Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM Ambilan Jun 2012
Monday, 30 April 2012

"Bukan Sekadar Blog Biasa.."
Versus nie merupakan rancangan realiti. Ianya berbeza dengan rancangan realiti yang lain, takde penyingkiran diadakan. Sistem penilaian pulak adalah berdasarkan dua landasan iaitu sistem undian menerusi (SMS) dan juga daripada juri profesional.
Populariti dan ‘fanbase’ lima kumpulan hebat ini bergantung kepada kebolehan mereka memberikan kelainan dalam tugasan mingguan.
Juri profesional yang terlibat terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque pula sebagai juri tetap dan seorang lagi juri jemputan mingguan yang berpengalaman dalam bidang muzik. Nama Jennifer Thompson tidak asing lagi dalam bidang muzik yang mana beliau mempunyai pengalaman yang begitu mendalam dan telah menyaksikan sendiri perkembangan atau evolusi muzik tanahair. Loque berkelulusan Kejuruteraan Audio daripada University of Berkeley, mewakili generasi baru ahli muzik yang sentiasa ingin meningkatkan lagi taraf muzik tanahair.
Bakal bersiaran selama 8 minggu, setiap episod konsert mingguan akan menyaksikan persaingan para peserta bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah utama bernilai RM200,000. Setiap minggu, satu tema akan ditentukan dan para peserta diberi lagu yang perlu digubah mengikut kemahiran dan kreativiti masing-masing. Masa yang diberi adalah selama seminggu dan para peserta akan membuat persembahan di konsert mingguan sebagai medan penilaian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog yul aje.
Pada 20hb Februari yang lalu, yul ada mengikuti temuduga lisan Pegawai Bomba & Penyelamat Malaysia Gred KB17 buat kali kedua. Masa tu yul tak sempat nak menulis dekat sini. Huhu. Sebelum nie yul pernah juga mengikuti temuduga yang pertama, tapi keputusannya gagal. Orang kata, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya. Tetapi ianya adalah tunjang untuk kita menuju kejayaan. Mungkin masa tu juga yul agak gementar sikit kot. Yela, pertama kali masa tu temuduga government.
Yul sengaja je membuka e-mail kot-kot ada perkara penting kew. Yela, e-mail dibuka pon beberapa kali je dalam masa setahun. Malas nak bukak belek satu-satu. Haha. Sedang khusyuk membuka dan membaca e-mail, tiba-tiba je terpampang ayat Keputusan Temuduga Bomba di celah-celah tajuk utama e-mail. Tak sangka pulak yang keputusan temuduga tersebut telah pon keluar. Ingatkan belum keluar lagi. Berdebar-debar jugak hati yul untuk membuka dan membaca isi kandungan email tersebut. Huhu. Tanpa disangka-sangka, akhirnya yul telah lulus juga dalam temuduga tersebut.
© Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016
Back to TOP