Suka!

Showing posts with label keputusan temuduga pegawai bomba gred kb17 2011. Show all posts
Showing posts with label keputusan temuduga pegawai bomba gred kb17 2011. Show all posts

Temudugaku Gagal - Tiada Rezeki

Monday, 18 July 2011

Hari nie merupakan keputusan temuduga yang dinanti-nantikan oleh para calon yang bakal bergelar bomba. Dengan dukacitanya yul ingin memaklumkan bahawasanya yul tidak berjaya dalam temuduga bomba dan penyelamat gred KB 17 yang lalu. Tak pe lah kan? Tiada rezeki nak buat macam mana. So, kerja je lah dengan pekerjaan sekarang yang ada nie. huhu.





Daripada 45 759 yang memohon hanya 1796 calon seluruh Malaysia sahaja yang berjaya untuk mengikuti ujian temuduga untuk memenuhi 311 kekosongan jawatan Pegawai Bomba & Penyelamat Gred KB17 tersebut. Yul diantara salah satu calon tersebut. hehe. Tapi yul tak sangka pula yang sebenarnya mereka sudah mempunyai calon simpanan. Lagi pon, yul dah dapat menjangkakan yang yul tidak akan berjaya dalam temuduga tersebut kerana ini lah pertama kali yul menemuduga dengan kerajaan. Dengan usia yang masih mentah dan tiada pengalaman temuduga dalam sektor awam menjadikan yul agak gugup. Maklumlah, temuduga kerajaan dan juga sektor swasta berbeza. Berbeza dari segi apa? Nanti yul ceritakan di entri yang lain.


Walaupon yul tidak berjaya, tetapi yul cukup berbangga sebab dapat mengikuti temuduga tersebut. Ia memberikan pengalaman yang bermakna bagi yul. Anyway, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. 

Read more...

(Terbaru!) Semakan Keputusan Temuduga SPA Pegawai Bomba KB17 - 18 Julai 2011

Semakan Keputusan Temuduga Pegawai Bomba dan Penyelamat Gred KB 17, kini boleh disemak mulai pada hari Isnin,18 Julai 2011. Semua calon yang ditemuduga pada bulan jun yang lalu boleh membuat semakan menerusi laman web SPA di alamat www.spa.gov.my dengan memasukan no kad pengenalan anda.


Calon juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: SPAKEP <jarak> No Kad Pengenalan Anda <jarak> kod Skim dan hantar ke 39111. Kod Skim tu, anda hanya perlu memasukan 3528 bagi gred dan jawatan Bomba KB17.


Selain itu, keputusan temuduga pegawai bomba dan penyelamat kb17 juga boleh disemak dengan menghubungi TeleSPA NO. 600-83-7979 mulai pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. 

Tahniah kepada anda yang telah berjaya. Bagi yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Sila cuba sekali lagi dimasa akan datang :)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP