan belum keluar lagi. Berdebar-debar jugak hati yul untuk membuka dan membaca isi kandungan email tersebut. Huhu. Tanpa disangka-sangka, akhirnya yul telah lulus juga dalam temuduga tersebut.
Apa-apa pon, yul bersyukur kepada allah, kerana cita-citaku untuk menjadi seorang Pegawai Bomba akan tercapai jua kelak. Hehe. Kepada sesiapa yang berjaya, tahniah yul ucapkan. Yang tak berjaya tu, boleh cuba lagi dimasa akan datang. Masih banyak peluang lagi. Gagal sekali tu, bukanlah gagal selama-lamanya. Mungkin tiada rezeki. Walau apa pon, kena kuat semangat! Selepas nie, yul hanya menunggu surat tawaran pula sampai kerumah. Lepas nie dah bole bersara dah dari bidang perhotelan. Hihi ^^,
5 comments:
tahniah Yul dapat bomba 2, hehe. :D
sya x pernah mghadiri temuduga..huhu
@kira kekuri, hihi, thx sya :)
salam
bilalah rezeki saya ek..hehe
tahniah..kita jumpa di akademi bomba wakaf tapai 2hb mei ni..sy pon dpt jugak..
boleh la kongsi penghalaman yul..
Post a Comment