Suka!

(GAMBAR) Perodua Myvi Extreme 1.5L | Model Myvi Baru Dikeluarkan September 2011

Saturday, 10 September 2011

Perodua telah pon mengumumkan secara rasminya bahawa SE Myvi 1.5 akan dibuka untuk tempahan mulai 12 September 2011, Isnin depan. Sebanyak 178 bilik pameran Perodua yang akan diadakan di seluruh negara mulai 15 September 2011. Harganya pula akan diumumkan pada hari pelancaran kelak. Harga bagi model kereta Myvi 1.5 baru tidak dinyatakan beliau tetapi ia dikategorikan sebagai mampu dimiliki.



Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi 1.5 L itu hanya dikeluarkan secara eksklusif bagi pasaran Malaysia dan disasarkan kepada eksekutif muda serta di bandar yang mahukan kereta yang sporty dan premium sesuai dengan gimik pengenalannya, ‘Lagi Power Lagi Best’.


Model kereta Myvi 1.5 baru ini didatangkan dalam empat varian yang mempunyai transmisi manual dan automatik. Model baru itu juga menawarkan lima warna dengan warna terkini iaitu kuning Majestic.

Model kereta Myvi 1.5 baru ini diperkenalkan kerana terdapatnya permintaan tinggi daripada orang ramai yang mahukan sebuah Myvi yang mempunyai enjin berkapasiti besar dan ia hanya dikeluarkan di Malaysia buat masa ini.


Sejak Jun lalu, Perodua telah pon menerima sejumlah 34000 tempahan untuk Myvi baru 1.3, dan telah menghantar 18000 unit setakat ini. Myvi telah pon mengatasi Proton Saga dan menjadi antara jualan kereta yang terbaik di Malaysia menurut data MAA.

Read more...

(Video) Rompakan Di Kedai Mamak Di Seksyen 15, Shah Alam | Mamak Restaurant Robbery Section 15 Shah Alam

Thursday, 8 September 2011

Kejam sungguh pabila melihat gelagat perompak yang merompak di salah sebuah kedai mamak di shah alam yang berlaku sebelum hari raya 1 syawal menjelma. Rompakan tersebut berlaku pada 28 ogos 2011, sekitar pukul 4 pagi yang dirakamkan melalui kamera litar tertutup CCTV. Rompakan didalangi oleh lima lelaki yang tidak dikenali memakai topi keledar dengan membawa pisau dan parang.

Mereka juga dikatakan meluru kearah orang ramai sambil mengangkat parang serta menggugut kepada pelanggan disitu dan melarikan beberapa komputer riba dan barang berharga milik pelanggan kedai mamak tanpa merasa belas kasihan. Ramai pelanggan di kedai mamak tersebut berlari keluar sebaik sahaja melihat kelibat sekumpulan perompak yang membawa parang. 


Apa-apa pon, jadikannya ia sebagai pengajaran. Lepas nie, kalau korang hendak membawa komputer riba di kedai mamak kenalah berfikir terlebih dahulu. 


Berikut adalah video rakaman cctv rompakan di restoran mamak seksyen 15.

P/S:Kesan daripada rompakan ini, kebanyakkan kedai makan 24 jam seperti kedai makan mamak menjadi lengang selepas jam 12 malam.

Read more...

Borang Permohonan Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional 2012 | Kemasukan & Kelayakan Ke Kolej Vokasional

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang. Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula 5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.


Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional
Aliran Teknikal
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.
Aliran Vokasional
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.


Aliran vokasional menyediakan 17 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.


Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.


Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran Kemahiran
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Automotif, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan (Asas Kayu), Jurukerja Paip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing and Finishing, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Demi Chef, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Jurupemprosesan Makanan.
Kolej Vokasional
Kolej Vokasional pula menyediakan 14 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Elektrik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri

Berikut beberapa Syarat-Syarat Umum untuk memohon.

  • Pemohon hendaklah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 .
  • Kesihatan

I.Sihat tubuh badan.II. Bebas dari masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja kursus dan amali.

  • Pemohon bidang kejuteraan (elektrikal,mekanikal dan awam) mestilah tidak rabun warna

Syarat Khusus
Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan
Sumber : jawatankerajaan
Permohonan
Terdapat dua cara untuk memohon ke SMT dan SMV yang boleh dibuat:

Setiap permohonan hanya dibenarkan membuat pilihan satu sekolah/kolej dan dua kursus sahaja.
Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan SMV. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.


Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT/SMV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2011 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.

Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP