Suka!

Lamunan Terhenti- Hujan (Dubstep Remix) @Versus | Download MP3

Sunday 15 April 2012

Yul makin minat pulak dengan hujan nie. huhu. Dulu, yul tak berapa minat sangat, tapi sekarang ada lah sikit minat tu. Nie semua disebabkan oleh rancangan Versus yang disiarkan tadi petang. Versus nie merupakan rancangan realiti. Rasanya pertandingan mengubah musik antara band-band kot. Lebih kurang macam tu lah. Huhu. Yul lampirkan serba sedikit mengenai Versus nie.
Versus nie merupakan rancangan realiti. Ianya berbeza dengan rancangan realiti yang lain, takde penyingkiran diadakan. Sistem penilaian pulak adalah berdasarkan dua landasan iaitu sistem undian menerusi (SMS) dan juga daripada juri profesional.

Populariti dan ‘fanbase’ lima kumpulan hebat ini bergantung kepada kebolehan mereka memberikan kelainan dalam tugasan mingguan.

Juri profesional yang terlibat terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque pula sebagai juri tetap dan seorang lagi juri jemputan mingguan yang berpengalaman dalam bidang muzik. Nama Jennifer Thompson tidak asing lagi dalam bidang muzik yang mana beliau mempunyai pengalaman yang begitu mendalam dan telah menyaksikan sendiri perkembangan atau evolusi muzik tanahair. Loque berkelulusan Kejuruteraan Audio daripada University of Berkeley, mewakili generasi baru ahli muzik yang sentiasa ingin meningkatkan lagi taraf muzik tanahair.

Bakal bersiaran selama 8 minggu, setiap episod konsert mingguan akan menyaksikan persaingan para peserta bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah utama bernilai RM200,000. Setiap minggu, satu tema akan ditentukan dan para peserta diberi lagu yang perlu digubah mengikut kemahiran dan kreativiti masing-masing. Masa yang diberi adalah selama seminggu dan para peserta akan membuat persembahan di konsert mingguan sebagai medan penilaian.

Yang paling best tadi, yul rasa black & Pallrax dengan hujan, huhu. Hujan menyanyikan lagu bertajuk lamunan terhenti yang juga merupakan nyanyian asal aris ariwatan. Sekali dengar, terus nak dengar berulang-ulang kali je. Memang best dengar lagu tersebut. Sebab dia pandai mengubah lagu menjadi lebih menarik tanpa mengubah lirik. Cuma ubah versi musik die je. boleh dikatan best jugak lah.

Kalau korang tak caya, cubalah dengar. Best! huhu.

Bagi yang nak download lagu tersebut, korang boleh klik Muat Turun Sekarang dibawah ini.
Download
Hujan - Lamunan Terhenti

3 comments:

Anonymous,  15 April 2012 at 22:44  

mana boleh tukar lirik. just tukar arrangement music lagu je, melodi pun diaorang tak ubah sangat.

Anonymous,  21 April 2012 at 12:32  

cam ne nak download xleh po..

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP