Suka!

Semakan Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pegawai Bomba Gred KB17 Tahun 2011 | Syukur Aku Lulus.

Thursday, 28 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Semakan Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pegawai Bomba Gred KB17 tahun 2011 boleh disemak mulai hari ini. Semua calon yang telah mengambil ujian Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pegawai Bomba Gred B17 baru-baru ini boleh membuat semakan keputusannya melalui laman web SPA di alamat  http://www.spa.gov.my dengan memasukan nombor kad pengenalan.

contoh semakan. yang nie yul punya.
Gambar diatas merupakan keputusan yang yul terima. Alhamdulillah yul telah berjaya mengikuti Peperiksaan tersebut. Yul telah lulus ujian yang telah diadakan di Balai Bomba Dan Penyelamat, Johor Bahru pada 16 March 2011, baru-baru ini. Rasa terharu sangat sebab tak menyangka yul telah berjaya dalam ujian tersebut.


Lepas nie yul cuma menunggu Tarikh untuk ditemuduga pula. Tarikh temuduga pon masih belum diketahui. Rasa berdebar-debar pulak menunggu tarikh temuduga tersebut. Mungkin dalam masa terdekat tarikh tu akan diberitahu kelak. Apa-apa pon, tahniah yul ucapkan kepada yang berjaya dalam peperiksaan tersebut. Semoga korang berjaya pula dalam temuduga bomba kelak. Bagi yang tak berjaya, jangan berputus asa. Kalau ada rezeki tak kemana. Kalau betul-betul minat dalam bidang nie, cubalah sehingga berjaya. Tahun depan ada lagi.


P/S: Hopefully yul berjaya pula dalam Temuduga akan datang. :)

Read more...

Semak Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi KPM | Cara Semak Melalui SMS

Wednesday, 27 April 2011

Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh disemak mulai Khamis ini.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan hari ini berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Oktober tahun lepas boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat 
www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.

Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.

Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pendaftaran pelajar ke matrikulasi akan diadakan pada 23 Mei ini dan pelajar yang berjaya memohon dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang pendaftaran di laman web KPM yang sama.

Bagi pelajar yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai hari semakan Khamis ini sehingga 13 Mei ini.

Read more...

Muzik Bergenre K-pop Menjadi Pilihan Remaja?

Tuesday, 26 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak kongsikan kepada korang semua mengapa Muzik K-pop digemari sekarang? Sebelum nie yul ada terbitkan entri mengenai filem korea dan jepun kan ? So, hari nie kita beralih kepada muzik pula. Kalau kita pergi berjalan, tak kiralah shopping complex, pam minyak, dan yang lai-lain lagi mesti akan kedengaran muzik bergenre k-pop berkumandang ditelinga. Tu lah yang yul selalu dengar bile berjalan. Ianya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah sudah menjadi satu budaya di kalangan generasi muda hari ini.


G.NA



Antara muzik jepun yang yul minati sehingga kini. Walaupon lagu nie dah lama, tapi ianya masih sedap didengar. Maaf ye, bukan lagu k-pop, hekhek


Yul lebih meminati lagu-lagu jepun kalau nak dibandingkan dengan k-pop. Kebiasaannya remaja-remaja sekarang yang meminati muzik-muzik k-pop nie. Ditambah dengan kewujudan media baru, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua ini. Korang kenal Rain dan Wonder Girls? (bukan wonderpets ok ;P) Mereka diantara artis k-pop yang sudah memahat nama mereka di persada seni Amerika.


Pengaruh muzik k-pop nie juga turut mendapat sambutan ialah seperti Afrika Utara, Asia barat, dan juga Australia. Jangan ingat cuma negara-negara asia tenggara je.
Kewujudan Muzik K-pop?
Semuanya dikatakan bermula kira-kira 20 tahun lalu, dengan penubuhan kumpulan Seo Tai-ji & Boys pada 1992. Kewujudan mereka mengubah landskap muzik negara itu. Dengan mengetengahkan konsep rap rock dan tekno, kumpulan berkenaan mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik Korea ketika itu.

Dua dekad kemudian, pelbagai nama dan bentuk muzik menghiasi dunia muzik negara terbabit. Semuanya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, dek fenomena yang sememangnya banyak mendatangkan laba buat artis dan syarikat yang menaungi mereka.
Antara muzik k-pop yang tengah hit sekarang nie. Sedap jugak ah.


Black And White- G.NA

Yul bukan lah minat sangat dengan muzik k-pop nie. Cuma tarian mereka yang yul tertarik. Memang stail abis tarian mereka tu.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP