Suka!

Persembahan Menarik Dato' Siti NurHaliza Dan Usop Wilcha Hantu Kak Limah Balik Rumah Pada Malam Penutup ABPBH 2010 - Video

Monday, 4 April 2011

Kehadiran Usop dan juga Johan Hantu Kak Limah Balik Rumah memeriahkan lagi suasana pada majlis pengumuman Bintang Paling Popular 2011. Melihat aksi mereka yang selamber dan bersahaja membuatkan ramai penonton ketawa terbahak-bahak. 

Gelagat usop dan johan dalam mengumumkan pemenang Bintang Paling Popular
Dato Siti dan Usop- Kita Bakor Je

"Kita Bakor, Kita Bakor je"- Usop Wilcha. Kata-kata yang mencuri tumpuan orang ramai pada majlis malam tersebut. Apa-apa-pon kita bakor je! haha.

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian





Suasana semakin hangat dengan kehadiran Dato' Siti NurHaliza pada majlis penutup, setelah menyampaikan hadiah dan trofi Bintang Paling Popular bagi tahun 2010. Dato' Siti Menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu beliau sendiri, Bukan Cinta Biasa, Nirmala dan juga lagu hit k-pop dari Wonder Girls-No Body.


Anugerah berprestij ini sangat-sangatlah meriah. Lagi meriah dari sebelum-sebelumnya. Memang Terbaik lah!! Harap-harap, di tahun akan datang, kemeriahannya lebih terbaik daripada sebelum-sebelum ini. :)

Read more...

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Sam Juara ABPBH 2010

ABPBH 2010

1. Pengacara TV Lelaki Popular

Aznil Nawawi


2. Pengacara TV Wanita Popular

Farah Fauzana

3. Penyampai Radio Lelaki Popular

Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular

Farah Fauzana 

5. Artis Komedi Lelaki Popular

Zizan

6. Artis Komedi Wanita Popular

Norkhiriah

7.Artis Baru Lelaki Popular

Shahir

8. Artis Baru Wanita Popular

Ana Raffali

9.Kumpulan Nasyid Popular

Rabbani

10. Duo & Berkumpulan Popular

Sixth Sense

11.Penyanyi Lelaki Popular

Faizal Tahir

12. Penyanyi Wanita Popular

Yuna

13.Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

14. Pelakon Filem Wanita Popular

Lisa Surihani

15.Pelakon TV Lelaki Popular

Remy Ishak

16. Pelakon TV Wanita Popular

Fasha Sandha





 BINTANG PALING POPULAR 2010 DIMENANGI OLEH

SHAHEIZY SAM DENGAN 126,168 UNDIAN 
Bersama kereta Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd yang dimenangi di ABPBH 2010. Beliau turut membawa pulang aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi. Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. ABPBH 2010 ialah edisi ke-24 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran. Edisi kali ini dibawakan oleh Celcom Axiata Bhd sebagai penaja utama.


Yul sajikan beberapa gambar pemenang selepas mendapat trofi. 
Faizal Tahir

Fasha Sandha dan Remy Ishak

Faizal@FBI

Lisa Surihani

Rabbani

Sam

Menahan airmata, terharu

kemenangan pertama syahir

yuna

Read more...

Penangan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Saturday, 2 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebenarnya entri nie dah lama tersemat kat dalam kepala otak. Baru sekarang terlintas nak menulis entri sebegini. Diantara korang pastinya ada yang sudah menonton Filem hantu mengarut Malaysiakan? Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem hantu paling mengarut yang pernah yul tonton. Walaupon cerita dia agak mengarut, tetapi penangan filem ini memang begitu luas.

Antara Ayat Yang Menjadi Ikutan Masyarakat Kini.
'Cecite-cecite'
'Kita Bakor Je' 
Walaupon ayat dia macam tak cukup sifat, tapi kalau digunakan bunyi dia macam best jugak kan? hehe. Euwww.
Usop
Bagi yul filem nie tak ada lah seronok manapon. Tetapi yul agak terkejut melihat penangan filem ini. Sehingga ke hari ini, tak kiralah budak sekolah, kolej, universiti, mahupon para pekerja, meniru beberapa aksi mereka didalam filem tersebut. Seolah-olah menjadi perkara biasa.

Salah satu peminat Usop, sehinggakan pic prof pon Usop jugak
Yang dahsyatnya lagi, ayat-ayat tersebut menjadi trend dilaman sosial seperti, facebook, twitter, blog, dan lain-lain lagi. Kalau buka facebook je, ada lah orang update status lebih kurang seperti gambar diatas.



Usop, antara pemegang watak yang paling berkesan dalam filem nie. Mana taknya, dengan gelagat dia yang lembut, hipokrit, membuatkan penonton tergelak terbahak-bahak sekaligus beberapa aksi dia menjadi trend masa kini. Dengan kehadiran Johan lagi lah membuatkan filem nie nampak berseri. Peh, dahsyat gile kan usop nie. Untuk pengetahuan korang, usop akan hadir pada Anugerah Bintang Popular Bintang Harian untuk mengadakan persembahan istimewa di malam esok, 3 April 2011.


Yul rasa, cerita nie sepatutnya bukan bergenre komedi hantu. Sebab ianya tak ada unsur hantu pon. Lagi sesuai sekiranya filem ini bergenre komedi biasa.


Kadang-kadang yul pon terfikir juga, kenapa filem hantu nie menjadi pilihan masyarakat kini. Padahal cerita dia tak ada lah best mana pon. Tapi memang terbaik lah melihat gelagat-gelagat usop tu. Apa-apa pon, tahniah kepada pelakon-pelakon, pengarah serta semua sekali ahli keluarga Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab berjaya mencuri perhatian masyarakat.




P/S: Kita Bakor Je! haha ;P

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP