Bayi Cedera Di Muka Ketika Dilahirkan Di HTAR
Friday 16 September 2011
Yul ada terbaca satu artikel yang amat sedih dan menyayat hati, yang mana, seorang bayi yang baru dilahirkan terdapat kesan luka dibahagian muka. Kesian pabila melihatnya. Apa yang menyebabkan bayi ini menjadi macam nie, yul pon tak berapa pasti. Polis pon masih menyiasat kejadian ini.
Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.
Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.
Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.
“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.
Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.
“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber:BHarian
P/S: Mana-mana suami-isteri semestinya ingin mengetahui dan melihat keadaan anaknya. Kesian bayi ini, sungguh malang nasibnya. Harap-harap, baby nie dalam keadaan baik dan sihat hendaknya :(
2 comments:
kesian kat baby ngan dady n mummy dia.. :(
aku ni ANTI tol ngn manusia yg zalim pd budak kcik.. ade gk dgr kes cmtu.. bila parent btanya diherdik plak.. bangang punye orang... kalau dah gatal sgt nk jd doktor, keje lah elok2! cari rezeki halal.. jgn nak aniaya org.. jgn nk memekak keje doktor tkde rehat lah nk slamatkn nyawa org lah..bkn ko sorang doktor dlm dunia nih..! org tu btny sbb ssh ati.. tu kan ank dia.. cbe sok kalo kena kt anak ko plak cmtu jadinye.. ape ko rasa..?
Post a Comment