Suka!

Welcome 2012, Good Bye 2011 - In Memory

Sunday 1 January 2012

Assalamualaikum. Dah lama yul tak update kat blog nie. Rasanya hampir 3 bulan kot. Fuh, lama jugak tu kan kan kan. Maklumlah, musim cuti sekolah. Agak sibuk sedikit dengan pekerjaan sehinggakan blog terbiar begitu sahaja tanpa dikemaskini. Kalau ada masa pon malas nak update sebab tiada mood. Dah lama tak menaip, memang malas lah kan jadinya. Tapi hari ini, Alhamdulillah, akhirnya semangat untuk menulis dah datang kembali. Walaupon semangat tu masih ditahap 'low' , tapi takpe lah. Orang kata ianya sebagai penyuntik semangat. Ok la daripada takde an. huhu. Terasa rindu pula dalam dunia blogging ini. 


Sedar tak sedar, dah setahun jugak yul bermain blog nie, haha. Macam tak percaya je. Dan, ini adalah entri pertama yul pada tahun ini. Teringat pulak sewaktu masa mula-mula berblogging. Alahai, rindunye. Sedar tak sedar jugak, followers dah semakin meningkat walaupon ianya agak ciput kalau nak dibandingkan dengan bloggers yang lain. Tapi takpelah, tu semua tak penting. Bagi yul, followers yang ada  nie cukup membuatkan yul terharu sebab  ada jugak orang yang sudi follow blog yul aje nie yang tak sebarapa nie an. hehe.


Entri nie agak ringkas dan mudah je. Yul tak nak lah menulis panjang-panjang, lebar-lebar dan berjela-jela. Cukuplah entri nie sebagai permulaan untuk berblog kembali je. Apa-apa pon, yul nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada korang semua. Semoga tahun ini lebih baik, lebih elok, lebih-lebih lagi daripada tahun sebelum-sebelumnya. hehe ;D

2 comments:

nasir hamzah 21 February 2012 at 12:49  

lama tunggu update blog yul, enrty banglo hilang tu menarik sampai sy gi terjah ke sana.. tq yul...

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP